CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Tuesday, April 17, 2012

FAKTA MENARIK TENTANG EKONOMI YANG SELALU ORANG TERLEPAS PANDANG!

Ini email dari Putera Suran, kalau ada yang beal dan tak faham pasal ekonomi, ini adalah penjelasan paling mudah, kalau masih tak faham lagi, elok pi check otak! Enoy....

Pernah anda dengar rakan anda mengatakan projek RM600j mengkayakan individu tertentu sahaja dan rakyat kebanykan tidak menikmatinya. Ayuh kita teliti kebenarannya.

Syarikat A mendapat kontrak kerajaan bernilai RM600j. Syarikat ini mendapat untung yang besar. Syarikat ini dikenakan cukai korporat bernilai RM5j, maka RM5j kembali ke dalam kantung kerajaan. Ramai pekerja syarikat A mendapat bonus yang lebih besar dan masing-masing membayar lebih cukai individu, maka kutipan cukai kerajaan bertambah.

Untuk menjalankan projek, Syarikat A memerlukan pembiayaan daripada bank. Dapatlah bank memberi pinjaman korporat dan mendapat keuntungan besar. Cukai korporat bank bertambah. Bonus juga diberikan kepada pekerja bank. Maka bertambahlah pendapatan pekerja bank dan cukai individu pekerja juga bertambah. Bank juga memerlukan peguam untuk dokumen pinjaman tersebut. Maka peguam juga mendapat laba.

Syarikat A perlukan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain untuk menyiapkan projek. Maka pembekal/ peniaga bagi bahan pasir, besi, arkitek, peguam, juruukur, simen, kayu, paku, batu, dan lain-lain mendapat projek dan sudah pasti pendapatan mereka bertambah. Maka cukai mereka juga bertambah, kutipan cukai kerajaan sekali lagi bertambah.

Taukeh pasir, besi, simen, kayu, paku dan batu perlukan lori-lori, maka syarikat lori mendapat projek dan pendapatan mereka bertambah. Cukai syarikat dan individu syarikat lori bertambah, maka duit kerajaan juga bertambah.

Syarikat pasir, batu dan simen perlukan bahan dari alam semulajadi. Maka kerajaan negeri akan membenarkan pasir sungai dan bahan batu dikeluarkan. Bayaran premium dan doket dibayar kepada kerajaan negeri, maka pendapatan kerajaan negeri juga bertambah.

Bila pasir dan batu hendak dikeluarkan, maka pekerja yang terlibat dalam industri masing-masing akan mendapat pendapatan yang lebih. Juga cukai mereka bertambah.

Bila pendapatan bertambah, mendapatkan barang keperluan iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal lebih daripada mampu maka mereka akan beralih kepada barang kehendak. Maka seluar Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan dibeli. Maka pendapatan tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak akan bertambah.

Bila pendapatan mereka bertambah, maka cukai tauke Levis, LV, enjin turbo, dekorasi barangan, tudung mahal, TV LCD dan lain-lain barang kehendak kepada kerajaan juga bertambah. Jangan lupa bila pendapatan mereka bertambah, maka mereka juga akan berbelanja untuk barang kehendak yang lain. Mungkin melancong, maka hiduplah ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya.

Ejen pelancongan, hotel dan yang berkaitan dengannya yang mendapat pendapat lebih, akan membayar cukai lebih kepada kerajaan dan berbelanja untuk barang kehendak lain pula. Mungkin membeli emas untuk bini mereka.

Maka hiduplah kedai emas. Tauke kedai emas akan membayar cukai lebih tinggi. Ah dan mempunyai pendapatan lebih. Mereka pula membeli basikal fixie, maka hiduplah peniaga basikal.

Peniaga basikal pula akan membayar cukai yang lebih tinggi. Dan pendapatan yang lebih pula mereka akan membeli kasut Nike dan Adidas. Maka hiduplah kedai sukan.

Kedai sukan mendapat pendapatan lebih dan membayar cukai lebih. Sudah mendapat pendapatan lebih mereka membeli apa pula. Ah tidak perlulah difikirkan. Mungkin mereka berbelanja di pasar malam, maka hiduplah peniaga kecil pasar malam. Begitu juga pembekal kepada barangan pasar malam.

Ini adalah kitaran ekonomi. Walaupun projek bernilai RM600j hanya dapat kepada satu syarikat, tetapi duit itu akhirnya akan turun sehingga rakyat paling bawah. Perlu jelas bahawa bila mempunyai duit lebih, barang keperluan sudah lebih dari mampu, maka rakyat akan mencari barang kehendak yang lain. Membeli kerepek pisang juga mudah. Maka hiduplah penjual kerepek pisang. Oh penanam pisang juga mendapat duit lebih. Begitu juga pembawa lori pisang. Begitu juga dengan penjual baja. Sekali lagi pusingan ekonomi bergerak.

Dalam semua pusingan ekonomi, setiap syarikat atau individu yang mendapat pendapatan yang lebih akan membayar cukai. Kutipan negara bertambah. Maka adalah duit untuk belanjawan kementerian masing-masing. Jabatan Kebajikan ada peruntukan untuk orang miskin, merempat, ibu tunggal dan lain-lain. Jabatan Perdana Menteri ada peruntukan untuk agama Islam. Oh MARA mendapat peruntukan untuk membantu anak Melayu.

Setiap kementerian akan mendapat belanja pembangunan, maka sekali lagi syarikat dan individu akan mendapat projek dan pendapat lebih. Maka pusingan ekonomi bermula semula.

Ini adalah pusingan ekonomi. Bagi yang faham, apabila kerajaan mengumumkan projek bernilai RM puluh juta RM ratus juta atau RM billion, maka mereka akan tersenyum kerana tahu akhirnya duit projek tersebut akan turun hingga ke bawah.

Jadi, jika sekali lagi anda mendengar rakan anda berkata bahawa projek RM600j hanya mengkayakan individu tertentu, katakan padanya bahawa kamu tidak tahu langsung tentang ekonomi. Kamu sedikit ilmu tetapi berlebihan cakap.

Ketahui juga bahawa rakan anda itu juga adalah dari pembangkang dan mereka mendapat ilmu dari pemimpin mereka. Katakan kepada mereka, jika kamu tidak tahu pasal ekonomi mahu mentadbir negara, alamat lingkuplah negara.

Baik, luruskan barisan!

11 comments:

  1. Luruskan barisan selurus-lurusnya agar rakyar hidup makmur... jangan hanya jual air liur macam DSAI tu... sudahlah busuk...

    ReplyDelete
  2. Ya, itulah yang saya belajar ekonomi di Universiti sehingga berjaya mendapat Izajah

    Rakyat yang berterima kaseh

    ReplyDelete
  3. Eh ada lagi satu contoh , dpt pinjaman mudah 250 juta , guna dlm 40 juta utk beli condo di singapura , dapat la salurkan duit tu pada cukai di singapura , dapatlah developer condo singapura income disitu , dapatlah pekerja di syarikat tu bonus , dapatlah berbelanja dan bayar cukai pada kerajaan singapura. Org malaysia dapat la berbangga sebab org melayu malaysia ada condo mewah kat sana..

    ReplyDelete
  4. economics said....
    Kau tanya pulak Anwar yg beli rumah kat US tu...bagi US sama le jugak juak2 hangpa yg telan ayor lior...

    ReplyDelete
  5. economics said....
    Kau tanya pulak Anwar yg beli rumah kat US tu...bagi US sama le jugak juak2 hangpa yg telan ayor lior...

    ReplyDelete
  6. Gua lagi respek dgn Economics 2.47 lagi terbaekkkkk!!!! Cakap satu perenggan jer dah buat smpai mamat yang cakap berbelit belit sblm tu terus terbogel..hahahahaha citer psl nike la, adidas la, kedai emas la, tang baik jer la kau citer, yg tak baik psl 250 juta tak lak terpikir yer..bodo!!!

    ReplyDelete
  7. gua pun respek sama kaldai2 pr yg sanggup baca sampai abih artikel kt atas....spesies anda mmg tak reti ngaku silap..cuma tau diperbodohkan pas,pkr,dap...

    ReplyDelete
  8. Kalau tak faham juga keluarkan pula Ekonomi utk Baghal....

    ReplyDelete
  9. Kalau dah bodoh tu ajarlah mcmana pun tentu spin punya sebab akal cetek otak blue jadi tak blh fikir lebih. Spin2 kat issue yg org atasan dia dah masukan info. Macam robot senang cakap. Betul anon 11.47pm???

    ReplyDelete
  10. Agak bangang jgak sape yg menulis artikel ni. Penulis ini mungkin dpat 4.00 time blajar kat u

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!