GEMPAR!!! ZURAIDAH DEDAHKAN KEBODOHAN UMNO!!!

Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita PKR yang pernah bikin gempar kerana mendakwa UMNO Bahagian Hulu Selangor membawa masuk 2000 warga asing untuk membantu kemenangan BN d kawasan itu, kali ini bikin gempar sekali lagi. Dalam dakwaan terbarunya Zuraida mendakwa  BN sedang “menyeludup pengundi dengan berselindung di sebalik program pemutihan pendatang asing.”
Yang paling menarik, Zuraida mendakwa pendatang-pendatang asing itu dikehendaki bersumpah untuk menyokong UMNO dan BN sebagai salah satu daripada syarat proses pemutihan.
“Wanita PKR sempat mengambil skrip sumpah untuk didedahkan kepada orang ramai,” katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.
Beliau turut menunjukkan satu helaian kertas yang didakwa mengandungi “skrip” berkenaan, yang antara lainnya menyebut “saya/ suami/ anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/ Barisan Nasional (BN).”
Helaian berkenaan turut diedarkan kepada wartawan dalam sidang media itu.
Ketika ditanya, Zuraida mendakwa helaian berkenaan merupakan “bukti sahih” kerana “kita masuk ke sana dan ambil bahagian sebagai salah seorang daripada (pendatang asing).”
Jelasnya, beberapa orang “kawan-kawan kita” berjaya memasuki pusat pemutihan yang enggan dipastikan lokasinya itu dan berjaya mendapat salah satu daripada salinan dokumen itu keluar.
“Setakat ini kita ada sepuluh orang saksi. Kita sedang kumpul lebih banyak bukti sebelum kita bawa mereka ke hadapan untuk dedahkan (perbuatan tersebut),” katanya.
Bolehkah dakwaan Zuraida itu dipercayai?
Semasa mendedahkan mengenai UMNO Hulu Selangor membawa masuk pendatang asing dahulu pun, Zuraida begitu beria-ia. Tetapi kemudian dakwaan tersebut dibuktikan palsu. Malah kepala surat dan tandatangan yang dijadikan bukti oleh Zuraida juga ternyata palsu.
Apakah skrip yang dimaksudkan oleh Zuraida kali ini tulen?
Secara rasional, adakah UMNO/BN mahu menjerut lehernya sendiri dengan meminta pendatang asing berkenaan menandatangani ‘surat sumpah’ seumpama itu? Adakah UMNO/BN tidak terfikir bahawa mungkin ada antara pendatang asing itu bersimpati pada pembangkang? Adakah UMNO/BN tidak mampu membayangkan kemungkinan ada yang bukan parti menyusup masuk untuk mencari rahsia proses pemutihan itu dan kemudian mendedahkannya kepada umum?
Sungguh, UMNO/BN merupakan parti yang sangat bodoh jika menagih kesetiaan dengan cara menandatangani surat sumpah seperti itu.
Lagi pun apalah sangat nilai surat sumpah tersebut dan sejauh manakah ia mampu menentukan pendatang-pendatang yang menandatanganinya (jika benar) akan memberikan sokongan kepada BN?
Yang lebih melucukan lagi apabila di bahagian akhir surat sumpah itu yang berbunyi ‘jika saya ingkar saya akan menerima padahnya.’ Bunyinya saling tak tumpah macam ayat dalam komik atau dalam pementasan bangsawan.


14 Responses to "GEMPAR!!! ZURAIDAH DEDAHKAN KEBODOHAN UMNO!!!"

  1. Menarik le cerita ni House PK..
    lebih menarik kalau boleh cerita dalam mahkamah.
    Kalau wujud borang tu pun kerana ada 'orang kerajaan' berkiblat pembangkang laknat. Inilah manusia yang di beri susu dibalas racun..
    memang macam sial!!!

    ReplyDelete
  2. ayat yang last tu, sah2 ayat yang PKR selalu pakai.....

    ReplyDelete
  3. ITU MP SUDAH TINGGAL NYAWA2 IKAN... KESIAN DIA.....

    ReplyDelete
  4. bodoh punya zubaidah!ko tengok2 ler Ampang tu..makin teruk aku tgk..ko takkan jd wakil rakyat dah lps ni...

    ReplyDelete
  5. Takde masa aku nak layan berok ni.

    ReplyDelete
  6. Siapa engkar kena main dengan Mak Lampir. Cissss.....selisih.

    ReplyDelete
  7. Aoi, gila-gila. Sumpah yang macam ni siapalah yang nak simpan sampai mati. Kalau tak ikut lepas bersumpah, apa yang orang BN/UMNO boleh buat?

    Inilah kalau wakil rakyat di ambil secara bidan terjun. Akai semua bodoh.

    ReplyDelete
  8. MAK LAMPIR MUKA BABI< PERANGAI MCM BABO DAN OTAK PUN BODOH MCM BABI !!!!

    ReplyDelete
  9. Subhanallah .. saya sendiri terlibat dalam proses/aktiviti pemutihan ni dan surat sumpah yang ditunjukkan adalah fitnah semata2. Bodoh betul Zuraidah ni..adoii, camner la leh jadik ahli politik ni?

    ReplyDelete
  10. zuraida yang akan menerima padahnya kerana dia pasti bersumpah sedemikian kot masa nak dapatkan IC/taraf warganegara dulu.

    ReplyDelete
  11. Aduh!! tak logik betul kalau UMNO atau BN buat perkara bodoh macam tu dalam zaman serba tidak menentu ni.

    Kalau betul juga, aku tak tahulah mana DS Hisham nak letak muka.

    ReplyDelete
  12. biar betoi... aku pun leh suruh anak buah aku di tingkatan lima deraf surat nih... sabar je ler... PKR dah di penghujung hayat dah... apa lagi kerajaan? saman lar mak lampir nih...

    ReplyDelete
  13. peliknya ni surat sesumpah ni dapat dari mana? masa kat stadium ka?

    ker marah tak dapat kebenaran jadi wakil imigresen untuk program ni...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!