CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Tuesday, May 8, 2012

CILI KASI TARUK! MEH BACA BETAPA SESATNYA PARTI PAS!

Apabila Ulama memfatwakan agar jangan berpolitik di dalam Masjid, PAS menentangnya dengan mengambil beberapa ayat Al-Quran yang menyatakan tiada salahnya berpolitik di dalam masjid. Apa yang PAS enggan bincangkan dengan terperinci ialah politik yang dibawa oleh PAS di masjid bukanlah politik sihat tetapi politik yang membawa kepada pecah belah, benci-membenci dan kata-mengata yang mana amat dimurkai oleh Allah S.W.T.

Apabila Mufti Perak memfatwakan bahawa tarian poco-poco adalah haram kerana mempunyai elemen Kristian, PAS menempelak konon perkara itu perkara kecil dan tidak wajar diperbesar-besarkan.

Bagi PAS, taraf ulama dan agama Islam itu sendiri hanyalah milik mereka dan sesiapa sahaja yang bertentangan pendapat dengan mereka, tidak kira bertaraf Ulama atau tidak, adalah jahil dan tidak Islam belaka. Oleh itu, tugas memfatwakan sesuatu hanya boleh dilakukan oleh mereka dan mereka boleh menolak dan menerima mana-mana fatwa orang lain mengikut hati dan mengikut suasana politik semasa.

Fatwa yang dikeluarkan oleh Ulama PAS bagaimanapun, jauh lebih menyimpang dari ajaran Islam. Antaranya, ialah ‘Undi PAS Masuk Syurga’, ‘Undi UMNO jadi kafir’ dan bermacam-macam lagi. Namun, semua penyokong-penyokong PAS memegang fatwa-fatwa sesat ini tanpa banyak soal.

Dan hari ini, apabila Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan memfatwakan bahawa demonstrasi jalanan yang berniat tidak baik dan melanggar undang-undang adalah haram maka PAS sekali lagi bangun memperlekehkan semua Ulama yang terlibat memutuskan fatwa tersebut.

Semata-mata kerana ingin sangat membela tindakan ganas peserta BERSIH 3.0, Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS yang video seksnya bakal disebarkan, mengikut sumber-sumber tertentu, menuduh bahawa ke semua 24 ahli jawatankuasa termasuk 14 mufti dalam Majlis Fatwa sebagai tidak faham apa-apa mengenai BERSIH. Kata-kata Mustafa Ali itu dilihat sebagai menghina para ulama ini seolah-olah mereka hanya budak-budak hingusan yang tidak tahu apa-apa mengenai isu dunia, isu politik semasa mahupun agama.

Sebenarnya, semua orang faham apa itu BERSIH 3.0, yang tidak faham hanyalah para peserta demonstrasi itu sendiri. Jika mereka faham, mereka tidak akan sanggup turun berdemonstrasi.

Mustafa Ali tidak mungkin boleh menafikan bahawa BERSIH mempunyai niat tidak baik dan melanggar undang-undang. Ini kerana amat jelas sekali dalam laungan “Tumbangkan Kerajaan!” “Jatuh BN!” dan “Mampus PM!” oleh peserta demonstrasi, bahawa mereka sememangnya mempunyai niat tidak baik iaitu ingin menggulingkan kerajaan yang sah.

Mereka juga jelas melanggar undang-undang dan menipu sejak dari mula lagi iaitu dengan menolak tawaran untuk berdemonstrasi di dalam stadium tetapi sebaliknya berarak serta merusuh di sekitar Kuala Lumpur sedangkan janji mereka pada mulanya hanyalah untuk “Duduk Bantah”.

Dan apabila mereka mengganas dan memukul pihak berkuasa, itulah kemuncak ‘haramnya’ BERSIH 3.0 di sisi Islam.

Justeru, kita ingin bertanya, apa yang Mustafa Ali tidak faham mengenai Islam sebagai agama yang aman? Apa yang PAS tidak faham mengenai dosa melakukan kerosakan di muka bumi? Dan apa yang Mustafa Ali dan PAS tidak faham mengenai haram menentang pemerintah?

PAS sering merujuk kepada pemerintah, iaitu kerajaan, sebagai zalim, namun memetik soalan seorang Pak Cik kepada seorang peserta BERSIH yang lari dari ditangkap polis dan bersembunyi di dalam LRT pada 28 April lalu, “jika kerajaan begitu zalim, berapa ramaikah rakyat yang telah dibunuh oleh kerajaan tanpa sebab?” Untuk pengetahuan semua, peserta BERSIH tersebut tidak mampu menjawab dan turun tersipu-sipu apabila semua penumpang dalam LRT berkenaan memberi sokongan kepada Pak Cik itu.

Oleh itu, bahawa adalah berdosa bagi umat Islam menafikan nikmat di depan mata. Adalah berdosa memfitnah kehidupan sendiri yang aman damai dan senang lenang, sebagai susah, derita, tertindas dan teraniaya.

PAS sudah terlalu amat keterlaluan dalam mempermainkan fatwa dan agama Islam. Kita yakin, Mustafa Ali sendiri cukup maklum betapa jauh terpesongnya PAS hari ini. Tetapi seperti juga pemimpin-pemimpin PAS yang lain, beliau tetap tegar mempertahankan PAS mungkin kerana inginkan jaminan syurga seperti yang difatwakan oleh Nik Aziz. Fatwa Undi PAS Masuk Syurga pasti amat tinggi nilainya bagi Mustafa Ali terutamanya jika skandal video seksnya benar-benar wujud dan bakal disebarkan tidak lama lagi.

BLUE BEARY!

6 comments:

  1. Sudah masanya kita kuburkan PAS...

    ReplyDelete
  2. PORKNIK ULAMA SAMPAH. AGEN YAHUDI RAKAN BAIK LEE KWAN YEW EVEN LEE KWAN YEW GELI TGK PORKNIK.

    ReplyDelete
  3. fatwa baru undi pas masuk neraka!

    ReplyDelete
  4. Fatwa dia je blh pakai, fatwa lain semua ditolak!!

    NURUL IZZAH JADI PENGUNDI HANTU DI LEMBAH PANTAI? Baca di sini...

    http://apakecoh2.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. Sampai bila kita harus sedar dan bersyukur atas nikmat yg telah Allah kurniakan? Keamanan yg kita kecapi selama ini? Sampai negara kita jadi kucar kacir seperti Mesir baru kita hendak mendongak ke langit menyesal akan kerosakan yg telah kita lakukan? Rosak masa depan anak bangsa. Hayati la lagu Anak Kecil Main Api wahai saudara seislam sebangsa ku sekalian. Tolak PAS tolak PKR tolak PR!!!

    ReplyDelete
  6. tulah asyik kafirkan orang hari TS rahim noor kata nik aziz bapak kafir malaysia.......kasihan dia drp ketok guru ke bapak kafir malaysia....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!