GEMPAR BERAPI! SELCAT SUDAH TUKAR JADI PUSSYCAT?

Pengerusi SELCAT Teng Chang Khim merangkap Speaker Dewan Undangan Negeri pada 2hb lepas mengeluarkan kenyataan bahawa Noh Omar masih belum membuat permohonan untuk hadir ke persidangan SELCAT. Kenyataan tersebut juga seolah-olah mengambarkan bahawa Noh Omar cuba berdolak dalih dalam isu penyelewengan pasir dan enggan untuk hadir ke sidang tersebut. Menurut kenyataan Teng " Setakat ini tiada permohonan dibuat oleh Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar untuk memberi keterangan di dalam sesi pendengaran awam Jawatankuasa Keupayaan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan Selangor (SELCAT)."

Aku rasa betul apa yang dikatakan oleh Teng. Mungkin Noh Omar tidak membuat permohonan kepada SELCAT untuk hadir. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa Noh Omar tidak hadir. Sudah pasti beruk-beruk Pakatan akan melabelkan Noh Omar sebagai penakut. Hanya berani di belakang tetapi penakut bila dipanggil untuk memberi keterangan. Teng dalam kenyataan beliau juga mengatakan bahawa "Mereka yang tidak mendapat kelulusan permohonan tidak akan diberi peluang untuk memberi keterangan di dalam pendengaran tersebut. Beliau juga berkata orang awam yang ingin memberi keterangan di dalam sesi SELCAT mesti mendapat persetujuan jawatankuasa tersebut terlebih dahulu melalui permohonan bertulis."

Sebelum aku pergi lebih jauh,tinggi sungguh hiraki SELCAT dalam kerajaan Selangor. Mereka seolah-olah mengambarkan SELCAT adalah satu badan yang tulus yang akan bertindak terhadap mana-mana individu tanpa mengira fahaman politik. Sebenarnya itu hanyalah persepsi yang sedang dimainkan oleh rejim Khalid Gagap. Adakah betul SELCAT itu telus? Kalau orang UMNO BN mengatakan bahawa SELCAT hanya untuk menjaga kepentingan politik PR sudah tentu mereka akan melabelkan bahawa UMNO BN takut tembelang mereka terbongkar. Ini perkara biasa yang kita tidak perlu nafikan. Kena tangkap khalwat pun salah UMNO BN. Bantai buntot orang pun salah UMNO BN.

0 Response to "GEMPAR BERAPI! SELCAT SUDAH TUKAR JADI PUSSYCAT?"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!