Tidak pernah dalam sejarah perjuangan UMNO Selangor mempunyai satu barisan kepimpinan Pemuda yang sangat lemah, naif dan kurang ajar. Sudah banyak diperkatakan kelesuan dan kegagalan Pemuda UMNO Selangor menjadi satu penggerak perubahan dan benteng hadapan parti.
Semalam di Majlis Hari Raya UMNO Selangor bersama rakyat Selangor di Seksyen 20 Shah Alam lebih 20 ribu orang hadir. Namun Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Ghazali (Sepang), Naib Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Dato zakaria (klang), Bendahari Pemuda UMNO Selangor, Abd Samad Dawood (Sabak Bernam) dan Ketua Pemuda Puchong Azmir Yuzaimi Mohd Yunos tidak hadir.
Anehnya, kesemua mereka merupakan orang kuat Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Selangor. Mereka di kenali sebagai tukang kempen Khairy Jamaluddin di Selangor semasa pemilihan Pemuda dahulu. Justeru apabila menang mereka ini diberi jawatan oleh Khairy biarpun tidak mendapat restu majoriti Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Selangor. Azmir pada mulanya diberi jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri namun setelah lebih setahun ia gagal berfungsi sama sekali. Akhirnya, Pengurusan UMNO Selangor mengarahkan agar beliau ditukar kepada Ketua Pemuda Ampang Safarizul Mustafa.
Biarpun Suhaimi telah diketahui umum tidak efektif dan gagal memimpin Pemuda UMNO Selangor sejak dua tahun lalu, Khairy masih mahu mengekalkannya. Mungkin ini merupakan sabotaj terbesar Khairy dalam memastikan UMNO di Selangor tidak dapat berfungsi sepenuhnya.
Ketidakhadiran ke semua penyokong Khairy Jamaluddin dalam program ini menimbulkan tanda tanya apakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini bersedia untuk mensabotaj parti seperti mana tekad beliau untuk keluar parti jika ahli UMNO terus menyokong Perkasa?
Soalnya bersediakah Pengurusan UMNO Selangor mengambil tindakan keras terhadap kelima-lima budak hitam ini? Apakah mereka mempunyai alasan kukuh untuk tidak hadir majlis semalam jika hampir kesemua ADUN dan Ahli parlimen yang jauh lebih sibuk daripada mereka dapat hadir?
Lebih daripada itu, sukar untuk kita menerima ketidakhadiran kelima-lima budak Khairy ini merupakan sesuatu yang tidak disengajakan.
Mungkin benarlah seperti komen seorang pemimpin UMNO Bahagian mengenai Suhaimi semalam, “Apa diharap kepada orang yang menutup bilik gerakan dan membakar bendera UMNO apabila beliau tidak terpilih sebagai calon DUN Dengkil dalam pilihan raya 2008.”
Sumber: MyKMU
Semalam, aku dah tulis benda yang sama, klik sini
RBF juga ada menulis pasal si bebal yang kuat makan pasir kat Negeri Selangor satu masa dulu sampai suara dia boleh tukar jadi suara Doraemon la. Klik sini
3 comments:
tak payah bacha habis, tang tajuk pon dah paham......"panas berapi! KETUA PEMUDA UMNO (doraemon) selangor memang KURANG AJAR!" - dah memang amno dari dulu kini dan forever and ever KURANG AJAR!!!!!!
macam macam hal ler kj buat. kj sengaja bergaduh dengan ibrahim ali sebab nak tunjuk dia masih relevan..sedangkan pemuda umno sendiri sudah menjadi pondan umno dibawah dia...
DS najib harus menolak kj sebelum terlambat.
fuyooo 20 ribu tu.makan free la katakan...kata orang kurang ajar.lu tu bagus sangat ke..ingat la mati sikit oiii.any time lae mati.sama sendiri pun nak cari pasal ke.macam mana kita punya parti nak ambik balik itu negeri.bodoh punya orang harap perut je buncit..
Post a Comment