CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Wednesday, April 25, 2012

AISKRIM BERKUNYIT! APA YANG ANWAR TAKUT SANGAT DENGAN USTAZ NASHA NI? MESTI BACA

Anwar cukup berang bila diberitahu bahawa Ustaz Nasha terlibat secara aktif dengan agenda anti-LGBT. Anwar tahu, Ustaz Nasha juga antara yang bergerak di belakang tabir agenda JATI, Dr Hasan Ali – tapi bila Ustaz Nasha sibuk dengan agenda anti LGBT; Anwar naik berang dan cukup marah. Anwar tidak mahu langsung PAS terlibat dengan agenda anti LGBT dan kehadiran Ustaz Nasha, jelas Anwar, menjejaskan Pakatan Rakyat.

Azmin sudah Anwar arahkan untuk memastikan nama Ustaz Nasha tenggelam terus daripada disenaraikan dalam PRU akan datang. Namun, Azmin telah memberitahu Anwar bahawa ada dua kemungkinan yang mungkin berlaku:-

Ustaz Nasha bertanding atas tiket BN;
PAS juga belum tentu bersetuju untuk membuang Nasha daripada list begitu sahaja. Mursyidul Am perlu membuat signal yang jelas kepada Presiden dan Majlis Syura bahawa Ustaz Nasha sudah khianat daripada parti.

Soalnya sekarang, mengapa Anwar terlalu takut dengan anti-LGBT ini? Ada kalangan rakan-rakan dalam PR yang memaklumkan, bahawa Anwar tidak mahu ‘imej’ LGBT ini dikaitkan dengan dirinya dan mana-mana pimpinan PR yang lain. Mana ada pimpinan lain yang terlibat dengan LGBT. Anwar seorang! Nampaknya, Anwar semakin pening dan gelabah.

Anwar mahu Azmin yakinkan PAS bahawa Ustaz Nasha bukan faktor penting. Anwar berjanji untuk turun berkempen di mana sahaja nama Ustaz Nasha diangkat sebagai calon BN. Ramai yang kata, kemungkinan di dalam Wilayah Persekutuan. Itupun jika PAS ambil keputusan untuk menurut sahaja cadangan Anwar.

Anti-LGBT ini Anwar sifatkan sebagai kumpulan kacau daun dan lebih berpengaruh daripada TIBAI. Kepada Anwar, TIBAI adalah kelompok manusia tamak yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Kalau kita jadi Kerajaan, Anwar kata, TIBAI inilah antara orang pertama yang akan sembah kaki aku. Anwar cukup yakin sekali.

Nasharudin Mat Isa hari ini berkata Dato’ Ambiga Sreenevasan tidak layak pimpin BERSIH 3.0 sebaliknya Pemimpin PAS lah yang sepatutnya menjadi barisan hadapan BERSIH 3.0.

Nasha turut berkata LGBT merupakan ancaman kepada masyarakat…

Demi masa depan dan akidah generasi muda, isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) tidak boleh dipolitikkan sebaliknya semua pihak perlu berganding bahu untuk menanganinya, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa.

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga kita terikut dengan budaya negatif Barat,” kata Nasharudin.

Kenyataan Ustaz Nasha ini memang buat Anwar naik angin.

Anwar sendiri hairan dengan BN yang masih lagi percaya dan menggunakan ‘turncoats’ sebagai penggerak kempen yang bodoh-bodoh begini.

Yang nyata, Anwar lebih takut kepada anti-LGBT berbanding TIBAI.

Apakah PAS akan menurut sahaja cadangan dan arahan Anwar? Kita sama-sama tunggu.

Sumber: Gelagat Anwar

1 comment:

  1. ust Nasha ni seorang yg rasional. ni lah masalahnya.

    utk jadi pemimpin PAS, rasional perlu tolak belakang dulu. Agenda parti di utamakan, yakni menjatuhkan UMNO.

    Menjatuhkan UMNO ialah hasrat peribadi Nik Aziz.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!