ADILKAH RAKYAT MALAYSIA DIBEBANKAN DEMI KEUNTUNGAN TNB?

Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatatkan KEUNTUNGAN BERSIH sebanyak RM1.11 bilion dalam tempoh suku kewangan ketiganya yang berakhir pada 31 Mei lalu, sekaligus mencatatkan peningkatan sebanyak 9% daripada RM1.02 bilion dalam tempoh yang sama tahun lalu yang berpunca daripada peningkatan dalam permintaan tenaga elektrik serta pengukuhan nilai ringgit.

Keputusan pentadbiran Najib Abdul Razak untuk menangguhkan penyemakan tarif elektrik, seperti yang diumumkan, tidak menjamin bahawa tarif elektrik sedia ada akan dikekalkan, sebaliknya dengan menggunakan alasan KENAIKAN KOS, KENAIKAN HARGA BAHAN API, KENAIKAN ITU DAN INI, tarif elektrik akan disemak, seterusnya syarikat pemonopoli tersebut akan menikmati keuntungan berbilion ringgit dalam tempoh setahun selepas penyemakannya.



Ada seperti yang tidak kena dengan syarikat utiliti negara seperti Tenaga Nasional Berhad. Di sebalik tujuan kerajaan untuk mengurangkan beban perbelanjaan menguruskan utiliti tersebut sekaligus membawa kepada penswastaannya, penswastaan Lembaga Lektrik Negara menjadi Tenaga Nasional Berhad diletakkan atas beban dan bahu pengguna, atau lebih tepat lagi rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia bagaikan terpaksa menanggung kifarat dan dosa dengan menebusnya menerusi kenaikan tarif elektrik, sedangkan setiap suku tahun, Tenaga Nasional Berhad akan mengumumkan keuntungan berbilion ringgit yang diperolehinya dengan alasan keuntungan tersebut terhasil daripada permintaan tinggi terhadap tenaga elektrik dan pengukuhan ringgit, walaupun sebenarnya, keuntungan berkenaan didorong oleh kenaikan tarif elektrik yang perlu dibayar oleh setiap rakyat Malaysia.

Alasan apa yang digunakan oleh Tenaga Nasional Berhad untuk menaikkan tarif elektrik? Rasional apa kerajaan yang dikatakan mengutamakan rakyat, mendahulukan syarikat-syarikat pemonopoli seperti Tenaga Nasional Berhad?

Mungkin, rakyat tidak akan bising dan tarif naik darah turut naik sama jikalau Tenaga Nasional mencatatkan keuntungan yang tidak lepas kos atau terdapat persaingan lain dalam pembekalan tenaga elektrik kepada permintaan domestik. Namun apabila berlaku peningkatan keuntungan yang sangat ketara dan tidak pula disumbangkan kepada penurunan tarif bagi memenuhi tanggungjawab sosial syarikat utiliti tersebut, pastinya setiap orang rakyat Malaysia mendendami syarikat berkenaan.

Tidak payahlah guna alasan kenaikan kos dan kenaikan itu ini sebagai mewajarkan kenaikan tarif elektrik. Cakap sahajalah berterus-terang bahawa Tenaga Nasional mengikut perjanjian konsensi yang membenarkan mereka menaikkan tarif elektrik dengan kadar masa yang singkat. Dan rakyat Malaysia akan terpaksa menelan alasan tersebut dengan menghadamkannya.

Tiada apa-apa yang dapat dilakukan oleh setiap seorang rakyat Malaysia, melainkan kesempatan itu digunakan oleh sebilangan besar ahli-ahli politik dari pihak pembangkang yang kononnya, apabila mereka naik menggantikan UMNO dan Barisan Nasional di Putrajaya, Tenaga Nasional Berhad akan dimansuhkan dan rakyat tidak lagi terbeban dengan kenaikan tarif elektrik.

Secara berterus-terang, sebilangan besar rakyat tidak mempercayai kerajaan Najib Abdul Razak yang sangat flip-flop dalam membuat keputusan apabila bersabit dengan rakyat. Kerajaan dilihat sangat cenderung kepada syarikat-syarikat dan pemodal-pemodal besar dengan menekan rakyat untuk menelan sebarang kenaikan harga.

Penurunan keuntungan Tenaga Nasional Berhad waimma satu sen pun, mungkin akan menggamatkan seluruh dunia. Barangkali kalau Tenaga Nasional Berhad mencatatkan keuntungan sebelum cukai hanya beberapa puluh juta sahaja, akan membuatkan ramai pegawai utama syarikat utiliti tersebut HARAKIRI atau terjun bangunan. Malah mungkin juga sebahagian pemimpin utama kerajaan terpaksa meminta kawan-kawan tolong memenggal leher mereka.

Penangguhan penyemakan tarif elektrik tidak dapat menyejukkan hati rakyat Malaysia kerana seperti biasa, dalam tempoh terdekat sahaja, kerajaan pimpinan Najib Abdul Razak akan berubah sikap dan seterusnya memilih untuk akur dengan desakan Tenaga Nasional Berhad yang merupakan satu-satunya syarikat pembekalan elektrik dengan modal daripada rakyat tetapi rakyat juga yang tertekan menerusi apa yang dikenali sebagai PERJANJIAN KONSENSI...

Dan pastilah alasan sebegini akan keluar dari mulut Pak-Pak Menteri... "TNB berhak menaikkan tarif elektrik berdasarkan perjanjian."

Sayonara Najib Abdul Razak dan kabinet Malaysia....

7 Responses to "ADILKAH RAKYAT MALAYSIA DIBEBANKAN DEMI KEUNTUNGAN TNB?"

  1. Ingin tahu kenapa? Cuba cek sapa dia punya stake holder atau pemegang saham dalam IPP, kenaikan tarif akan lebih menguntungkan puak2 berkenaan sebenarnya, bukannya TNB.

    ReplyDelete
  2. yang kanan dan yang kiri,..
    berjuang lah demi kepentingan rakyat..biarlah rakyat yang mendapat faedah, kerana yang berebut kuasa itu, hanya mahukan takhta dan harta..

    ReplyDelete
  3. Bukan setakat TNB sahaja nak mengekalkan keuntungan diparas bilion dan juta juta, semua macam tu baik telekom, air,petronas, hospital, pos, beras,bank bank, semua GLC, vendor Proton dan Perodua dan memang beban dilambakkkan pada pengguna dan raayat. Baik kerajaan pembangkang atau pun kerajaan pemerintah

    ReplyDelete
  4. Kalau tarif letrik yang dah sedia tinggi ni nak di naikkan lagi,memang tak patut. Kata untung berbilion, buat orang sakit hati aje!

    ReplyDelete
  5. Macamana tak naik keuntungan...1 bulan ni bil dtg dgn pembaca metre, bulan depan pembaca bil x datang tapi bil dtg rumah guna pos. Aku pelik sungguh bila pd bulan bil yg dipos walaupun rumah xde org tapi bilnya sama mcm bulan yg ada org dirumah. wahai TNB jgnlah main agak2 bil rumah kami ni.... dtglah baca metre tiap2 bulan, dah kurang pekerja krr??

    ReplyDelete
  6. apa nak diriuhkan apabila semua peniaga turut berlumba-lumba menaikkan harga barang.

    ReplyDelete
  7. Daripada dok tanggoh2 lebeh baik naikkan saja, nak malu2 apa kan 1Malaysia, Rakyat didahulukan, naikkanlah Rakyat Malaysia terutama Marhain2 dikampong2 kaya raya, duit dah tak habis nak belanja, samapai pernah dua biji mata aku melihat sendiri seorang ibu Melayu bersama2 2orang anak kekedai membawa duit RM5.00 untuk membeli sekilo beras dan ikan tamban masin seplastik yang berharga RM1.00.

    Cukuplah tak payah cerita lebeh2, Bapak2 Menteri diatas sana tu bukan nak percaya kes2 begini.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!