Pada 1997-98, merata-rata tempat orang bersembahyang hajat, berdoa dan membuat tahlil agar ditunjukkan kebenaran dan siapa yang bersalah. Antara Mahathir dan Anwar Ibrahim, ramai yang memilih Anwar Ibrahim. Sebabnya, ramai orang melihat Anwar Ibrahim pada ketika itu sebagai pihak yang dianiaya. Apatah lagi, tuduhan dia meliwat jantan merupakan tuduhan yang seperti tidak masuk akal, terutama dengan penampilan dan pakaian Islamiknya.
Berkat daripada solat hajat dan munajat, satu persatu Allah Taala tunjukkan. Petunjuk pertama adalah mata lebam Anwar Ibrahim. Bagaimanapunn, pada masa itu dek kerana arus menyokong Anwar Ibrahim terlalu kuat, maka cerita sebenar yang menyebabkan Anwar ditumbuk oleh Rahim Noor kurang popular, sebaliknya yang lebih popular adalah Abdul Rahim Noor memang nak belasah Anwar Ibrahim kerana polis adalah ‘anjing’ UMNO.
Kemudian, sekali lagi Allah Taala tunjukkan kebenaran yang diminta. Anwar Ibrahim mengadu sakit leher, sakit pinggang dan sakit tulang belakang, walaupun beberapa video menunjukkan dengan jelas Anwar Ibrahim berpura-pura di khalayak ramai tetapi di wad hospital, dia boleh menari-nari, bahkan berdiri, berjalan, bermain ping pong dan sebagainya tanpa sebarang masalah. Masalah Anwar sehinggakan dia terpaksa naik kerusi roda hanyalah apabila dia hendak dihadapkan ke mahkamah.
Read more...

3 comments:
Tgklah nanti bala tuhan bagi kepada peminum arak.......memang pedih dunia akhirat lah
Kalau dah penipu tu, penipu sampai bila-bila, tak lengkap hari kalau tak tipu sesiapa.
Teringat kat cerita sorang penipu tegar, sampai masuk lobang kubur pun nak menipu lg... nak tipu malaikat la pulak, mungkin ramai yg tahu cerita ni... takut nuar tiru tektik ni bila mati nanti.... hahaha
tak pa..nantikanlah hukuman tuhan siapa yang fitnah sebenarnya. orang yang hidupnya bergelumang dengan maksiat dan arak tak akan terlepas.
Post a Comment