CILI KASI TARUK! APA KATA KITA BUBARKAN MAJLIS FATWA DAN LANTIK ANWAR SERTA NIK AZIZ JADI MUFTI?

MAJLIS Fatwa Kebangsaan ini sepatutnya menjawab kepada Yang Dipertuan Agung – itu yang sepatutnya. Kalau pun keputusannya tidak memihak kepada mana-mana parti politik, itu memang dah patut, sebab dia takdak kena mengena dengan politik.

Masalah datang bila, ahli politik yang diketahui berpihak dan tidak bebas ini masuk campur dalam urusan fatwa, rakyat semua jadi celaru dan keliru. Sementara tuduhan kata UMNO masuk campur dalam keputusan Majlis Fatwa berhubung pengharaman Bersih 3.0 tidak terbukti, yang puak-puak pembangkang dah jelas mempertikaikan keputusan tersebut berasaskan faham-faham masing-masing.

Sehinggakan Anwar yang kaki zina dan liwat jantan itu pun nak persoal Fatwa juga!!!

Kelakar, kelakar. Macam mana kaki betina, kaki jantan (ada video dan keputusan mahkamah yang mengesahkan) ni boleh tergerak hatinya untuk mengulas soal Fatwa. Fatwa, untuk apa sekalipun hanya layak disebut oleh orang yang ada latar belakang agama dan merdeka (bebas dari sebarang pengaruh).

Lagipun dalam fahaman Zionis yang didukung Anwar, ada ke soal fatwa ini semua?

Dalam soal Bersih ini, kalau dah tunggang terbalik hadangan polis, kereta polis dan sebagainya tu, takkan nak kata rusuhan itu halal dan dibolehkan pulak? Soal Yusof Qardhawi nak cakap apa, itu soal lain. Fatwanya mengenai demonstrasi Dataran Tahrir itu adalah sesuai dengan keadaan di Mesir.

Kita disini ada ke masalah macam itu?

Sebab itu Majlis Fatwa Kebangsaan diwujudkan di Malaysia ini sebab hanya ulama sini saja yang tahu keadaan dan situasi disini. Kalau rasa Yusof Qardhawi saja layak bagi fatwa, maka kenapa PAS tak ambik Yusof Tantawi saja jadi Mursyidul Am, terajang mayat hidup nama Nik Aziz tu ke jalan.

Skrip dan plot sama setiap kali dapat dilihat bila bercakap tentang fatwa ataupun kenyataan mufti yang tidak selari dengan pendirian politik Pakatan haram. Itu nasib baik, DAP pun tidak tumpang semangkuk, kalau tidak mahu juga surah Al- Aura keluar.

Kalau ada pendapat mufti yang berkenan di hati Nik Aziz tu kang, maka berkoyan-koyanlah pujian dan hamburan kata-kata manis terhadap Mufti tersebut. Masa tu tak teringatlah dengan Yusof Qardhawi.

Tapi cuba kalau bertentangan kang, tak cukup-cukup keji dan nista dilemparkan. Macamlah masing-masing berilmu sangat.

Hairannya, di Kedah, negeri yang diperintah PAS, ada undang-undang yang melarang sesiapa pun mempertikaikan Fatwa yang dikeluarkan Mufti (kecuali di Mahkamah). Di luar Kedah sekarang, berduyun-duyun penyokong PAS, termasuk sibangka Nik Aziz, gasak mempertikaikan fatwa berhubung Bersih.

Itu macam mana cerita tu. Parti yang sama, diketuai Tuk Guru Bangka itu juga tapi boleh cerita sana lain sini lain. Politik, macam inilah, ikut suka perut aje nak cakap macam mana.

Sumber: MyKMU

3 Responses to "CILI KASI TARUK! APA KATA KITA BUBARKAN MAJLIS FATWA DAN LANTIK ANWAR SERTA NIK AZIZ JADI MUFTI?"

  1. Teman setuju bebeno...lantik je deme jadi mufti.

    ReplyDelete
  2. jangan lupa lantik dia orang jadi hakim sekali, jadi polis. gaji RM1

    ReplyDelete
  3. Apa fatwa gabuih duit dan hak rakyat?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!