CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Tuesday, March 6, 2012

CILI KASI TARUK! DAP DAN PKR MEMANG NAK HANCURKAN PAS!

PENGARAH Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad yang dikatakan sebagai “think tank” terhebat PAS masa kini, cuba mengambil hati para penyokong parti itu dari golongan bukan Islam dengan menyatakan bahawa mereka PAS bersedia melantik seorang dari mereka ke jawatan Timbalan Presiden.

Mungkin bertujuan mahu menggunakan sistem ‘barter trade’ menukar undi golongan bukan Islam dengan jawatan no 2 PAS itu, Dzulkifli fikir ideanya itu akan disokong dan disambut oleh para pemimpin PAS yang lain dengan senang hati.

Namun apa yang diharapkan Dzulkifli tidak menjadi kenyataan. Malah dilaporkan bahawa ramai pemimpin PAS khususnya golongan ulama yang marah dan tidak senang dengan kenyataannya yang dibuat tanpa dirujuk kepada majlis Syura.

Presiden Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib tak dapat tahan diri untuk menyelar kenyataan ‘sesuka hati sesedap mulut’ Dzulkifili itu dengan menegaskan bahawa hanya muslim sahaja yang layak memegang jawatan Timbalan Presiden PAS.

Malah, beliau dengan tegas memberitahu media bahawa amat mustahil bagi PAS untuk membenarkan jawatan tersebut diberikan kepada mereka yang bukan Islam.

Read more...

2 comments:

  1. Jaga tepi kain sendiri sudah le, bab PAS, PKR dan DAP tu tak payah buat ape2 komen lagi, mereka tu dah tetap bersatu mau hancurkan BN/UMNO.

    ReplyDelete
  2. salammmm bro

    mohon link kan blog saya,
    www.hurairahady.blogspot.com

    kita selalu berjumpa kat mana2,

    thanks bro,

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!