CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Friday, August 20, 2010

PANAS BERAPI! KEPINCANGAN SYARIKAT PRASARANA NEGARA BHD - LAST EPISODE



Laporan terakhir kepincangan Syarikat Prasarana Negara Berhad. Diharapkan agar pihak kerajaan dapat menghalusi laporan ini demi menyelamatkan SPNB daripada dipolitikkan oleh pihak pembangkang sedangkan yang bermasalah di sini hanya melibatkan 3-4 kerat player yang kotor akhlak pengurusannya.

Masa untuk membersihkan SPNB wajib bermula. Harus dimulakan dengan penyingkiran nama-nama penting yang punyai kepentingan peribadi seperti Nor Mohamed Yakcop, Dato Idrose, Zooridah Haron (ketua pegawai kewangan) dan Zulkifli Mohd Yusof (ketua pegawai teknikal).

Dibawah ini adalah laporan khusus mengenai kegiatan mereka.


Dato Idrose Mohamed - Pengarah Urusan Kumpulan

Untuk makluman bekas CEO yang telah meletak jawatan encik Shaipudin Shah Harun adalah bekas pegawai kewangan citibank. Beliau pernah menyatakan antara sebab perletakan jawatan beliau adalah kerana tidak dapat menerima tekanan untuk memberikan projek-projek kepada pihak berkepentingan yang ada kaitan dengan KHAIRY JAMALUDDIN dan KAMALUDDIN ABDULLAH.

Malah ini juga merupakan sebab utama pergeseran encik shaipudin dengan datuk siti hadzar (penasihat nor mohamed yakop) yang tidak senang dengan keengganan encik shaipudin untuk bekerjasama dengan khairy dan kamaludin.

Justeru itu perletakan jawatan encik shaipudin merupakan berita gembira kepada dato siti hadzar kerana ia memudahkan kemasukan dato idrose ke jawatan ketua pasukan petugas khas pengangkutan awam (PTTF) sebelum melompat masuk ke SPNB !

Salah satu langkah awal Dato Idrose tatkala menguasai SPNB adalah mengubah dasar SPNB dimana beliau secara langsung campurtangan dalam proses perolehan dengan bantuan pegawai-pegawai yang rapat dengan beliau iaitu dari bahagian teknikal.

Terdapat keraguan dalam projek pemindahan pejabat korporat SPNB dari wisma RKT yang kini disewa dengan harga RM3 sekaki persegi ke wisma UOA bangsar dengan harga sekitar RM5.50 sekaki persegi.

Perbelanjaan ubahsuai dalaman yang bernilai RM5juta dilakukan oleh rakan Dato Idrose sendiri iaitu Majidah Design. Kesemua perbelanjaan ubahsuai ini dilakukan dengan peruntukan stimulage package yang diperuntukkan kepada SPNB.

Projek depoh bas Bukit Pancor seberang prai selatan bernilai RM8.2 juta juga hasil kerja dan campurtangan pegawai korup dalam sistem perolehan.


Zooridah Haron - Ketua Pegawai Kewangan

Beliau telah dilantik sebagai ketua pegawai kewangan syarikat semenjak penstrukturan semula SPNB dan pernah digantung jawatan pada tahun 2004 akibat salahlaku terhadap ketua pegawai eksekutif (dato ridza abdoh).

Beliau pernah terbabit secara halus dalam perlantikan broker insuran dengan tidak melalui proses yang sebenar melibatkan pembayaran jutaan ringgit. Malah broker insuran dari YPM insurance broker tanpa segan silu memberitahu semua underwriter da insuran company bahawa beliau punyai pertalian rapat dengan zooridah.

Zooridah pernah mengeluarkan surat lantikan semula broker secara open offer letter bertarikh 25nov 2008 kepada YPM insurance brokers untuk perkhidmatan insuran bagi tempoh 1/1/09 hingga 31/12/09. Surat lantikan itu dikeluarkan tanpa menetapkan jumlah premium insuran yang harus dibayar oleh SPNB yang mana sebelum itu tiada quotation diperolehi terlebih dahulu !

Ini menyebabkan syarikat insuran syarikat broker tersebut berpeluang untuk membida dengan harga terbuka tanpa perlu persaingan (open price biding).

YPM insurance broker adalah syarikat yang didalangi oleh rakannya, Roslan Mat Kassim yang mana secara terang meminta imbuhan peribadi dari syarikat insuran yang ingin menyertai skim perlindungan insuran SPNB dan ia menyebabkan harga premium yang ditawarkan SPNB tidak lagi kompetitif.

Disamping itu sebagai seorang ahli lembaga pengarah panorama langkawi, Zooridah juga telah menggunakan pengaruhnya untuk mempengaruhi Dato Idrose serta pengurusan panorama langkawi untuk memberi kontrak bernilai RM2 juta dalam hal penyelenggaraan cctv di cable car langkawi kepada syarikat rakannya, Imran dari Gapurna sdn bhd untuk tempoh lapan tahun yang mana pada awalnya mendapat tentangan dari lembaga pembangunan langkawi (LADA) yang merupakan pemilik aset kereta kabel langkawi.


Zulkifli Mohd Yusof - ketua pegawai teknikal

Onar yang dilakukan adalah seperti berikut.

Perjumpaan dengan pembekal di hongkong pada 10/11/12 april 2009. Ketua pegawai teknikal zulkifli mohd yusof telah meninggalkan kumpulan pegawai prasarana dan rapid KL semasa lawatan teknikal proof of concept di china untuk terbang ke hongkong pada 10 april dengan tujuan berjumpa dengan vendor union park company limited,hong kong.

Mengapa Zulkifli secara sendirian berjumpa dengan vendor di hongkong sedangkan segala urusan penghantaran dan nilai muktamad pembayaran adalah sedang dalam proses transaksi. adakah zulkifli mengambil habuannya di sana?

Cubaan mempengaruhi urusan rundingan harga

Zulkifli baru-baru ini cuba mempengaruhi pegawai prasarana/rapid KL dalam proses strategi rundingan harga bagi projek automatic fare collection untuk sistem keretapi dibawah tanggungjawap prasarana.

Rundingan tersebut melibatkan syarikat antarabangsa seperti samsung dengan usahasama tenaga progresif iaitu anak syarikat ARA group dan spain usahasama antara indra dan iris teknologi.

Tindakan zulkifli yang banyak mempersoalkan strategi rundingan harga yang disusun oleh bahagian perolehan meragukan kedudukannya samada beliau menyebelahi pihak prasarana atau pihak usahasama. sekali lagi ARA group ada kaitan dengan isu ini.

Berdasarkan 3 artikel berturut-turut yang dilakukan bagi mendedahkan kepincangan serius SPNB, adalah wajar pihak kerajaan meneliti,menyiasat dan memikirkan semula nama-nama yang telah didedahkan daripada terus berkuasa di SPNB. Untuk selanjutnya baca disini

Pendedahan oleh blogger GAP

4 comments:

  1. Apa yg sedang Ds Najib selaku PM dok sedang lakukan? Apa masih dok tidor berdengkur dalam kekenyangan dan di buai mimpi yg diri dia masih mempunyai peratusan tinggi dalam populariti ole rakyat? Dream on lah Ds Najib? Wang harta dan kekayaan rakyat sedang dgn rakus nya oelh penyangak2 pokemon, apakah Ds sebagai PM, pekak, buta dan bisu? APakah tanggungjawab dan amanah Ds sebagai PM? Ingatlah PRU13 tinggal beberapa bulan saja, apakah Ds Najib bersedia menjadi ketua pembangkang yg bagus? Rakyat jelata naik muak melihat hari2 ada saja cerita keparat2 dan dajjal ini berleluasa dan bermaharajelela, bebas tanpa apa2 tindakan? Jangan lah Ds merelakan diri dilaknat oleh rakyat kerana leka dan dok masih tidor bdengkur dalam kekenyangan, rumah besau, kereta besau, isteri besau, jamban besau, katil besau dan pewot kembung membuntal, hodoh betul. Sedarlah dan bertaubat, jalankan amanah dan tugas sebelum di tendang keluar seperti Tun Slumberjack.

    ReplyDelete
  2. Tahniah dengan lapuran dengan asas asas yang cukup baik. Tetapi sudahkan lapuran ini disampaikan kepada pihak berwajib mengikut salurannya ? Atau apa masaalahnya ??

    ReplyDelete
  3. Senang cerita. Heret saja mereka yang terlibat dengan rasuah dan penyalahgunaan kuasa ke muka pengadilan.

    Jangan lupa pada KJ tu. Kepala bapak penyamun tu.

    ReplyDelete
  4. hahaha... sape yg bdoh sgt buat fitnah ni? yg bhalol sbnrnye xde pulak org nk bukak crite.. satu prasarana tau la sape yg penyagak sbnrnye!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!