CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Wednesday, April 25, 2012

PANAS BERAPI! APA KES KPF NI? KENAPA IANYA TAK DISENARAI?

Koperasi Peneroka Felda (KPF) mungkin terpaksa diketepikan daripada terbabit dengan penyenaraian Felda setelah siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati ada beberapa kes yang mungkin mempunyai asas untuk diambil tindakan mahkamah.

Menurut sumber, bebarapa pegawai kanan Felda yang menguruskan KPF mungkin akan ditangkap dalam sedikit masa lagi berikutan siasatan SPRM mendapati wujud elemen penyelewengan dan rasuah dalam beberapa pelaburan yang dilakukan, terutamanya, membabitkan sebuah syarikat pengeluar roti.

Difahamkan Suruhanjaya Sekuriti (SC) enggan meluluskan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) dalam masa terdekat ini sekiranya ia masih membabitkan KPF. SC dan FGVH tidak mahu mengambil risiko berhadapan dengan kekurangan langganan sekiranya kemelut penyiasatan SPRM ke atas KPF menjadi serius. Sekiranya benar SPRM mempunyi asas terhadap para pegawai KPF maka sebarang pembabitan KPF dalam penyenaraian FELDA dijangka akan menjejaskan sambutan pelabur.

Sebelum ini KPF telah menerima satu tamparan apabila Mesyuarat Agung untuk meluluskan pembabitan dengan penyenaraian awam (IPO) ini terpaksa ditangguhkan akibat injunksi oleh segelintir penyokong Pas dalam KPF. Namun Mesyuarat Agung beberapa hari lalu menyaksikan majoriti peneroka felda meluluskan pembabitan KPF dalam IPO ini.

Namun perkembangan terbaru ini akan menyaksikan satu lagi “setback” kepada para peneroka yang berharap mendapat faedah besar daripada penyenaraian ini. Bagaimanapun difahamkan FGVH dijangka menawarkan sahamnya secara terus kepada peneroka tanpa melalui KPF. Peranan KPF akan ditentukan kemudian setelah segala siasatan SPRM selesai.

Menurut sumber yang sama, isu terbaru ini tidak menjejaskan pemberian “durian runtuh” yang dijanjikan oleh Perdana Menteri sebelum ini.

MYKMU menjangkakan pengumuman mengenai isu ini akan dibuat oleh Felda dalam masa terdekat. Namun sehingga kini tiada sumber Felda yang dapat mengesahkan atau menafikan masalah yang dihadapi oleh KPF ini.

Ikuti perkembangan lanjut kemelut ini dalam Mykmu nanti...

No comments:

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!