APA MOTIF GADIS-GADIS INI DIAIBKAN SEBEGINI?

Maaf la kali ni aku nak tegur sikit suratkhabar yang telah memaparkan gambar gadis-gadis yang telah ditangkap di sebuah kelab hiburan ni.

Aku bukan apa, cuma rasa pelik sikit la, bila China Doll atau imported doll ditangkap, takde sapa pun tunjukkan muka mereka, malah ada yang siapkan blurkan muka mereka lagi.

Tapi dalam bab gadis melayu, tu dia terpampang terang-terangan kat depan akhbar! Apa motif suratkhabar-suratkhabar ni sebenarnya? Nak lariskan suratkhabar?

Kenapa perlu dirosakkan masa depan gadis-gadis ni? Bukankah baik kalau mereka ini diberikan kaunseling supaya jangan melakukan lagi perkara sebegini lagi?

Apa dengan terpampang gambar sebegini akan membuatkan gadis-gadis ini bertaubat? I don't think so, aku rasa lepas mereka dah malu ni mereka akan menjadi lebih liar lagi!

Yalah, bayangkan satu Malaya dah nampak muka mereka, kesian mak bapak mereka dan paling kesian sekali adalah gadis-gadis ini. Dimalukan dengan sebegitu dahsyat sekali.

Kalau ada yang bertanya kenapa aku juga bongkar pasal aib Anwar, maka ni jawapan aku! Kalau si juburi tu tak nak jadi PM dan bukan dalam politik, haram aku tak usik dia, tapi dia nak jadi PM! Mana boleh bakal PM kita takdak moral bukan?

Gadis-gadis ni bukan 'politician' pun. Mereka bukan nak masuk politik pun! Tak payahlah nak diaibkan sebegini! Hari ini kita buat kat anak orang, esok-esok kena balik kat kita!

Selain dari mengejar keuntungan, fikirlah sikit nasib anak bangsa kita, kalau mereka dah berada di jalan salah maka menjadi tanggungjawab kita untuk bimbing mereka.

Maaf la kalau teguran aku ni membuatkan ada pihak yang tak senang hati!

27 Responses to "APA MOTIF GADIS-GADIS INI DIAIBKAN SEBEGINI?"

  1. pepatah mengatakan..
    "XKAN MELAYU MENJAHANAMKAN MELAYU"
    sudah xbleh pakai.. !!!

    sememangnya..
    MELAYU MENGHANCURKAN MELAYU !!!

    ReplyDelete
  2. Keluar surat khabar baru ... mereka kan nak glamour ..! ha..glamorlah tu .. terus aja lah menari tiang tu...sebelum buat tak fikir malu...

    ReplyDelete
  3. tang sini hang cakap btoi, mamu angkat ibu jaghi.

    ReplyDelete
  4. sebagai hukuman takpa la.....hukum hudud pon buat kat publik...tak salah jgn taksob sangat dgn hukum dunia

    ReplyDelete
  5. Sebagai pengajaran, sekali sekala bagus juga buat macam ni. Saudara juga ada sahamnya.
    Sepatutnya, letak juga gambar tokey pusat tersebut, letak juga gambar penontonnya, supaya lain kali dia orang tak berani tengok, siapalah penari tiang tanpa penonton. Letak juga gambar pemilik bangunan, pegawai yang meluluskan pusat tersebut. Jika pusat haram letak jugambar orantg yang bertanggung jawab membasmi tempat begini. Gambar pemimpin masyarakat tempatan. Pemimpin agama. Jangan sibuk berceramah je, tapi bukan ceramah agama pun tapi ceramah kutuk dan fitmah. Mak bapak sibuk dengar ceramah tapi anak punah. mok

    ReplyDelete
  6. Pas Sokong Dap,
    Dap sokong tarian tiang,
    Jadi, Pas sokong tarian tiang.

    ReplyDelete
  7. etika kewartawanan kadang kadang tolak tepi demi untuk melariskan akhbar masing masing, menjadi kebanggaan bila membuka aib orang melayu seperti akhbar mcm tu.

    ReplyDelete
  8. Sanggup jahanamkan masadepan bangsa sendiri kerana nak lariskan akhbar. Editor harus bertanggungjawab. Bukan sahaja permohonan maaf muka depan, malah lebih lagi, supaya jangan dijadikan trend oleh akhbar lain.

    ReplyDelete
  9. parpu parpu..tang bab ni aku tabik kat hang tapi kadang2 hang merapu la parpu.

    ReplyDelete
  10. parpu parpu..tang bab ni aku tabik kat hang tapi kadandg2 hang merapu la parpu.

    ReplyDelete
  11. tindakan surat khabar tu betul.

    ReplyDelete
  12. Pendapat gue bertentangan. Ini sebagai pengajaran pada gadis-gadis melayu yg tak bermaruah seperti mereka. Kalau dah sanggup tayang muka dangan tarian seksi dikelab malam, mesti berani tayang muka ke satu Malaysia. Hukuman pun terlalu rendah. Jangan bandingkan dengan chinall dolls sbb mereka dan berlambak-lambak buat kerja keji sebegini. Memang tak hairan krn dah jadi darah daging mereka. Kita tak mau pula satu hari, kalau di biarkan, gadis-gadis melayu pula yang menjadi pengganti china-dolls.

    ReplyDelete
  13. ..mereka siar muka gadis Melayu sebab mereka orang miskin tidak ada wang untuk ambil loyer saman malu..dan lagi pun tidak ada parti politik akan bela mereka kerana mereka Melayu...kalau mereka Cina, parti PAS akan berdiri teguh dibelakang DAP dan akan buat demo berguling2 atas jalanraya.

    ReplyDelete
  14. Betul parpukari...sepatut HMetro tidak siar wajah 3 gadis terbabit. Editor kurang cermat. Sayang Metro sekarang dah ada rating yang bagus tak perlu berita seperti ini dipapar sedemikian. gadis 2 tu memang wajar dihukum tetapi dengan cara yang betul bukan dihukum mengikut hukum media.

    ReplyDelete
  15. Rm25 saja hukumnya. Berbaloi ke? Sapa nak takut nak buat pekerjaan ni. Punya le teruk penguat kuasa buat serbuan. Punyala high risk job.

    ReplyDelete
  16. Ya lah pk.
    Cuba kita letakkan diri kita dalam situasi sebagai ibu bapa gadis gadis ni.
    Tentu rasa sedih dan malu sangat.

    Kepada anak anak melayu jadikanlah ini satu iktibar.janganlah terlalu mengikut kata hati yg negatif ya.

    ReplyDelete
  17. lols..bkn paper nak malukan gadis2 ni..tapi gadis2 ni yang taktau malu..penyenayah pon tau tutup muka kalau di ambil gambar..ni diorg rileks je..siap ade yang senyum2 lagi..so bkn salah paper..tapi diorg ni yang tak btol..maybe suka sebab kene denda rm25 je kot..hehe

    ReplyDelete
  18. lols..bkn paper nak malukan gadis2 ni..tapi gadis2 ni yang taktau malu..penyenayah pon tau tutup muka kalau di ambil gambar..ni diorg rileks je..siap ade yang senyum2 lagi..so bkn salah paper..tapi diorg ni yang tak btol..maybe suka sebab kene denda rm25 je kot..hehe

    ReplyDelete
  19. saya bersetuju dengan saudara patut suratkabar cover la sikit

    ReplyDelete
  20. haha kor pun bangsa melayu ker???? ingatkan kan MAmak!mana hahaha

    -parpugulai-

    ReplyDelete
  21. Setuju dan sokong Parpu 100 peratus. Terbaikkkkkk. Tabek spring ...

    ReplyDelete
  22. aku repoter, aku nnak cerita sikit..

    dalam etika surat khabar mengikut akta mesin cetak, gambar 'suspek' yang belum dibuktikan bersalah di mahkamah, gambar muka mereka tak boleh disiarkan. TAK BOLEH.

    tapi kalau dah dibuktikan di mahkamah atau dibawa untuk dituduh di mahkamah, muka mereka boleh disiarkan.

    ketiga-tiga pompuan tu dah dituduh di mahkamah dan dibuktikan bersalah di mahkamah. oleh yang demikian, tak melanggar etika kalau disiarkan muka mereka sebagai pengajaran kepada pihak lain.

    pengajarannya, kalau tak mau dapat malu, janganlah sesekali buat kesalahan yang memalukan.

    ReplyDelete
  23. laa....parpu hang pasai pa nak backing sgt ni, depa pun xjaga maruah depa hang lak dok takut nak tutup aib depa...ni pirahhhh....bagus la hang concern parpu tapi agak2 la sama depa la ni nak sgt buka aib kat kelab la ni depa dapat peluang buka aib depa kat malaysia, dia nak berubah ka x semua tu terpulang kat diri sendiri...ada org bagi kaunseling bertahun pun xleh makan juga

    ReplyDelete
  24. Hantar bagi Badrul Amin buat kaunseling, kalau tak lut jugak bagi kat Mat Sabu, kalau tak lut juga..He he bagi kat yang sorang lagi tu....!

    ReplyDelete
  25. aku buat tarian tiang TNB tak de plak yg nak tangkap gambar. Siap demo gantung lampu kelip-kelip lagi. Sebelumd tangkap kasi 'short' cable life kat tiang. Baru cantik kereteng rambut...

    ReplyDelete
  26. aku buat tarian tiang TNB tak de plak yg nak tangkap gambar. Siap demo gantung lampu kelip-kelip lagi. Sebelumd tangkap kasi 'short' cable life kat tiang. Baru cantik kereteng rambut...

    ReplyDelete
  27. tengokla surat kabar apa... tak heran pun.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!