Sekarang ni aku nak ceritakan pada korang tentang apa yang berlaku di mahkamah pagi tadi, aku nak buat live tapi broadband aku kena potong, so aku terpaksa gunakan cyber cafe untuk letakkan story ni.
Macam biasa perbicaraan kes liwat Anwar 'The Sex Maniac' bermula, maka kita bolehlah melihat penyokong-penyokong bebal dia yang tak berakal pun turut hadir, tapi tak ramai cuma 16 orang je. Lain-lain yang hadir ialah si Anugerah Tuhan berserta dengan si pemberi title anugerah tuhan tersebut, Karpal Singh, S.Nair, Dato Param, Marissa anak Christopher Fernando, Ram Karpal.
Seperti biasa semua wartawan ada dan aku nampak ada satu wartawan asing ada sekali.
9.11 PAGI - Sebelum perbicaraan dimulakan kedua-dua pihak dipanggil ke kamar hakim. Apa yang mereka bincangkan aku tak tau.
9.43 PAGI - Anwar dan Karpal Singh tiba di kamar selepas berbincang di luar dan memfailkan permohonan review balik kputusan hakim. Ini si Karpal nak TUNDACAT lagi la ni.
9.50 PAGI - Perbicaraan pagi ini diteruskan dengan DPP akan memanggil Puan Nor Aidora Saedon, pakar kimia dan Supt(b) Hamidon Anan, bekas forensik PDRM untuk tender bahan bukti dari lokap D9 sebagai exibit 'B' mahkamah. Karpal singh pun bangkit dan bantah untuk tender tersebut (bunyi macam nak masuk tender projek je kan? He he he) sebab pihak pembelaan telah mengemukakan pmohonan untuk review keputusan sebelum ini kerana reputasi Anugerah Tuhan bernama Anwar akan terjejas jika ia ditender serta jadi hak awam dan media akan mengaitkan tertuduh dengan DNA LELAKI Y. Dato Yusof bantah kerana ia tidak menjejaskan apa-apa kerana ia hanya prosedur biasa untuk tender (Kita semua dah tahu siapa lelaki Y ya tak? He he he).
Pada masa ini Hakim dilihat mahu meneruskan perbicaraan namun si Karpal TUNDACAT terus mendesak Tuan Hakim.
9.53 PAGI - Kedua-dua pihak dipangggil berbincang sekali lagi di dalam kamar hakim. Perbicaraan tergendala seketika.
10.10 PAGI - Selepas berbincang dalam kamar hakim diantara kedua-dua pihak, iatu pembela dan pendakwaraya maka perbicaraan pada pagi ini akan menyaksikan hakim mendengar permohonan pihak pembelaan yang diketuai oleh karpal singh berhubungan dengan permohonan review semula keputusan hakim semalam terhadap bukti dari lokap D9 boleh dikemukakan sebagai bahan bukti. Dalam hujah karpal singh, dia mengulas keputusan pada 8 mac lalu (keputusan bicara dalam bicara) dan keputusan pada 23 Mac berhubung bahan bukti dari lokap D9 serta bukti-bukti lain mengenainya.
Karpal pertikai keputusan hakim semalam kerana bukti tersebut boleh dikemukakan sebagai bahan bukti setelah IO dan DPP mengemukakan salinan asal waran tangkap bahawa tangkapan serta ground of areest' adalah sah namun penahanan Anwar dipertikai antara terutama jam 1800-2000 pada 16 jul 2008 di IPK sebagai tidak mengikut prosedur undang-undang(Karpal dah mula nak main teknikaliti ni). Selain itu, karpal turut pertikai arahan DSP Yahya kepada pengawal lokap agar tidak menyentuh bahan bukti dalam lokap tersebut dan ia disifatkan sebagai tipu helah serta dsifatkan mengambil kesempatan dan berniat jahat terhadap ANUGERAH TUHAN YANG SUCI LAGI BERKUNYIT tu. Perkara ini perlu diambil kira oleh hakim kata Kapal Tunda Singh, dia juga turut merujuk beberapa kes dalam menguatkan hujahnya seperti Datuk Mokhtar Hashim dan peraturan 20 mahkamah. Dasyat betul karpal punay belit la, ular sawa pun takut gamaknya.

10.22 PAGI- Tiba giliuran Dato Yusuf pula berhujah dan dalam hujahan beliau, dia menyangkal hujah pembelaan, menyatakan bukti pendakwaan boleh dinilai semula (namun perlu ada alasan kukuh untuk berbuat demikian) selagi mahkamah belum membuat keputusannya berhubung kes ini. Selain itu, Pihak Pendakwa juga mempertikai rujukan kes Datuk Mokhtar Hashim dan Rule 20 sebagai tidak diguna pakai dalam permohonan ini kerana tiada bukti diperolehi dari jam 6 petang ke jam 8 malam. Sambungan Rakaman 112 ke atas Anwa tidak dapat diteruskan selepas Anwar di dalam lokap sebaik kembalinya dari HKL. Penemuan bukti dari dalam lokap adalah perkara biasa kerana apa yg penting penemuan bukti yang penting dalam kes ini selain tangkapan dan penahanan Anwar telah terbukti sah maka bukti yang diperolehi darinya adalah sah. (Memang sah la DNA tu Anwar punya, apasal la penyokong dia ni buat sangat ek?)
Karpal Singh dalam hujahnya mohon agar bahan bukti tersebut ditolak berikutan wujud niat jahat serta kaedah tipu helah digunakan dalam memperolehi bahan bukti tersebut. (Korang tengok la benda yang sah dan memang Anwar punya pun Karpal nak tolak)
10.41 PAGI - Hakim memutuskan tiada alasan kukuh untuk dia review balik penghakimannya semalam. Kira karpal tak berjaya nak putar lagi la ni.
10.42 PAGI - Proses tender(bukan tender projek ya) diteruskan dengan Supt (B) dipanggil untuk DPP Noordin mengesahkan dan mengecam bahan bukti dari lokap D9 seperti berus gigi, tuala good morning, sebotol air mineral dan sehelai BULU kepada mahkamah.
10.46 PAGI - Puan Nor Aidora Saedon, pakar kimia dipanggil memberi keterangan untuk mengesahkan dan mengecam bahan bukti dari lokap tersebut yang telah diserah dan dianalisa beliau kepada mahkamah. Selain itu, laporan analisis DNA beliau ke atas bahan bukti tersebut turut diserahkan.DPP Dato Yusuf telah tender senarai saksi pendakwaan dan pihak pendakwaan memutuskan kes ini telah selesai dikemukakan.
10.55 PAGI - Hakim memutuskan agar submittion atau penggulungan hujah yang akan dimulakan oleh pihak pendakwaan akan diadakan pada 18 April 2011 pada jam 9.00 pagi. Akhirnya Mahkamah ditangguh pada jam 10.58 pagi.
 |
| Anwar tak salah la oi! Aku yang bagi PASSPORT kat dia! Aku sayang dia! |
Sedikit ulasan:
Keseluruhan perbicaraan berjalan dengan lancar. Anwar 'Anugerah Tuhan' dilihat ceria pada mulanya, tetapi setelah hakim memutuskan mendengar permohonan untuk review keputusan semalam namun kembali muram selepas hakim memutuskan untuk menolak permohonan tersebut. Anwar juga kelihatan terus bertemu dengan Karpal Singh selepas perbicaraan selesai dan dari riak wajah Anwar jelas terpampang tanda-tanda kebimbangan. Penyokong Anwar turut jelas kelihatan kecewa sepanjang perbicaraan ini berikutan sepanjang perbicaraan pada pagi ini tidak memihak mereka. Kita tunggu bila agaknya PAS akan berguling-guling di atas jalan mempertahankan si peliwat yang semakin terbongkar segala rahsia hitam dia ni.
Wahai rakyat Malaysia! Korang ada akal dan aku dah ceritakan secara detail apa yang berlaku kat Mahkamah hari ini, korang nilaikanlah sendiri ok. Kalau dia tak bersalah, kenapa dia nak risau pasal DNA dia! Wei, bangunlah dari tidur korang, memang sah Anwar ni kaki liwat! Faham tak?