![]() |
| Bye bye PAS! |
Biarpun, kawasan terbabit merupakan kubu kebal Chua Soi Lek dan anaknya, namun hakikatnya pengundi-pengundi Cina tetap menolak UMNO-BN. Keputusan peti-peti undi di kawasan bermajoriti Cina, menunjukkan UMNO-BN sebenarnya kalah teruk.
Segala umpan dan lauk telah diberikan kepada masyarakat tersebut, namun nampaknya kesudahannya tetap bergantung kepada pengundi Melayu dan India. Tenang mengulangi tragedi Bukit Gantang dan Hulu Selangor.
MCA dengan Chua Soi Lek yang banyak bercakap, sebenarnya tidak ada sebarang perkembangan mahupun kemajuan. Mereka bercakap seolah-olah mereka kuat dan hebat. Namun keputusan daripada pilihanraya-pilihanraya kecil yang telah lepas, menunjukkan MCA dan Chua Soi Lek sememangnya telah menjadi HAMPAS.
Ketika Chua Soi Lek merebut jawatan Presiden MCA dari tangan Ong Tee Kiat, pelbagai janji ditaburnya. Namun sehingga ke hari ini, janji yang ditabur, sekadar janji tahi. Tidak ada satu kepastian dan tidak ada satu bukti pun yang menunjukkan masyarakat Cina yang telah beralih arah sokongan, kembali menyokong BN.
Taktik lapuk yang digunakan oleh Chua Soi Lek dengan masuk campur dalam urusan agama Islam yang dia sendiri tidak faham, bukan sahaja menyebabkan dia diketawakan oleh masyarakat Cina di Labis, namun sebahagian besar orang Melayu turut menyemburkan kemarahan kepadanya.
Chua Soi Lek mungkin seorang yang hebat di atas ranjang dengan 'kawan karibnya', namun suasana politik di Malaysia, Chua Soi Lek masih kurang masak. Mungkin selama ini dia tidak tahu pun, kemenangan dia dan anaknya di Labis sebenarnya adalah hasil sumbangan orang Melayu yang 'dihina' kerana enggan bersalam kalau bukan muhrim. Mungkin selama ini dia tidak tahu bahawa golongan yang dianggapnya mundur dan jumud itulah yang telah meletakkan dia sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri Kabinet suatu ketika dahulu.
Sedangkan bersama-sama masyarakat sendiri pun, Chua Soi Lek gagal, apatah lagi dengan masyarakat Melayu.
MCA seharusnya melakukan sesuatu yang drastik untuk mendapatkan semula kekuatan mereka. Kalau tidak, MCA akan senasib dengan GERAKAN di Pulau Pinang yang hanya gah dengan retorik dan kontroversi tetapi tahap kerja, sangat menyusahkan UMNO....
Dan terbukti juga selama ini, UMNO memang ditunggang oleh MCA untuk para pemimpin MCA berkuasa... jadi, tak payahlah sibuk mengata kat PAS kalau UMNO pun, lebih kurang juga nasibnya.
House PK: Ini aku petik dari The Flying Kick. Aku setuju dengan pandangan blogger pedas ni! Aku rasa Chua Soi Lek atau the Pornstar ni dah tak relevan, tempat dia sendiri pun dia tak boleh nak yakinkan kaum dia sendiri.
Ini baru permulaan, lepas ni satu persatu KEBABIAN SOI LEK akan aku bongkarkan! Orang-orang Cina dah bagi signal yang sangat clear pada Soi Lek! Isyartanya ialah: FUCK OFF SOI LEK!





































