CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Saturday, April 14, 2012

KUNYIT HANGIT! AGENDA PTPTN YANG MEMAKAN DIRI ANWAR! WAJIB DIBACA

Wow, sekarang ini ada penyakit baru dalam PKR. Saling salah menyalahkan, kerana idea menawarkan penghapusan PTPTN tidak mendapat sambutan baik seperti yang diharapkan. Anwar sendiri tidak seronok apabila dia dihentam kanan dan kiri, kerana dikatakan mahu menjahanamkan Negara dengan janji-janji yang bodoh dan tidak menarik perhatian rakyat.

Semua tidak mengaku bahawa itu idea mereka. Nampaknya, janji PTPTN ini adalah ibarat ‘peluru sesat’ yang akhirnya terkena di atas batang hidung sendiri. Anwar sudahpun mengarahkan Setiausaha Agung mencari jalan selamat untuk keluar daripada isu ini. Bersih 3.0 adalah satu alat yang paling mujarab.

Anwar nampaknya semakin kerap berhadapan dengan situasi salah nasihat kebelakangan ini. Khabarnya Jawatankuasa Strategik PKR sendiri tidak faham dengan apa yang berlaku. Anwar bercakap tidak mengikut garis dasar yang disediakan oleh Jawatankuasa Strategik. Semua main langgar. Lepas itu puas nak buat recovery. Belum tentu boleh recover. Kalau salah cakap; rakyat akan tuntut. Setakat ini, memang mereka berdepan dengan masalah.

Arahan Anwar juga, agar media baru pembangkang turut menggunakan data dan info Asia Sentinel dalam mengenengahkan isu kapal selam. Anwar mahu ianya dilakukan seberapa segera – walaupun Anwar sendiri mengakui bahawa info tersebut sangat diragui.

Gun Begins to Smoke in Malaysian Sub Scandal – John Berthelsen (Asia Sentinel).

Tulisan ini tidak mengandungi data dan info apa pun. Macam tulisan kosong. Tak ada makna.

Nampaknya dalam isu PTPTN ini, Anwar semakin tersepit. Solution menggunakan wang PETRONAS; boleh mengundang kemarahan pengundi Melayu yang percaya PETRONAS masih lagi antara syarikat yang diurus secara profesional dan efisien.

Menurut seorang rakan HQ PKR, isu PTPTN ini memang menjadi cadangan AMK, khususnya Shamsul Iskandar. Mamat ini memang terkenal sebagai seorang pemain politik yang dungu. Yang tak tahu implikasi besar cadangan bodoh seperti itu. Khabarnya, Rafizi mahu lepas tangan. Tak mahu sama-sama fikir bagaimana nak selamatkan isu PTPTN ini. Janji dah janji.

Kebodohan Ketua AMK ini sebenarnya sudah membawa Anwar dalam masalah. Rafizi memang dah lama benci kepada mamat sorang ni. Tak ada substance. Sam salah nasihat Saifuddin. Saifuddin jual kepada Anwar. Anwar salah cakap. Rafizi yang kena cuci. Formula ini akan buat orang benci.



Sumber: Gelagat Anwar

No comments:

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!