PENDEDAHAN BERAPI! APA MOTIF PEMBANGKANG YANG SEBENAR DALAM MEREKA MENENTANG ISU LYNAS INI!?


Rare Earth, bahan Nadir Bumi atau boleh dipanggil sebagai tanah jarang

Himpunan Hijau bukanlah satu kumpulan yang mahu mengharmonikan dan menyelamatkan Malaysia seperti yang mereka dakwa, sebaliknya ialah adalah sebuah agenda bersifat ‘anti-ekonomi’ oleh pihak-pihak tertentu yang bertujuan menakut-nakutkan pelabur asing dari terus melabur di Malaysia.


Antara produk yang menggunakan bahan dihasilkan dari tanah jarang

Para pelabur antarabangsa memerhati tindakan Kerajaan Malaysia menangani desakan puak pelampau yang berselindung diatas matlamat kononnya menyelamatkan alam sekitar. Apakah Kerajaan Malaysia cukup kuat untuk mempertahankan kemasukkan pelaburan asing atau akan menjadi longlai dan tunduk kepada tekanan puak pelampau ini.

Penentang pelaburan kilang pemerosesan kimia oleh Lynas Corporation adalah golongan pelampau yang didalangi oleh beberapa kerat ahli politik songsang.

Kilang pemerosesan Nadir Bumi atau dalam bahasa hari-hari boleh disebut sebagai ‘tanah jarang’ ini adalah tidak lebih dari sebuah kilang kimia. Di negara asalnya, pengangkutan bahan tanah jarang ini boleh dilakukan seperti anda mengangkut anak dan isteri anda pulang ke rumah mertua, tiada spesifikasi khas apa lagi memerlukan label bahan radioaktif.

Pada sidang medianya di Shah Alam hari Jumaat lepas, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat , YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar di dalam bidang nuklear sekali lagi menjelaskan kepada rakyat Malaysia bahawa, kilang kimia Lynas adalah selamat.

“Pendirian saya tetap sama seperti yang pernah saya cakapkan sebelum ini, iaitu projek ini perlu diteruskan dan saya akan tetap menyokongnya selagi Lynas selamat dan dipantau sepenuhnya,”

ujar bekas pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Rosli yang merupakan lambang kecendikiawanan di dalam Parti Islam Malaysia (PAS) diatas ketinggian ilmu sainsnya merupakan kelulusan doktor falsafah di dalam bidang Sains Nuklear daripada University of Lancaster di United Kingdom.


YB Che Rosli, Saintis Nuklear tempatan, Ahli Parlimen PAS Hulu Langat.

Rosli juga berkali-kali menjelaskan bahawa kilang Lynas di Gebeng bukanlah kilang nuklear atau loji nuklear maupun makmal penguraian dan mengayakan uranium.

Kadar radiokatif yang bakal dikeluarkan oleh kilang Lynas di Gebeng secara teorinya tidak lebih daripada kadar radiasi yang dikeluarkan oleh kebanyakan kilang-kilang lain di sekitarnya.

Rosli berkali-kali menegaskan bahawa tanah jarang adalah bahan ‘tabii’ dan lombong tanah jarang di Mount Weld, Australia adalah jauh lebih rendah keluaran radiasinya daripada lombong bijih yang peninggalan legasinya menjadi taman tema dan kawasan perumahan di merata-rata tempat di Malaysia.


Baru-baru ini Kerajaan Malaysia secara adil telah meluluskan Lesen Operasi Sementara (TOL) kepada Lynas Corporation dengan syarat-syarat ketat. Tujuan pemberian lesen operasi sementara ini adalah bagi membenarkan Lynas memulakan operasinya dan pada waktu yang sama pihak-pihak terbabit di Malaysia dapat memantau operasi Lynas sama ada benar-benar selamat seperti yang tercatat di dalam semua laporan.

Tanpa membenarkan Lynas beroperasi, Kerajaan Malaysia dan pihak pemantau tidak dapat melihat kesahihan dakwaan Lynas mahupun dakwaan puak pelampau.

Pemberian lesen ini bukan berisiko tinggi kerana pada waktu ini berdasarkan segala laporan dan kajian yang telah dibuat oleh pelbagai agensi terbabit bersetuju bahawa operasi Lynas akan selamat dan mengikuti piawaan antarabangsa.

Namun tanpa membenarkan Lynas beroperasi, ia kekal sekadar di atas kertas.

Walaupun lesen sementara itu telah diluluskan buat Lynas bagaimanapun Lynas hanya boleh menerima lesen itu setelah ia memastikan ia patuh kepada syarat-syarat khas pengeluaran lesen tersebut. Itulah yang dikatakan sebagai risiko rendah.

Untuk Lynas beroperasi sementara, Lynas diwajibkan oleh Kerajaan Malaysia mengeluarkan satu surat akujanji bahawa segala lebihan dan sisa buangan dari kilang itu hendaklah di bawa keluar dari Negara Malaysia.

Lynas juga dikehendaki untuk menyerahkan satu pelan pembinaan dan pengurusan kemudahan pelupusan kekal (PDF) yang berlokasi di kawasan tidak berpopulasi.

Kerajaan Malaysia juga mengkehendaki Lynas memastikan segala sisa cecair dan gas hendaklah terlebih dahulu dirawat oleh Lynas bagi memastikan ia mencapai tahap piawaian keselamatan yang diterima pakai antarabangsa sebelum dibebaskan dari kilang tersebut.

Hanya setelah Lynas membuktikan bahawa operasinya adalah selamat seperti yang didakwa dan diperakui oleh semua pihak berwajib, barulah lesen sebenar akan dikeluarkan.

Ini merupakan sesuatu yang amat waras. Lebih waras lagi ialah nasib 420 anak tempatan yang hampir kesemuanya anak Melayu kini mencari makan dengan Lynas. Kos pengurusan yang melebihi RM400 juta setahun adalah sesuatu yang amat tinggi dan diperlukan di dalam menjana ekonomi hari ini. Oleh itu adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh kerajaan untuk mengabaikannya dengan mudah semata-mata ada penentangan yang tidak berasas.

Penentangan terhadap Lynas boleh menggugat kemasukan pelaburan asing. Para pelabur mahu kepastian bahawa pelaburan mereka selamat dan kerajaan hari adalah kerajaan yang mengotakan janjinya.

Ketakutan pelabur adalah sesuatu agenda yang baik buat pembangkang. Kekurangan pelaburan adalah juga sesuatu yang boleh dimanipulasikan oleh pembangkang yang bijak. Tetapi mengatakan Lynas adalah sebuah kilang yang menghasilkan radiokatif yang merbahaya adalah sesuatu yang bodoh bagi pembangkang.

Saya masih rasa pembangkang di Malaysia tidaklah berdiri begitu rendah apalagi sesuai disebut sebagai bodoh.

Ustaz Hadi, Presiden PAS berkata dalam ucapannya pada 5 Jun 2011 di Terengganu yang antara lainnya menyeru perwakilan PAS bertindak secara bijaksana.

Kata Ustaz Hadi,

“Saya hendak membangkitkan isu Lynas yang dibangkitkan oleh perwakilan. Saya minta isu ini dirujuk kepada pakar. Kita ada pakar nuklear, Dr. Rosli Che Mat. Dia mempunyai PhD dalam bidang nuklear….”

Dan Dr. Rosli sudah memberikan penjelasannya kepada kita. Dr. Rosli juga berkata bahawa dakwaan-dawaan terhadap kilang Lynas hari ini adalah, “tidak saintifik dan tidak akademik”. Bagaimanapun ada diantara kita masih mahu mendengar dakwaan yang tidak saintifik dan tidak akademik itu.

Ustaz Hadi turut membuat kesimpulan berikut,

“… nak tahu pasal kelapa sawit jangan tanya pakar getah,”.

Fuziah Salleh orang paling kehadapan dengan pelbagai dakwaan tidak saintifik dan akademik merupakan Ahli Parlimen PKR dan bukan pakar getah, tetapi Fuziah juga bukan pakar nuklear. Mungkin Fuziah adalah mutasi hasil ujikaji berlebihan Anwar Ibrahim di dalam politik Malaysia.

Langkah wajar boleh diambil oleh pengarah filem tersohor Malaysia, saudara Mamat Khalid untuk memasukkan watak Fuziah di dalam filem Zombie nya yang baru. Mungkin menerusi watak itu, Fuziah boleh menjadi ‘zomba terlampau’.

Sumber: Kickdefella

9 Responses to "PENDEDAHAN BERAPI! APA MOTIF PEMBANGKANG YANG SEBENAR DALAM MEREKA MENENTANG ISU LYNAS INI!?"

  1. Agenda pihak pembangkang sudah terang dan jelas..untuk sabitaj @ mgagalkan usaha kerajaan menjana ekonomi negara. Bila ekonomi mundur, mudah utk dicanangkan kerajaan tak buat apa-apa utk memajukan ekonomi negara. Tapi kuncu-kuncu dan tukang sorak kat peringkat bawah tu dok membantah juga tanpa tau hujung pangkal, tanpa siasat @ selidik terlebih dahulu. Walaupun pemimpin mereka sendiri YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar bidang nuklear mengesahkan projek berkenaan selamat namun kuncu-kuncu dan juak-juak kat bawah tu masih tak mau terima. Akal fikiran tak mau dibuka, disempitkan dengan apa saja yang disumbatkan oleh pemimpin mereka tak kiralah apa yang disampaikan itu benar @ salah, masuk akal @ tidak. Agak klu kuncu-kuncu di bawah ni disuruh ramai-ramai terjun lombong @ gaung confirm diorang buat dengan sukarela :)

    ReplyDelete
  2. Agenda pihak pembangkang sudah terang dan jelas..untuk sabitaj @ mgagalkan usaha kerajaan menjana ekonomi negara. Bila ekonomi mundur, mudah utk dicanangkan kerajaan tak buat apa-apa utk memajukan ekonomi negara. Tapi kuncu-kuncu dan tukang sorak kat peringkat bawah tu dok membantah juga tanpa tau hujung pangkal, tanpa siasat @ selidik terlebih dahulu. Walaupun pemimpin mereka sendiri YB Che Rosli Che Mat, seorang pakar bidang nuklear mengesahkan projek berkenaan selamat namun kuncu-kuncu dan juak-juak kat bawah tu masih tak mau terima. Akal fikiran tak mau dibuka, disempitkan dengan apa saja yang disumbatkan oleh pemimpin mereka tak kiralah apa yang disampaikan itu benar @ salah, masuk akal @ tidak. Agak klu kuncu-kuncu di bawah ni disuruh ramai-ramai terjun lombong @ gaung confirm diorang buat dengan sukarela :)

    ReplyDelete
  3. banyak nampak muka cha ya nun alip,lepa ni dengki ,cho bagi kat sykt lepa tak komplen la.pellarkkkkk

    ReplyDelete
  4. Pasal kebanyakkan manafaatnya npergi pada Melayu.

    ReplyDelete
  5. yg betui2 bagi sungai,kolam parit kotork adalah penternak BABI...
    sepatutnya segala ladang dan kandang BABI..

    ReplyDelete
  6. Ha tu ug benar anon 11.37pm. Pencacai yg lain tak blj fikir jadi YES SIR saja. Cuba bagi kat kaum dia tentu celebrate mcm nak gila. Kesian dgn melayu melayu tu. Ada otak letak kat tapak kaki. Cina kaya awak berebut duit rm500 ug kerajaan beri. Tak percaya tanya org keliling siapa yg paling depan atau mula mula sekali beratur ambil borang tu. Kalau tanya dia jawab duit rakyat. Dia tak tau sumber pun. Lagipun kalau duit rakyat pun siapa ug banyak bayar cukai zakat dll. Memandangkan yg perintah negara BN maka yg banyak bayar tax ni org BN lah. Lagipun org parti lain kebanyakanua business sendiri kecil2an. Surug bayar tax katanya rugi memanjang. Susah nak dpt duit pembangkang ni

    Yg kedua sumber yg banyak hasil tax genting dan lain2 judi dan arak. Tak geli pulak ambik duit ni.

    Jadi fikir2 kan lah ya. Jgn ikut kafir laknatullah tu membabi buta. Mereka nak sabotaj org melayu secara halus. Mana pginya org bijaksana dlm pas. Buatlah kerja sikit. Jgn mcm robot. Besok yg rugi anak cucu kita juga. Si laknatullah dah mmg kaya. Awak jadi balaci saja. Biarlah jadi pengikut umno. Sekurang2nya dah banyak dia berjasa pd anak melayu kita. Laknatullah ni tak peduli melayu langsung. Sedarlah ya.

    ReplyDelete
  7. Yg ni pun mrk tk boleh pikir ke PK. Klau betullah Kilang Lynas tu kilang nuklear. Tk pyh mrk nk buat demo hijau mcm ni. Hari ni kerajaan umum nk buat kilang nuklear, esok dh smpi lah Mohamed ElBaradei - Ketua Pengarah dr IAEA (International Atomic Energy Agency) tu, paling tdk pun dr PBB. Tk pun awal-2 lg Amerika atau Israel dh protes dh mcm kes Iran. Tp smpi skrg tk dgr pun bantahan dr mrk... hanya wakil mrk aje sibuk anjurkan demo kt sini. Wakil mrk tu tk crite ke kt ibu pejabat yg mengeluarkan dana tu ttg Malaysia ni nk buat loji nuklear. Bdk-2 blehlah dia kelentong. Apa pendapat kau PK?

    ReplyDelete
  8. Ini salah satu taktik pr dengan sabotaj ekonomi. caranya mereka akan mendesak sehingga lynas tutup kemudiannya kerajaan tidak akan dapat pelaburan baru, bila tak dapat pelaburan baru kerajaan bn dituduh lemah dan peluang ini digunakan pr. sesungguhnya mereka tidak sedar jika perkara ini terjadi malaysia juga tidak akan dimasuki pelabur walaupun pr memerintah kecualilah israel sebab anugay suka israel

    ReplyDelete
  9. Ini salah satu taktik pr dengan sabotaj ekonomi. caranya mereka akan mendesak sehingga lynas tutup kemudiannya kerajaan tidak akan dapat pelaburan baru, bila tak dapat pelaburan baru kerajaan bn dituduh lemah dan peluang ini digunakan pr. sesungguhnya mereka tidak sedar jika perkara ini terjadi malaysia juga tidak akan dimasuki pelabur walaupun pr memerintah kecualilah israel sebab anugay suka israel

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!