CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Friday, April 20, 2012

BERITA BAIK! LEPAS NI RANCANGAN SUKAN AKAN DAPAT DITONTON PERCUMA!



Mulai 1 Mei, hak penyiaran kandungan sukan bercirikan kepentingan negara dikongsi semua stesen penyiar televisyen, sekaligus memecah monopoli stesen penyiaran tertentu seperti ASTRO, sebelum ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, berkata ini bermakna semua stesen penyiaran televisyen di Malaysia yang mendapat hak penyiaran sukan berkenaan mesti bersedia untuk berkongsi kandungan tersebut dengan semua televisyen bebas ke udara (free to air) yang tidak mendapat hak itu.

“Sekiranya acara sukan tersebut tidak disiarkan oleh televisyen bebas ke udara, kandungan tersebut seterusnya akan dikongsi dengan stesen televisyen berbayar.

“Antara acara sukan yang disenaraikan adalah Sukan Olimpik Musim Panas, Sukan Komanwel, Sukan Asia, Sukan SEA, Sukan Malaysia (SUKMA), Piala Thomas dan Uber, All England, BWF Super Series, AFC Asian Cup, ASEAN Football Federation Cup, FIFA World Cup (separuh akhir dan akhir) serta English Premier League (perlawanan akhir).

“Acara ini dipilih kerana ia bercirikan kepentingan negara dan menggalakkan intergrasi nasional dan perpaduan di bawah semangat 1Malaysia.

“Ianya dilaksanakan melalui Penentuan Menteri di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan bertujuan membolehkan ramai rakyat Malaysia menonton dan mengikuti acara sukan yang popular dan melibatkan pasukan negara,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan aplikasi RTM Mobile di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim sempena ulangtahun RTM ke-66 , petang tadi.

Katanya, selain ASTRO, dua stesen penyiaran utama negara, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Media Prima juga akan diberi hak penyiaran kandungan sukan itu selain ulasan turut diberi melalui siaran radio terpilih.

Read more...

No comments:

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!