GEMPAR BERAPI! LUAHAN HATI IBU AZMIN YANG MESTI DIBACA SEMUA

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.

Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.

Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.

Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.

Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.

Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

" Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur," kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.

Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.

Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

" Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

" Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum 'disamak', Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya 'benda haram'.

" Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim," kata Che Tom sambil menahan sebak.

Che Tom pernah berkata, Azmin akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

"Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar dan beliau kembali ke jalan yang benar," katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin.

"Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami," kata Che Tom

Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.

Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.

" Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu," kata Che Tom.

Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.

Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.

Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.

Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.

Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya 'dijemput pulang' oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.

" Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat," katanya.

Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.

" Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari. Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah," katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut. (Mynewshub.my)

Sent from my HTC

13 Responses to "GEMPAR BERAPI! LUAHAN HATI IBU AZMIN YANG MESTI DIBACA SEMUA"

  1. Kasi link video plsssss

    ReplyDelete
  2. amik ko azmin ali,dah ada kenyataan dari mak dia lepas tu tambah pulak video !!! tak sedar si Azmin Ali aku x tahu nak ckp apa dah

    http://badutrakyat.blogspot.com/2012/05/eksklusif-dan-kisah-benar-hati-saya.html

    ReplyDelete
  3. Hjh Che Tom adalah balu kpd saorang uztaz iatu uztaz Hj Ali. Semua anak2 mereka diberi pendidikan yg sempurna termasuk agama.
    Saya mencabar Tok Guru Nik Aziz, Hj Hadi dan ulamak2 besar PAS dan ingin bertanya apakah peranan suci lagi mulia para tuan2 apbila melihat rintisan,kekecewaan, kehampaan dan kehancuran hati saorang ibu apabila melihat anaknya SESAT. Tidakkah tuan2 rasa berdosa sebab tuan2 terlibat,bersubahat dlm menyesatkan Azmin. Tuan2 juga jauh tersesat tapi tidak lagi mempunyai ibu yg merayu tuan2 supaya pulang ke pangkal jalan.
    Apa kelohan Hjh Che Tom satu lagi konspirasi UMNO?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NEK AJIZ TAK BACA APA TENTANG NRGARA HANYA DGR CITE2 ORG DKT DIA. JADI MCMANA NAK JAWAB. PITA DI OTAK DIA MAINKAN CERITA ZAMAM POP YEH2 YG PENUH DGN DENGAM KESUMAT. ORG SBLH ADA ACUM SAJA ORG TUA NI. KESIAN DIA. LAST2 HARAP NAK MATI SYAHID MASUK SYURGA JADI SEBALIKNYA SBB ORG SBLAH BAGI DIA WRONG INFO.

      Delete
  4. YB Jamban ASSmin, tolong jangan jadi anak derhaka....

    Adakah itu yang ketua dan kawan baikmu (AnWAR) ajar selama ini wahai YB Jamban??? Jangan bermimpi untuk jadi MB atau PM wahai AnWAR dan YB Jamban ni....

    ReplyDelete
  5. syurga di bwh telapak kaki ibu, azmin

    ReplyDelete
  6. pada semua orang yang sayangkan dan menghargai ibu ibu mereka, adakah ini pemimpin yang kita hendak pilih untuk memerintah Malaysia? Alangkan maknya sendiri dia buat begitu, adakah dia akan kisahkan rakyat biasa macam kita yang dia tak kenal?Sekalipun ini kerja UMNO untuk mendapat undi, soalnya terang terang Azmin memang tak hormat ibunya!

    ReplyDelete
  7. Mungkin PKR akan deny bahawa ini bukan ibu sebenar AA tetapi pelakun pelanduk dua serupa. Best kalau ibu AA pula mengesahkan bahawa orang dalam video hangat tu 99.99% AA. Awat tak tanya yang itu?

    ReplyDelete
  8. Aku rasa skrip terbaru PR pasal isu ni ialah ibunya telah di bayar oleh Umno....ataupun polis acu pistol suruh ibunya berdusta...amacam N ajis. Aku harap ada fatwa baru atau kau keluar kan satu hadis baru versi pas utk nafikan semua ni....

    ReplyDelete
  9. Aku pasti Azmin akan kata ibunya telah di bayar Umno atau polis acu pistol paksa ibunya berdusta....! Apapin aku tunggu gak apa fatwa terbaru N ajis... Mungkin ada "hadis" baru dari kitab PAS

    ReplyDelete
  10. sedehnya... kalau aku jadik mak dia tak tau nak cakap apa... apa2pun azmin perlu jumpa mak dia dan beri penjelasan... kalau tidak org akan nampak dia derhaka pada ibu dan pihak umno akan menggunakan isu derhaka ni pulak.

    btw anak dia sorang lagi azwan ali tu rasa2nya lagi terok jadi nyah ala2 gay gitu... mak dia ada nangis tak?

    ReplyDelete
  11. Salaam Bro... Mohon linkkan Blog saya pendekarawang1.blogspot.com (JOMO MALAYA) dalam blog bro... TQVM Bro...

    ReplyDelete
  12. Salaam Bro apa kbr...? Mohon linkkan Blog saya pendekarawang1.blogspot.com (JOMO MALAYA) dalam blog bro... TQVM Bro...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!