CILI KASI TARUK! KHALID GAGAP TADBIR NEGERI SELANGOR MACAM SYARIKAT KORPORAT!

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar Isnin mempertikai corak pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan pembangkang yang menjadikan negeri ini bagaikan sebuah syarikat korporat yang mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan nasib rakyat.

Beliau berkata sebagai contoh kerajaan Selangor lebih berminat terhadap penstrukturan semula industri perkhidmatan air, sungguhpun Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tahu bekalan air untuk rakyat kini berada pada tahap kritikal.

“Mereka sibuk dengan penstrukturan semula tetapi rizab air pada 2.4 peratus sahaja, bila penstrukturan semula siap bekalan air untuk rakyat habis, jadi buat apa buat penstrukturan semula?.

“Kerajaan pusat sedia hendak bina loji air Hulu Langat 2 berharga RM3.6 bilion untuk selesaikan isu air ini tetapi kerajaan Selangor tidak mahu… mungkin kerana projek itu tidak beri keuntungan wang ringgit,” katanya kepada pemberita di Batang Kali di sini, Isnin.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan daripada Kelab Putera 1Malaysia berbentuk tilam dan dapur gas kepada 870 keluarga di kawasan Batang Kali dan Serendah yang terlibat dalam banjir kilat pada 7 Mei lepas.

Sumber: KLIK SINI

2 Responses to "CILI KASI TARUK! KHALID GAGAP TADBIR NEGERI SELANGOR MACAM SYARIKAT KORPORAT!"

  1. SELAIN MEMENTINGKAN UNTUNG ITU FAKTOR AMANAH JUGA PERLU DIBERI PERHATIAN. PADAHALNYA PERUNTUKAN RM3.6B SEDIA DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN PUSAT YANG MANA TIDAK MELIBATKAN PERUNTUKAN DARI KERAJAAN NEGERI DIA MASIH TETAP MENOLAK. SEBABNYA TIDAK LAIN DARIPADA KEPENTINGAN POLITIKING. APA PUN JANGANLAH SAMPAI MENGABAIKAN KEPENTINGAN KESELESAAN RAKYAT DAN INDUSTRI YANG MEMANG MEMERLUKAN AIR ITU.

    ReplyDelete
  2. Sudah lah ameno.Hangpa takkan dapat balik la selangor. Lap la ayag lioq yang dok meleleh tu dan dok diam2 ok? Ni bukan negeri yang rakyat bodo di takbir oleh MB UMNO rasuah bok pelari wang.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!