CILI KASI TARUK! UMNO WAJIB MENJAUHI PAS YANG SEMAKIN SESAT




Ramai yang berangan-angan untuk melihat PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bersaing dalam politik negara dalam bentuk bersendirian. Malah ramai juga yang ingin melihat serta bercita-cita agar PAS bersatu dengan UMNO dalam satu barisan atau paling tidak pun bekerjasama walaupun dalam bentuk kerajaan dan pembangkang.

Dalam keadaan sekarang, PAS sebenarnya sudah tersasar jauh dan sudah terlajak jauh untuk berpatah balik. PAS ibarat manusia yang sudah tenggelam dalam nikmat arus DOSA BESAR yang tidak lagi dapat mengingati mati dan bermuhasabah. Sebaliknya PAS terpaksa terus bercakap besar, mendabik dada dan enggan mengakui bahawa mereka sudah tersalah perkiraan dan mengatur strategi.

Pada ketika Pakatan Rakyat dibentuk iaitu selepas UMNO-BN kehilangan dua pertiga di Perak, para pemimpin dan ahli PAS beranggapan, keahlian mereka dalam Pakatan Rakyat akan membolehkan mereka menguasai PKR dan DAP. Dan seperti biasa, cerita dongeng kononnya PAS akan mendakwahkan PKR dan DAP berkumandang walaupun akhirnya terbukti yang didakwahkan sebenarnya adalah PAS.

Kini PAS kembali melunakkan cerita tentang Hudud dan Qisas. PAS kembali berazam untuk mentarbiahkan rakan-rakan politiknya dengan undang-undang syariah. Dan seperti biasa juga para tukang propaganda PAS pun memuji-muji Hadi Awang kerana berani bersuara walaupunselepas bersuara, Hadi Awang menyorok sebab dia tahu, dia bakal dimarahi oleh DAP. PAS sudah tidak boleh keluar lagi dari drama yang mereka cipta.

PAS tidak boleh terlalu merendah diri lagi kerana sebelum ini sangat yakin gabungan dengan PKR dan DAP akan membuahkan hasil yang lebih baik buat PAS. Mahu tak mahu, PAS terpaksa mencipta angan-angan dan fantasi yang baru agar para pengikut dan penyokong akan terus disegarkan dengan sembang kosong perjuangan PAS. Kalau ada yang masih mengharapkan PAS akan berubah bersesuaian dengan fenomena dan trend terbaru ini, lupa-lupakanlah.

Cakap besar dan sembang deras PAS tidak akan pernah berubah. Juah dan tinggi diri manusia yang berasakan mereka adalah `sahabat Allah` tidak akan pernah berkurangan. Satu-satunya cara untuk menunjukkan yang mereka itu salah, bodoh, tolol dan bahlol adalah dengan membiarkan PAS terus gumbira bersama-sama rakan Pakatan Rakyatnya. Dalam banyak kes pun, sesetengah usaha penyelamatan perlu dilakukan dengan membiarkan sahaja kemusnahan berlaku.

Ada tahap tertentu sesetengah penyakit, pesakitnya dibiarkan untuk menikmati hari-hari terakhir tanpa sebarang ubat. Justeru buatlah sebegitu kepada PAS. Hati, mata dantelinga mereka telah terhijab. Bila dah terhijab, maka Allah Taala sahaja yang mampu membuka hati dankepala mereka untuk bermuhasabah sekaligus membolehkan mereka memilih yang benar, menentang yang mungkar tanpa perlu taksub dan pemimpin atasan semuanya benar. Tak perlulah bercita-cita untuk memperbaiki atau menasihati PAS. Biarkan sahaja si Luncai terjun dengan labu-labunya!

Sent via Parpukari by Injap The Kickers

7 Responses to "CILI KASI TARUK! UMNO WAJIB MENJAUHI PAS YANG SEMAKIN SESAT"

  1. As Salam ...

    Mohon jasa baik tuan pautkan blog sy di blog tuan ... Ini link blog sy http://syed-abu-sayyaf.blogspot.com/

    Mohon izin juga utk sy pautkan blog tuan di blog sy ....

    Bersama kita teruskan perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara ...

    Syukran.

    ReplyDelete
  2. gelombang MERDEKA RAKYAT!!!
    ===========================

    Setelah Aku jadi Celik POlitik Malaysia ..... gagasan negara demokrasi adalah "politik kuasa rakyat" dan semua "institusi negara hak rakyat" ..... bukan milik ekslusif aristokrat feudal UMNO selama2nya!

    Melalui MEDIA BARU juga... segala pembongkaran skandal2 pemimpin2 UMNO/BN yang melibatkan kewangan & harta negara yang meruncing serta amalan politik kotor lagi ganas UMNO/BN.......... Aku semakin yakin kepada Allah & diri sendiri. Dimana JATIDIRIku?!! Aku perlu keluar dari mitos khurafat 'keberkuasaan' UMNO dan Aku tidak perlu bergantung harap kepada dahan berduri UMNO yang rapuh lagi..! Aku ingin MERDEKA! Aku MERDEKA! Aku MERDEKA! ... Yeah! Aku MEEEERDEKAAAAAAAA!

    Aku ingin bersama gelombang MERDEKA RAKYAT bebaskan dari perhambaan anarki UMNO/BN yang utama para elit & kapitalis UBN!

    PRU13..... tolak UBN.... tolak Korupsi & Kapitalis .. Tolak Anarki & Draconian Laws ............ bersama PR untuk MERDEKA RAKYAT!

    matan ahli Umno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe parti mana yg korupsi tu umno ke pr hehehe mantan pas nak reply nie

      Delete
    2. Kebebasan apa? Otak anda dah biul sbb banyak sgt minum air kencing pkr. Pakatan Jahat melingkup PRU13 ni.

      Delete
  3. Biarkan anon 7:10pm terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan...!! Jangan mintak tolong bila dah lemas nanti.

    ReplyDelete
  4. Comelnya orangutan tu. Lagi comel kalau pakai baju merah dan buat aksi mat rempit beramai2

    ReplyDelete
  5. kpd: mantan ahli umno:
    suara kau sumbang seorang kecewa.
    pencacai FUCKATAN dah masuk...dia hendakan kemerdekaan demi meliwat, menzina,merompak duit rakyat 3 billion, merdeka LGBT, merdeka fitnah, merdeka tohmah, merdeka masyuk surga sebelum mati dan banyak lagi merdeka. umno/bn yang belanja dia mengenali abc dituduh rasuah macam2 lagi..awat ingat FUCKATAN yang baru 4 tahun perintah 4 negeri bersih sangat ke?? lagi kotor dari umno/bn. mengatakan umno/bn korup sebagainya memang betul oleh segelintir individu bukan umno/bn tetapi kesemua pemimpin FUCXKATAN terpalit dengan macam2 keruntuhan dari moral, penyelewengan, liwat, jilat, zina.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!