CILI KASI TARUK! SISTER IN ISLAM DAN MUSLIMAT PAS HARUS BERTAUBAT!

Tidak lama dahulu, terdapat desakan agar Sisters In Islam menghapuskan perkataan ‘Islam’ mereka memandangkan pergerakan tersebut bukannya memperjuangkan Islam, sebaliknya hanya mempergunakan Islam untuk menimbulkan kegelisahan, kekeliruan dan penyelewengan terutama sekali yang berkenaan dengan hukum-hukum syariah melibatkan wanita dan keluarga Islam. Bagaimanapun, desakan tersebut berlalu begitu sahaja dan selepas beberapa ketika, sama seperti isu-isu yang lain, Sister In Islam tidak lagi dimusuhi atau dibenci.

Sisters In Islam mendapat tempat yang istimewa di hati para pemimpin Pakatan Rakyat apabila menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu. Segala dosa dan kesalahan SIS yang sebelum BERSIH 2.0 mengundang kecaman daripada PAS, hilang begitu sahaja apabila pertubuhan tersebut menyokong BERSIH 2.0.

Kini SIS menyerlahkan lagi kejijikan yang terkandung pada pertubuhan tersebut. Atas nama kebebasan berkumpul, memberi maklumat dan kebebasan segala-galanya, SIS menyokong Festival LBGT atau Seksualiti Merdeka. Apabila PDRM mengharamkan Seksualiti Merdeka serta-merta, SIS mendahului kumpulan penyokong kebebasan berjimak songsang dengan mengecam PDRM.

Read more...

3 Responses to "CILI KASI TARUK! SISTER IN ISLAM DAN MUSLIMAT PAS HARUS BERTAUBAT!"

  1. boh nama sister in satan lagi enak bunyinya.

    ReplyDelete
  2. Kepada saudara-saudaraku blogger-blogger pro-Melayu Islam dan anti-Illuminati, diperlukan suatu kempen untuk menghapuskan Sisters in Islam, bahaya amat besar akan melanda kepulauan Melayu jika aktiviti SIS ini tidak dibendung, seperti PAS, mereka bukan lah Islamik, tapi anti-Islam, tetapi menggunakan nama Islam untuk mengelirukan ummah. SIS malah melebihi batas, sudah terlalu banyak perkara mereka menyeleweng, terbaru ini, sanggup mereka menyokong Seksualiti Merdeka setelah menyokong Bersih, sebuah tujuan untuk menjatuhkan kerajaan Melayu Islam melalui protes besar-besaran. Bahaya SIS sudah dibiarkan begitu saja terlalu lama, kempen diperlukan untuk menghancurkan kumpulan yang berpura-pura Islam ini

    ReplyDelete
  3. sister in islam lebih baik tukar saja nama company tu, memualkan

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!