GEMPAR BERAPI! PERBUATAN GUAN ENG TERHADAP TUNKU AZIZ MEMBUATKAN PAKATAN SEMAKIN BERPECAH!

Jialt aiskrim ke Guan eng?
Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi ‘monster’ – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.

Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah ‘knight’ istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.

Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.

Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.

Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.

Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?

Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.

Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Sumber: Gelagat Anwar

3 Responses to "GEMPAR BERAPI! PERBUATAN GUAN ENG TERHADAP TUNKU AZIZ MEMBUATKAN PAKATAN SEMAKIN BERPECAH!"

  1. aik..Khalifah umar abdul aziz dh kasik fired tunku aziz..

    xpa2..nnt PAS bg title br
    kih..kih..

    ReplyDelete
  2. aik..khalifah umar abdul aziz dh kasik fired tunku aziz..
    xpe,nnt PAS bg title br kt khalipah tu

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!