KEKUNYITAN PKR! ITU HARI GADUH, SEKARANG JUAL KERTAS UNDI!?

Apa nak jadi kepada pemilihan PKR? Sebelum ini ia kecoh dengan pergaduhan sesama sendiri ahli-ahli PKR didalam berebutkan jawatan. Sampaikan ada yang sanggup baling-baling kerusi akibat terlampau ikut perasaan.

Sekarang ini, pemilihan PKR dicemari pula dengan skandal manipulasi melibatkan penjualan kertas undi kepada calon-calon tertentu. Makin panas lah pemilihan yang kononnya paling telus dan demokratik didalam politik negara ini.

Ada pihak mendakwa, penjualan kertas undi ini adalah bagi memastikan kemenangan Azmin Ali yang kini bersaing sengit dengan Zaid Ibrahim didalam merebut kerusi Timbalan Presiden PKR. Dan, ada juga yang mendakwa bahawa sekretariat ibu pejabat PKR dan beberapa anggota Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) juga turut terlibat.



Didalam keriuhan orang ramai seluruh negara memperkatakan tentang skandal terbaru pemilihan PKR ni, seperti biasa Saifuddin Nasution muncul sebagai hero PKR bagi menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada parti kesayangannya.

Saifuddin yang diamanahkan oleh Anwar sebagai “wacthdog” untuk menjaga PKR dari sebarang anasir luar, dengan tegas menafikan semua dakwaan yang mengatakan bahawa berlakunya penjualan kertas undi didalam PKR.

Dengan bangganya Saifuddin menyatakan yang sistem pemilihan PKR adalah paling baik dan sukar untuk dimanipulasi. Ini katanya adalah kerana kawalan keselamatan pemilihan PKR dipantau secara rapi dan juga telus oleh pengawas yang dilantik untuk pemilihan tersebut.

Saifuddin nak tipu siapa sebenarnya? Apakah Saifuddin ingat rakyat negara ini bodoh untuk mempercayai semua yang dikatanya berhubung dakwaan penjualan kertas undi PKR ini?

Seluruh rakyat negara ini masih ingat lagi bagaimana Saifuddin berbohong apabila menuduh orang UMNO yang melakukan kekacauan pada pemilihan PKR dulu. Siap kata ada bukti lagi tentang hal tersebut. Tetapi, akhirnya semua yang didakwa Saifuddin hanyalah tipu semata-mata.

Bukan itu saja, akibat dari terdesak untuk menjaga imej Anwar didalam kes liwat, Saifuddin juga pernah mendakwa bahawa UMNO mahu “membunuh Anwar” kerana takutkan kehebatan pengkhianat bangsa tersebut. Tapi, sampai sekarang Anwar masih mampu ke hulu ke hilir memaki hamun pemimpin-pemimpin kerajaan. Tak mati pun brader Anwar ni….

Jadi, kali ni pun Saifuddin mahu melakonkan wayang yang sama bagi menutup segala kepincangan didalam PKR. Saifuddin tak sedar bahawa pengaruh PKR kini semakin luntur. Tak sampai 10% pun ahli PKR keluar mengundi didalam pemilihan parti tersebut.

PKR sendiri pun telah ditolak oleh rakyat. Anwar sendiri pun sudah hilang “magik” di Batu Sapi dan Galas.

Ini semua menunjukkan jangka hayat parti cap mata ini sudah sampai ke penghujung. Walau seribu alasan dan kenyataan sekalipun yang Saifuddin buat untuk menyelamatkan PKR, ia tak mampu menghalang PKR berkubur pada PRU akan datang!

Sumber: MyKMU

4 Responses to "KEKUNYITAN PKR! ITU HARI GADUH, SEKARANG JUAL KERTAS UNDI!?"

  1. Memang cara parti ini bergantung atas prinsip menipu sahaja. Kalau tak tipu, mereka akan menuduh.

    Tetapi penyokong mereka terlalu bodoh dan amat percaya dengan kaki belit saperti Nasution ini.

    Tengok lah. Mereka akan percaya semua yang Anwar, Azmin dan Nasution goreng sampai hangit.

    ReplyDelete
  2. "Itu mesti kerja UMNO..." jelas Saifudin Nasutionn

    ReplyDelete
  3. A chameleon will always remain a chameleon, so does a biawak will always remain a biawak. U just just cant call it by its other name bro.Whatever spin doctors they engaged it just cant remove the perception from the unbelievers that whatever they do is right.Its all about self enrichments and elevation to artificial social standings.These blokes can shout ,cry , scream about social injustices but what about their personal spendings.Just see thier houses, mansions, their credit card bills, where they spend and how they spend. Its just cakap tak serupa bikin. Honestly PKR is just another platform for the underprevileged and deprived lots who just is not fit to rule. They aint no Gandhi, nor they are Khalifahs who is sheperdings the lost sheeps.They are just sheeps in wolves clothings.Holier than thou attitudes does not get you anywhere, just clean up up your own backyards or rather you own backsides. For example free and liberal sexs will lead to broken homes, kalau sudah kena batang hidong sendiri kepada suami yang bermain kayu tiga, isteri yang berlaku curang, anak cucu yang berkelakukuan bohsia, baru mau cry foul. Thats just too late bro, u've miss the last bus already, dont you think mate.Politics is the controll of the masses. Its about who and whom u can influence to the masses.Its deceptions at its greatest. You can wear robes, talks saintly, spits profanity, but at the end of the day what does this actors delivers. Thats whats count troughout the years. Strong resilient governance, good economics control and above all respected by all the regions geographically. Thats what I want for my ageing parents, childrens and my cucus. So PKR are u up to it. I dont think so. More retheoric that applications.

    ReplyDelete
  4. Pungkoq Kena Robek? Best juge bunyi. Tapi yang ni lagi best bunyi: PUNGKOQ KENA ROJOH! 'Rojoh' ni bahasa Kedah, maksudnya merujuk kepada aksi objek berbentuk batang bulat menerobosi sebuah lubang..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!