PANAS BERAPI! ROSMAH PERNAH DITUDUH MACAM-MACAM DULU PASAL MAMAT NI


Satu masa dahulu Datin Seri Rosmah Mansor difitnah dan dihina kerana tidak menyetujui perkahwinan anaknya dengan suami pertamanya, Abdul Aziz iaitu Azrene Soraya dengan penyanyi, Dr. Fazley Yaakob.



Perkara sulit antara ibu dan anak tidak diketahui sebenarnya. The Unspinners hanya dengar naluri Rosmah sebagai ibu tidak berapa sedap pasal Fazley. Apa sebenarnya tak perlu kita hebahkan.

Malangnya Rosmah dituduh dan dikata macam-macam hingga ada video yang memburuk dan memfitnahnya berkenaan perkahwinan anaknya. Video tu orang PKR buat dan dipopularkan oleh Malaysia Today.

Hari ini BBC dedahkan PhD Fazley adalah palsu. Saujana atau Masters yang diperolehinya pun tidak diktiraf serta kolej yang dijalankan pun dibatal pengiktirafan.

Baca sepenuhnya sini di Malaysia Instinct.

Bukan nak kata naluri Rosmah betul atau tidak mengenai bakal anak menantunya, tetapi hormatilah haknya sebagai ibu dan sebagai individu.

Hal yang amat peribadi janganlah dipolitikkan!

Sumber: The Unspinners

House PK: Sedih aku bila tengok anak jenis tak tau menghargai kasih ibu-bapa!

8 Responses to "PANAS BERAPI! ROSMAH PERNAH DITUDUH MACAM-MACAM DULU PASAL MAMAT NI"

  1. haha, blog mengampu! haha, dapat berapa juta rosmah bagi? haha. diri sendiri pun xbtul.rambut dah mcm srang tebuan do..haha

    ReplyDelete
  2. Dah anak dia yg tak leh tahan gatal sangat nak kat mamat tu nak buek camno.
    Mamat ni gaya dan cakap dia pun tak mencerminkan kecerdikan tahap tinggi.
    Aku rasa KJ dan mamat ni satu spesis ALOK (Aksyen lebih otak kurang).
    Mungkin mereka ni sama keturunan......yg sepatutnya jadi ahli MIC mcm Azeez dan Naina......
    Jangan marah ha...nanti kena jual.

    ReplyDelete
  3. Bukan sekadar doktor Phd.. Doktor auta pun banyak, hati2 bila ke klinik swasta!

    Kat Australia berapa tahun dulu, heboh, Aney menyamar doktor, siap buka klinik sendiri lagi..

    Kalau doktor pun bole menyamar, apatah lagi Peguam.. agaknya yg terlibat dalam pembunuhan Dato S x3 tu, entah dari sekolah Anugerek mana dia dapat sijil..

    Nah, sampai "SIR" pun ada jugak..

    Tuler, mak ayah bagi nama sedap2 tapi teringgin nak ada gelaran..

    TANTINTUNTON

    ReplyDelete
  4. Aku setuju dengan pendapat Anon 2:11 mamat ni satu spesis dengan KJ spesis ALOK.Tapi KJ lebih pandai sikit dari si Fazley nih dapat juga dia kahwin dgn anak PM,kesian Mamat ni impian tak kesampaian.Dua -dua mahu mencapai kejayaan dengan cara jalan pintas tak kira rasuah atau ijazah palsu.Dua-dua mempunyai cita-cita politik.KJ hanya menanti detik-detik kejatuhannya....

    ReplyDelete
  5. hai , apa khabar. janganlah awak hentam Dr.Fazley tanpa usul yg dalam.

    dengaq kata, dia (fazley) pun Xtahu yg doctorate dia tu Xrecognise.

    Fazley tu budak baik pandai hurmat org. dan dah banyak berjasa memberi education to many.

    sudahlah. kita yg TUA patut sabaq...biarlah mereka hidup bahagia....

    terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Anon 9.02,

    Kita bukan cemburu pun dengan si Fadzley ni, cuma aku tak boleh nak terima jenis yang suka kahwin tanpa restu keluarga ini, tahukah kamu betapa Rosmah dihina kerana perkahwinan mereka ini? Tahukah kamu Rosmah pernah dituduh cuba menghalang dan merosakkan rumahtangga anak dia ini, padahal hakikat sebenarnya ialah keluarga Fadzley yang memebawa lari anak Rosmah dan menuduh Rosmah menghalang cinta mereka, semasa Fadzley nak kahwin dengan budak ni, masa tu dia baru kenal 2 minggu saja.

    Tahukah kamu apa niat sebenar Fadzley mahu beristerikan Azreen ini? Bukan la dia cinta sangat pun, yang pertama dia nak tunjukkan pada Siti bahawa dia pun hebat sebab boleh kahwin dengan anak kepada bakal PM. Sebab itulah cara mudah untuk Fadzley tunjukkan pada Siti. Sebenarnya Fadzley sudah jatuh cinta dengan Siti agak lama juga, selepas lapan tahu Fadzley menunggu akhirnya Dato K yang sapu dia. Inilah yang membuatka Fadzley mahu tunjukkan pada SIti yang dia pun hebat juga.

    Sebelum korang nak cerita banyak, letakkan diri korang kat tempat Rosmah dan fikir baik-baik, macamana kamu nak bagi seorang lelaki yang baru kenal 2 minggu pastu terus nak bagi kahwin? Memang betul pada zahirnya mereka nampak bahagia, tapi adakah anda pasti? Boleh hidup bahagiakah kahwin selepas melukakan hati orangtua? Bukankah perkahwinan itu untuk menyatukan dua keluarga? Ini buat mak terpisah dengan anak, pastu si anak pulak boleh sehingga kini menghina si ibu?

    Tahukah kamu semua Azreen melayan ibu dia ssperti musuh? Janganlah disebabkan korang tak suka Rosmah sebab politik, korang boleh menghina dan mengatakan dia seorang yang zalim? Siasat la cerita sebenar dan kamu semua akan dapati apa yang saya ceritakan disini adalah benar.

    Insan Yang Tahu

    ReplyDelete
  7. Sebenornya Rosmah nak kat menantunya... tapi anak dah rembat ..nak buek camno.....

    ReplyDelete
  8. saya tak tahu nak komen apa cuma fikirkanlah yang benar
    www.muslimmall.blogspot.com

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!