“Identiti ‘Lelaki Y’ yang selama ini menjadi misteri dijangka akan didedah esok”, begitulah ramalan yang dibuat oleh laman Malaysiakini dan Malaysian Insider.
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Mohd Saiful Bukhari Azlan.
“Esok kami akan memanggil set bukti yang baru berkaitan dengan koleksi sampel yang dikemukakan.
“Ini tertakluk kepada bantahan jika dikemukakan oleh pasukan pembela ” kata Yusof kepada Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Pendakwa raya kanan ini juga menjangkakan akan ada “asas” bagi bantahan oleh pihak pembela dalam perbicaraan esok Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.
“Ya akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan tetapi di peringkat sekarang terlalu awal Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok dan kita bergerak dari sana ” kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita. Klik di sini
Portal Malaysiakini telah membuat ramalan sejak minggu lalu, namun ramalannya meleset hingga ke hari ini.
Namun begitu, identiti ‘Lelaki Y’, bukan lagi menjadi rahsia umum kerana kebanyakan blog, The Unspinners, Selangordaily, Papagomo, dukeofumno, sungai rapat online, semut hitam, Kedah Times, joezuax telah bersepakat mengesahkan bahawa ‘Lelaki Y’ yang dimaksudkan itu adalah Anwar Ibrahim. Klik di sini
Kenyataan blogger-blogger itu berasaskan ketakutan Anwar dan pasukan peguamnya yang meminta penangguhan apabila saksi pendakwa keenam, Nor Aidora Saedon, 38, mengenal pasti lima barang kes yang terdiri daripada dua helai bulu, satu berus gigi kecil berwarna putih, satu tuala kecil ‘Good Morning’ dan sebotol plastik air mineral jenama ‘Cactus.
Ketika saksi keenam pendakwa itu memberi keterangan, barisan pembelaan dilihat seolah-olah ‘melatah’ apabila mengemukakan bantahan terhadap barang-barang kes, sedangkan, pada ketika itu, pihak pendakwaan mahupun saksi itu sendiri belum lagi menyebut mahupun mengemukakan sebarang barang kes.
Sankara : Yang Arif, saya ingin membuat bantahan terhadap bukti yang dikemukakan. Saya juga ingin memohon mahkamah agar ditangguhkan seketika bagi membolehkan Encik Karpal Singh hadir bagi mendengar keterangan saksi. Beliau dalam perjalanan dari Shah Alam.
Mohd. Yusof : Pada masa ini, saya tidak melihat asas bantahan pihak pembelaan Yang Arif. Saksi hanya mengatakan dia ada menerima permohonan daripada polis tetapi tidak ada apa lagi yang diperkatakan. Saya tidak nampak apa tujuan bantahan ini dibuat.
Sankara: Asasnya jelas. Bahan bukti diserahkan oleh Jude yang mana ia akan menjadi satu elemen penting dalam hujah kami di akhir kes ini. Adalah wajar prosiding dihentikan seketika atau ia akan menyebabkan prejudis terhadap anak guam saya. Klik di sini
Nor Aidora Saedon, Ketua Unit DNA Paterniti, Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangannya menyatakan bahawa profil asid deoksiribonukleik (DNA) pada sebatang berus gigi, tuala kecil dan botol air mineral yang diterimanya adalah sepadan dengan profil DNA Lelaki Y yang ditemui di bahagian dubur Mohd. Saiful.
Menurutnya, kesepadanan itu diperoleh setelah beliau membandingkan profil DNA melalui calitan putik kapas pada barang-barang tersebut dengan profil DNA Lelaki Y dalam laporan yang disediakan oleh seorang lagi ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong.
“Saya telah diminta untuk membandingkan keputusan saya dengan laporan yang dibuat oleh Dr. Seah (Lay Hong). Saya memperoleh salinan laporan Dr. Seah daripada Ketua Seksyen Divisyen DNA, Lim Kong Boon.
Lim Kong Boon adalah pakar DNA yang telah membuat analisa dan mengenalpasti DNA Anwar dan Shamshida Taharin pada 12 tompokan air mani di tilam yang dirampas di apartment mewah Tivoli Villa dalam kes di Mahkamah Tinggi 12 tahun lampau. Klik di sini dan di sini
“Selepas membandingkan profil DNA saya dengan laporan profil DNA Dr. Seah, saya mendapati bahawa DNA yang diperoleh daripada berus gigi, tuala dan botol air mineral itu sepadan dengan penyumbang DNA yang tidak dikenal pasti Male Y (Lelaki Y).
“Ini menunjukkan bahawa profil DNA itu datang daripada sumber yang sama,” katanya. Klik di sini
Sumber: AIDC
House PK: Maka esok akan terbongkar la segala penipuan si peliwat yang sudah bermaharajalela selama 12 tahun di negara ini...kita bakor..kita bakor..eh kita tunggu je...

1 comments:
ala tak payah tanya2 lah! satu kampung dah tahu... si nuar tu memang kaki JUBUR.... Bini dan anak dia pun tahu... tak caya tanya wan ajijah..... sbb itu wan ajijah kata nuar tu anugerah Allah.... kaki JUBUR
Post a Comment