CILI KASI TARUK! KISAH BENAR TENTANG AIR DI SELANGOR YANG MESTI DIBACA SEMUA!

1. Isu Air di Lembah Klang tidak akan selesai selagi kerajaan Negeri ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Kenyataan demi kenyataan Tan Sri Khalid Ibrahim sejak mengambil alih pentadbiran negeri pada 2008 menunjukkan kesungguhan beliau dan Pakatan untuk mempolitikkan isu ini.

2. Saya tidak pasti mengapa Khalid begitu bersungguh-sungguh melengahkan dua isu besar air di Lembah Klang ini iaitu Penstrukturan Semula Air Selangor dan juga Pembinaan Loji Pembersih Air Langat 2 (Projek Penyaluran Air Mentah Pahang - Selangor). Pelbagai alasan, rundingan dan kenyataan dibuat oleh kerajaan negeri Selangor. Sehingga kini belum ada satu idea yang lebih baik datang daripada kerajaan negeri kecuali idea-idea lawak jenaka seperti ingin menggunakan air lombong sebagai sumber air minuman.

3. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

4. Saya telah menulis sebahagian latar belakang industri air Selangor. Saya fikir tidak perlu kita ulangi lagi penjelasan panjang lebar ini. Yang saya fikir perlu rakyat lihat dan perhatikan ialah tindak tanduk Khalid ini akan menyebabkan kita akan menanggung beban kewangan yang lebih besar pada masa akan datang.

5. Dengan menangguhkan projek Loji Air Langat 2, Khalid akan menyebabkan kos pembinaannya akan meningkat dengan lebih tinggi. Ini kerana kos pembinaan sentiasa meningkat naik dari tahun ke tahun. Seterusnya, kerajaan Persekutuan juga akan menanggung beban kewangan yang besar apabila terpaksa membayar faedah dan hutang kepada Japan International Cooperation Agency (JICA) yang berjumlah berbilion ringgit.

Read more...

1 Response to "CILI KASI TARUK! KISAH BENAR TENTANG AIR DI SELANGOR YANG MESTI DIBACA SEMUA!"

  1. lagi lama tangguh selesaikan isu air ni lagi lama lah rakyat menderita....Syabas Khalid sebab buat rakyat tak cukup air...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!