CILI KASI TARUK! PAS KEDAH CUBA SABOTAJ SULTAN KEDAH!!!

Walaupun sekali imbas, Kedah kelihatan aman damai dan tidak mempunyai sebarang masalah, hakikatnya aman damai dan ketiadaan masalah tersebut bagaikan api dalam sekam. Pemerintah Kedah agak beruntung kerana kebanyakan rakyatnya boleh menerima apa-apa sahaja dan melihat apa-apa sahaja dengan hukum 'NAFI DAN ISBATH'. 
Masalah PBT tidak menjalankan tugas yang diberikan semakin menjadi-jadi di Kedah terutama selepas pentadbiran PAS. Semacam ada satu penyakit yang sudah melekat kepada Kerajaan PAS Kedah yang selama ini sibuk ingin memperkenalkan pentadbiran dan pemerintahan Islam atau paling tidak pun berciri-ciri keIslaman. 
Antara perkara terpenting dan paling asas dalam ajaran Islam adalah KEBERSIHAN. Disebabkan itulah, untuk bersolat, maka umat Islam diwajibkan bertaharah dan berwuduk. Malah kebersihan juga menjadi sebahagian daripada iman sepertimana yang diajarkan oleh Nabi s.a.w. 
Bagaimanapun, Kedah dan Kelantan yang berada di bawah pentadbiran PAS secara langsung, tidak mempamerkan ciri-ciri iman, amal dan ihsan sebagaimana yang mereka laung-laungkan.
Kegagalan PAS Kedah melaksanakan perkara paling asas ini boleh dilihat menerusi sampah-sarap di seluruh Kedah yang gagal diuruskan sehingga kini walaupun tidak seteruk di Kelantan dan Selangor serta Pulau Pinang. Apabila diajukan masalah tersebut kepada pentadbiran, maka jawapan yang diterima adalah "INI MASALAH DARI ZAMAN UMNO".
Kalau itulah jawapan yang mampu diberikan, mengapa pula PAS sibuk menyuakan diri untuk dipilih sebagai pemerintah? Kalau semuanya diarahkan kepada UMNO dengan PAS Kedah sendiri tidak mampu menyelesaikannya, bukankah lebih baik kalau pentadbiran segera diserahkan kepada UMNO tanpa perlu  melalui pilihanraya kerana pilihanraya akan akan membuatkan PAS sekali lagi menabur janji yang tidak mungkin dapat mereka tunaikan. 
Perhatikan sahaja bagaimana layanan PAS kepada DYMM Sultan Kedah walaupun ramai yang mendakwa Menteri Besar Kedah merupakan sahabat rapat Tuanku.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

0 Response to "CILI KASI TARUK! PAS KEDAH CUBA SABOTAJ SULTAN KEDAH!!!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!