FUYOH! 500 RIBU ORANG TURUN DEMO DENGAN NIZAR LAHANAT DI PERAK!

Sejak beberapa hari lalu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin tidak habis-habis menabur fitnah kononnya dia membantah dan tidak terlibat dengan Projek Vale di Teluk Rubiah.

Hari ini, golongan pembangkang sanggup melakukan demonstrasi bagi membantah projek terbabit dengan menyasarkan 5,000 penyokong akan hadir tetapi rupa-rupanya tidak sampai 200 orang yang hadir sebagai tanda sokongan mereka kepada Adun Pasir Panjang itu.

Ia sekaligus membuktikan rakyat sudah arif benar dengan permainan politik Pakatan Rakyat yang tidak habis-habis melakukan fitnah yang hanya dianggap ‘halal’ oleh kelompok mereka sahaja.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai perkara itu memberitahu demonstrasi itu membuktikan bahawa Nizar adalah dalang kepada bantahan yang sebelum ini kononnya diperjuangkan oleh badan bukan kerajaan (NGO).

“Difahamkan, mereka mahu jadikan isu itu sebagai gerakan untuk kempen pilihanraya.

“Sebelum ini, saya dengar bantahan itu datangnya daripada NGO tetapi apabila saya beri respon, maka mulalah puak-puak di sebelah sana melatah.

“Hari ini, kita tahu siapa yang berdiri di belakang NGO terbabit kerana Nizar dan Adun Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham turut hadir pada majlis itu,” katanya.

Read more...

1 Response to "FUYOH! 500 RIBU ORANG TURUN DEMO DENGAN NIZAR LAHANAT DI PERAK!"

  1. Hidup lagi badut ni. Kelakar gile kisah politik badut ni. Inshallah, saya Akan tulis skrip tentang kisah dia ni untuk slot tele komedi satu hari nanti.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!