CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Friday, February 24, 2012

CILI KASI TARUK! KENAPA ANWAR TAKUT NAK TERIMA MEMORANDUM?

PETANG tadi selepas solat Jumaat, ratusan rakyat termasuk Pemuda UMNO dan NGO Islam telah berarak ke Ibu Pejabat Parti Keadilan Nasional (PKR) di Tropicana, Damansara dengan niat tujuan menyampaikan memo bantahan terhadap Anwar Ibrahim berkaitan isu mempertahankan keselamatan Israel.
Malangnya bayang Anwar Ibrahim pun tak kelihatan, wakilnya pula seorang pun tak berani mengambil memo bantahan tersebut, barangkali masing-masing takut digelar sebagai anti Israel.
Entah apa yang ditakutkan sangat kalau dipandang masyarakat dunia sebagai anti Israel?. Tun Dr Mahathir hingga kini walaupun digelar sebagai anti semitik & anti Israel tetapi sampai sekarang tak pernah kisah dengan gelaran tersebut.
Ingatkan selepas Anwar Ibrahim bertemu muka dengan Nik Aziz sehari dua lepas untuk menjelaskan isu kenyataannya dalam WSJ yang mahu membela keselamatan Israel, setidak-tidaknya akan timbullah keberanian Anwar untuk menonjolkan dirinya sebagai kritikal terhadap kezaliman Yahudi Zionis.
Rupanya harapan tersebut umpama debu-debu yang berterbangan sahaja. Yang jelas kelihatan sekarang, Anwar Ibrahim masih utuh berpegang kepada kenyataan asalnya berbanding bersimpati pada nasib rakyat Palestin yang terus ditindas oleh rejim Israel.
Nampak gayanya sia-sia sajalah Nik Aziz berbuih mulut menjelaskan pendirian Pas yang kononnya anti Israel namun sampai sekarang seakan dibakul sampahkan saja oleh Anwar.
Bukankah Anwar begitu gah bercakap soal kebebasan bersuara, berhimpun dan mementingkan amalan demokrasi yang terbuka?
Ini terbuka kot celah mana kalau memorandum pun tak mahu terima. Kebebasan suara apa namanya bila suara rakyat tidak diendah dan pandangan rakan sebantal dicampak ke longkang.
Ada juga khabar mengatakan Anwar sebenarnya ada di di Ibu Pejabat PKR tapi telah 'diseludup' keluar oleh seseorang, betulkah  begitu? Harapnya itu cuma khabar angin sajalah, kot kalau betul bikin malu saja.
Kita bersangka baiklah dan anggap kemungkinan Anwar memang tiada di sana  sewaktu kedatangan orang ramai, Pemuda UMNO dan NGO Islam untuk menyampaikan memo bantahan tersebut, tapi soalnya sekarang bila pula Anwar mahu menarik balik kenyataannya yang terang tak perlu bersuluh lagi begitu pro Israel?
Cuma tak tahulah kot Anwar Ibrahim rasa dengan menimbulkan isu kapal Israel sudah cukup untuk mengalih pandangan umum daripada terus menyanggah kenyataannya yang prihatin untuk melindungi keselamatan dan kedaulatan Israel.
Walhal sudah terbukti jelas isu kapal Israel langsung tidak berbangkit kerana fakta jelas menunjukkan kapal yang bernama ZIM USA & ZIM Atlantic itu semuanya didaftarkan di Liberia.
Tapi perihal kenyataan Anwar Ibrahim, sudah terang dan jelas yang Anwar itu adalah pemimpin dan ketua pembangkang di Malaysia, surat beranak & kad pengenalannya pun di daftarkan di negara ini malah kenyataan tersebut dituturkan pula oleh mulutnya sendiri yang secara sedar mengakui peri-penting keselamatan Israel disokong dan didukung.
Masihkah ada penyokong dan pemimpin Pas serta PKR yang beragama Islam tetap redha dan pasrah berimamkan Anwar Ibrahim dalam menuju medan tempur pilihanraya ke 13 kelak sekalipun Anwar Ibrahim telah menyatakan pendiriannya untuk melindungi keselamatan negara Israel laknatullah?
Tepuk kepala tanya akal.

Sent from my iPhone

2 comments:

  1. Allah Maha Kaya..

    Ini salah satu hikmahnya anwar tidak dipenjarakan.

    Yg terus nak menutup hati sedangkan kebenaran terus tersingkap di depan mata, terpulanglah.

    Balik dari mendengar penerangan DHA, hati ini jadi hiba.. Apalagi yg mahu mereka tunggu.

    Islam sudah dipijak ditendang sana sini oleh DAP dan dibiarkan saja oleh PAS.

    Sampai bila UMNO sahaja yg mahu disalahkan?? UMNO itu ciptaan dan milik manusia. Manusia itu tidak sempurna sifatnya.

    Tapi kenapa dibiarkan agama Islam dihenyak sebegitu rupa??

    Musuh anak adam yg nyata dibolehkan utk buat kawan??

    Musuh Islam yg sgt nyata, mahu dibela bela. Diputar belit utk mencari justifikasi??

    Tolong la. Walau sebenci mana seorang Islam pada UMNO, jgn lah sampai dibiarkan agama ini dihina demi ke putrajaya.

    Nak toleransi, boleh..tapi tidak lah sampai melampaui batas!

    Kalau zaman natrah, umat Islam bersatu bangkit menentang murtad hingga mempertaruhkan nyawa, kenapa kini dibela dan disokong pula hari ini??

    Pulaukan ANWAR. Tinggalkanlah dia.

    Nak terus benci UMNO, bencilah. Mmg itu fahaman PAS dari dulu. Tapi.... ANWAR mesti dipijak pijak.

    100 kali hadi awang lebih layak berbanding anwar jika itulah kemahuan org anti UMNO mahukan putrajaya.

    Tapi sayang, PAS tinggal hampas. Jika sudah rampas boleh pulang semula, tidak menjadi mustahil, Islam bukan agama utama dan rasmi di tanah jawi ini jika pakatan haram ini ke putrajaya.

    Minta dijauhkan ya Allah.

    ReplyDelete
  2. Saya ni ada satu soalan. Rasa2 Anwar ada ke melawat Israel? Saya tak mahu tuduh tapi ada ke terlintas di otak sesiapa bahawa ada kemungkinan besar Anwar ada melawat Israel?
    Mesti semua orang kata passport dia mesti kena chop kan? Tapi mungkin ada tak, Amerika membantu dengan passport sementara, untuk Anwar ke sana?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!