PERAK TODAY

PERAK TODAY
KLIK GAMBAR UNTUK BERITA PANAS POLITIK, HIBURAN DAN BERITA TERKINI!

Pengumuman Penting!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

COMING SOON

COMING SOON

Thursday, January 26, 2012

PELIK BIN AJAIB! INILAH SEBABNYA IPOH TAKDE BANGUNAN TINGGI! MESTI BACA

Selama ini aku dok ingat Ipoh memang tak nak buat bangunan tinggi-tinggi. Ingatkan memang saja la kot, rupa-rupanya DCA tak bagi! Aik!? Pasai apa? Nak kata Ipoh ada banyak flight, rasa aku takde pun.

Yang ada pun cuma Firefly je, Air Asia pun takde, so kalau korang nak tau apa kisah sebenarnya, kat bawah Dr Zambry selaku MB Perak memberikan penjelasan:

Kerajaan negeri meminta pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) agar mengkaji semula larangan pembinaan bangunan tinggi di bandar raya Ipoh.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata arahan yang dikeluarkan DCA sebelum ini telah merencatkan pembangunan bandaraya dalam memperbanyakkan lagi binaan bangunan tinggi.

Tambahnya, larangan itu wajar dipertimbangkan semula berikutan ia menyukarkan usaha kerajaan negeri merangka pelan pembangunan di bandaraya itu.

“Kita sudah rancang pelbagai pelan pembangunan namun tidak dapat dilaksanakan ekoran larangan ini…kita merasakan adalah wajar untuk DCA pertimbangkan semula.

“Pelan pembangunan di bandar raya Ipoh sejak kebelakangan ini sukar untuk dilakukan dan ia merencatkan pembangunan bandar raya Ipoh,” katanya lagi.

Justeru katanya, kerajaan negeri minta DCA supaya mengkaji semula larangan itu bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan untuk membangunkan Ipoh menjadi sebuah bandar raya yang serba moden termasuk memiliki bangunan tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Ipoh, hari ini.

Katanya, kerajaan negeri sudah sedia maklum dan memahami larangan membina bangunan tinggi di kawasan sekitar Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah berdasarkan kepada faktor keselamatan awam.

“Kita faham apa yang terkandung dalam peraturan untuk laluan udara di Ipoh tetapi kita tidak boleh dinafikan hak untuk membina bangunan tinggi.

“Larangan ini sudah tidak relevan digunakan..kita bukannya bina bangunan di hadapan laluan utama atau mengganggu laluan utama udara,” katanya.

Tegasnya, larangan ini wajar dipertimbangkan semula selari dengan visi dan misi kerajaan negeri dalam mencapai pembangunan pesat dan negeri membangun.

“Ramai kontraktor, pemaju hartanah dan hotel melihat potensi besar di negeri ini dan mereka juga telah menyatakan minat untuk membina bangunan tinggi di Perak, “ katanya.

Sumber: Perak Today

6 comments:

Anonymous said...

saya cadangkan pembinaan bangunan tinggi dibuat di kawasan outskirt ipoh. baru la tiada kesesakan akibat kepadatan ... cadangan saja la

KZSO said...

Solution:
1. Build another airport outskirt of Ipoh
2. Build high-rise building away from the fly-path zone.

Anonymous said...

Ipoh banyak batu kapur....tak sesuai untuk bangunan tinggi kerana aliran air dalam batu kapur...bahaya pada penduduk. Bukan masalah flight.

Unknown said...

We should looks into this seriously as limitation on building heights is mandatory requirement for safety of the public i.e. tenant of the highrise buldings and aeroplane. I think this limitation only apply to area that fall under airport funnel, not the entire of Ipoh City.

TO revise the mandatory requirement is totally out of question unless follow KZSO advise, built another airport...are we ready for that...under the current circumstances.

Anonymous

Anonymous said...

Alasan je kot,kapal terbang naik turun dari arah bt gajah lintas stesyen 18,dia tak pi melilau kat pekan ipoh pun.malu le orang perak takut kat dca pulak

Anonymous said...

Ipoh x perlukan banguanan tinggi. tanah luas lagi.

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!