DINAR EMAS: IDEA SIAPAKAH YANG PAS GUNA?

Oleh JEFRI ZACHARIAH

Kelmarin Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat melancarkan matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Ia akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam.

Difahamkan, pada masa ini, kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini bersetuju menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka.

Tetapi nampaknya Bank Negara awal-awal lagi memberitahu yang hanya mata wang ringgit sah diperakukan bagi pembayaran barangan dan perkhidmatan di negara ini. Kenyataan itu sekaligus menolak penggunaan dinar dan dirham yang diperkenalkan di Kelantan.

Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, di bawah undang-undang negara ini, BNM sahaja yang berhak untuk mengeluarkan mata wang di Malaysia.

OKlah tu, aku taknak berpolemik dalam hal ni. Bukannya berdosa pun kalau guna wang kertas dan bukannya salah pun kalau nak guna dinar serta dirham.

Cuma apa yang aku nak katakan di sini, dengan pelancaran dinar dan dirham Kelantan, akhirnya Nik Aziz secara langsung mengakui pandangan bijak Dr. Mahathir mengenai dinar emas ini.

Seperti yang kita ketahui, Tun Dr. Mahathir dari dulu lagi dah bercakap mengenai kelebihan tersebut namun masa tu tidak ada siapa pun di kalangan orang Pas, mahupun Nik Aziz yang mahu 'menyambutnya'

Ini kerana semuanya ego, maklumlah masa tu Dr. Mahathir kan Perdana Menteri, manalah mereka nak mengakui 'kehebatan' Perdana Menteri yang mereka benci itu.

Kalau anda ingat tidak lama dulu, Dr. Mahathir pernah merancang hendak menggunakan dinar emas dalam urusniaga tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tiada negara lain yang sedia menjalankan urusniaga menggunakannya.

Kata Dr. Mahathir, dinar emas tidak sama dengan matawang kerana kerana ia tidak boleh dimanipulasi di pasaran semasa.

Jelasnya, dinar juga boleh digunakan untuk pelbagai tujuan dari urusniaga harian sehingga kepada urusan perkahwinan dan ibadah haji.

" Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas," kata Dr. Mahathir ketika itu

Nah, akhirnya Nik Aziz terpaksa menelan dan mengakui kata-kata Dr. Mahathir.

Malah dalam ucapannya sempena ‘Persidangan Antarabangsa Mengenai Ekonomi Gold Dinar’ , Nik Aziz secara terbuka memuji kehebatan idea Dr. Mahathir itu.

" Saya juga mengesyorkan supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah positif, dengan meneruskan cadangan dan landasan yang telah dimulakan oleh Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, bagi menggunakan emas dalam perdagangan antara negara-negara OIC," puji Nik Aziz.

Itulah, lain kali jangan asyik hentam dan kutuk orang saja

Jika mahu dibandingkan antara Nik Aziz dan Dr Mahathir, perbezaannya amatlah ketara sekali.

Nik Aziz cuma berusia 78 tahun manakala Dr Mahathir sudah pun 84 tahun sehingga kini.

Bermakna Nik Aziz 6 tahun lebih muda daripada Dr Mahathir. Dari segi fizikal pun kita semua dapat melihat Dr Mahathir lebih sihat dan lebih cergas daripada Nik Aziz.

Sungguh pun Dr Mahathir jauh lebih tua daripada Nik Aziz namun Dr Mahathir masih mempunyai ketajaman akal fikiran dengan segala idea-idea bernas yang sukar untuk disangkal oleh sesiapa kecuali musuh-musuh politik "baghal" yang sengaja menolak idea dan ilham yang baik

Sekarang siapa yang malu?

Siapa yang meludah dan siapa yang mahu menelannya kembali?

Uwekkkk!!!!

Sumber: Malaysia Instinct

13 Responses to "DINAR EMAS: IDEA SIAPAKAH YANG PAS GUNA?"

  1. Mungkin pemahaman aku lain.

    Dinar emas yg dimaksudkan oleh Tun M dahulu sebenarnya bukan matawang tetapi sandaran ringgit yang selama ini bersandarkan kepada dollar amerika. Sebab itu banyak negara tidak bersetuju kerana kebergantungan terhadap perdagangan dan pertukaran wang asing dgn amerika.

    Tun mengajak negara-negara lain terutama dari benua Arab untuk menjadikan Dinar Emas yang berasaskan harga emas di pasaran dunia sebagai nilai pertukaran matawang setiap negara. Ini disebabkan nilai emas tidak boleh dimanupulasi oleh penyangak ekonomi dan naikturun nilai emas lebih kukuh berbanding Dolar, Euro ataupun Yen.

    Apa yang Nik Aziz lakukan hanyalah menukar wajah matawang bukan nilai sandaran. Apakah dinar emas itu benar-benar diperbuat daripada emas tulin?

    Cuma aku tak faham macam mana dia memberi nilai dinar emas/perak sedangkan setiap negara/negeri yang mempunyai matawang sendiri perlu mempunyai simpanan emas di Bank Dunia untuk menentukan nilainya.

    Sekiranya matawang tersebut hanya digunakan di dalam negeri maka Kelantan perlu mempunyai simpanan di BANK NEGARA untuk penentuan nilai berbanding ringgit. Sekiranya tiada maka dinar emas/perak yang diterima oleh kakitangan kerajaan pun tidak boleh diperlakukan di negeri-negeri lain dalam Malaysia kerana matawang tersebut tidak diakui termasuk dari segi nilai. Siapakah yang akan menjadi mangsa?

    Ini macam ilmu buat duit pokok pisang zaman Jepun. Yang untung ialah Syarikat Menteri Besar kerana menggunakan duit rakyat untuk membuat dinar!

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum wmt,
    Memang begitulah tabiat manusia. Dulu dikeji bagai nak ghak. Bila dah tak jadi PM, puji pulak bagi nak gila.
    Agaknya, kalau sekarang Tun Dr. M jadi ahli Pas, tak tau le macam mana punya puji pulak untuk Tun.
    Mungkin boleh buat duit pun. Jual pulak poster Tun M untuk TIRAM.
    Gurau je....

    ReplyDelete
  3. takkan lah nak beli beras 1 dirham perak, air tin berapa dirham perak, macam mana nak letak harga ni susah lah berapa nilai 1 dirham perak = ? ringgit, 1 dirham emas = ? ringgit, sure pening kepala, kalau untuk nilai dagangan yang besar tu seperti nilai tukaran wang tu ok lah mudah sikit dan sesuai.

    ReplyDelete
  4. AKU NK TNGOK LA SI TUA KUTOK TU TELAN BALIK AIR LIOR DIA SECARA LIVE!!..GERENTI PECAH PANGGUNG BEB! KEHKEHKEHKEH >|D

    ReplyDelete
  5. Sambungan:
    Aku pernah dengar sebuah syarikat yang pernah mencuba memperkenalkan e-Dinar di zaman Tun M tetapi ditolak oleh kerajaan. Ini disebabkan syarikat tersebut menggunakan ringgit Malaysia dan ditukar ke dalam jongkong emas yang disimpan di dalam bank di Kepulauan Carribean. Bukannnya di Bank Dunia.

    Sekiranya Kelantan menggunakan khidmat yang sama maka dapatkah dijamin keselamatan simpanan emas tersebut?

    Apa yang aku risaukan ialah apabila pengeluaran dinar emas/perak ini tidak dibuat bersandarkan mana-mana simpanan maka pengeluarannya akan jadi berlebihan dan jatuh nilai. Di samping itu pihak kerajaan negeri boleh terus mengeluarkan matawang tersebut untuk membayar gaji kakitangan mereka walaupun matawang tersebut sudah susut nilai atau tidak laku.

    Dapatkah anda bayangkan apakah nasib kakitangan kerajaan yang menerima gaji menggunakan dinar tetapi tidak boleh menggunakannya di negeri-negeri lain SELAIN dari KELANTAN sahaja?

    Sememangnya di negeri China mempunyai dua matawang. Satu matawang antarabangsa (Renminby) dan matawang dalam negeri (Yuan). Penggunaan dua matawang ini dilakukan untuk mengawal pengaliran keluar matawang negara. Tetapi kedua-dua matawang tersebut dikeluarkan dan dikawal oleh Bank of China. Nilai Yuan pula bersandar kepada matawang Renminby.

    Persoalan Tambahan:
    1. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap nilai dinar?
    2. Apakah negeri Kelantan mempunyai Bank Negeri sendiri yang mempunyai Gabenor?
    3. Bolehkah matawang tersebut ditukar kepada ringgit di luar Kelantan sekiranya Bank Negara tidak memperakuinya?
    4. Bolehkah dinar digunakan untuk membuat pembelian keperluan import?
    5. Bolehkah dinar digunakan untuk membayar bil-bil semasa seperti TNB, Air, Cukai Jalan, Cukai Pendapatan dan sebagainya?
    6. Bolehkah dinar digunakan untuk membeli minyak petrol?
    7. Bolehkah dinar digunakan di kedai/syarikat franchise?

    Mangsa-mangsa yang terlibat:
    1. Kakitangan kerajaan negeri
    2. Peniaga-peniaga yang memerlukan bahan yang tidak diperolehi dari dalam negeri.
    3. Petani-petani yang perlu membeli baja dan racun serangga.
    4. Rakyat jelata.

    Prolog:
    Kalau kerajaan negeri tak cukup duit nak bayar gaji kakitangan kerajaan maka mereka boleh terus mengeluarkan matawang tersebut untuk tujuan pembayaran walaupun nilainya sudah tiada. (Macam duit pokok pisang Jepun) hehehe


    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  6. Bingai,

    Tunggu dulu lah jangan cepat buat andaian. Orang Kelantan bukan bodoh seperti anggapan kita. Mungkin TGNA mempunyai "Think Tank" beliau sendiri yg, terdiri daripada pakar2 Ekonomi nya sendiri yg. mempunyai methodology mereka. Kita berharap ia boleh menjadi ROLE model pada negara2 Islam kalau ia berjaya.

    Kalau DAP buat sesuatu yg. ada kebaikan kepada bangsa Cina, aku rasa MCA, GERAKAN akan menyokong dgn. senyap2 tanpa membuat komen cara terbuka. Tapi Orang Melayu Islam
    Kalau benda kebaikan utk ugama dan bangsa, tapi pasal sifat DENDAM dan BENCI sanggup mengutuk dan memberi tanggapan NEGATIF sesama Insan SeUgama tanpa memberi peluang sesuatu pihak untuk mencuba.

    PEDULI kalau PAS nak Membenci UMNO, itu urusan mereka dgn. PENCIPTA.

    Itu Beza Nya Bangsa Kita MELAYU dan CINA..

    Itu sebab kita dibelakang Bangsa2 lain diMalaysia dari segala segi.

    SELAMAT BERPUASA

    ReplyDelete
  7. Saudara Anon August 15, 2010 6:48 PM,
    Terimakasih pada peringatan anda. Tidak terlintas di hati aku untuk mengatakan orang Kelantan itu bodoh kerana beberapa tokoh dari Kelantan sendiri pernah memegang jawatan Menteri Kewangan dan Timbalan sedangkan aku hanya seorang bingai lulusan SPM sekolah kampung juga.

    Ada 4 jenis kelemahan manusia dalam keilmuan:
    1. Orang yang bodoh
    2. Orang yang tak tahu
    3. Orang yang tak mahu tahu
    4. Orang yang leka.

    TGNA bukanlah seorang pakar ekonomi lalu bolehlah kuanggap sebagai orang yang tak tahu. Bagi seorang pemimpin seperti ini dia sememangnya memerlukan 'ThinkTank' seperti yang anda nyatakan.

    Dan terdapat dua jenis 'ThinkTank' yang perlu kita amati:
    1. Berfikir untuk sejagat
    2. Berfikir untuk diri sendiri.

    Tun M juga pernah terleka dalam merealisasikan matawang dinar untuk dunia Islam. Kerana itu dia memerlukan 'ThinkTank' seperti Menteri Kewangan Kedua dan Pasukan Bank Negara Malaysia untuk melakukan penyelidikan.

    Jadi, sebagai rakyat yang perihatin terhadap masa depan rakyat DAN diri sendiri, sebaiknya anda cuba menjawab soalan bangang yang si Bingai ini utarakan di atas. Untuk mentafsirkan perkataan 'methodology' sendiri tak mampu aku huraikan. Persoalan yang lebih hebat bukan layak si Bingai ini untuk bertanya kerana terdapat pakar-pakar yang lain.

    Oleh kerana blog ini merupakan blog terbuka rakyat maka kita bincangkan secara terbuka berdasarkan kebangangan kita. Bagi mereka yang bijak pandai bolehlah berdebat di Parlimen atau mahkamah.
    Jangan hanya berserah hanya kerana kita bangang atau CUBA dulu tanpa menilai risikonya. Sebab itu banyak persoalan yang aku ajukan kerana bangangan aku. BUKANNYA kutukan atau kejian tetapi mencari kepastian daripada bijakpandai di alam siber ini.

    Jangan sampai dinar emas menjadi seperti matawang Saidina/Monopoly lalu kita menyalahkan kerajaan Pusat kerana tidak mengiktirafkannya.

    Tuan PK,
    Terima kasih kerana membenarkan aku menggunakan pentas anda untuk meluahkan persoalan.

    YB = Yang Bingai @ Bangang
    Menantu Hantu di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  8. Bingai,

    Terima kasih jawapan saudara,
    Mengapakah kita tidak memberi peluang pada bangsa seugama kita untuk mempraktikan apa yang difikir baik utk bangsa itu sendiri? bukan kah rakyat Kelantan sendiri telah memberi MANDAT kepada PAS untuk menerajui negeri mereka?

    Pada pendapat saya, isu-isu yang memecahbelahkan bangsa seugama kita patut kita utamakan dan bukan sesuatu isu yang tidak memudaratkan siratulrahim sesama bangsa malah mungkin menambahbaik ekonomi negeri dikuasai 100% bangsa seugama kita.

    Janganlah ada persaan negatif dan pesimis, kita patut berasa bangga kalau sistem yang akan dilaksanakan berjaya dgn. izin Allah SWT.

    Seperti saudara sebut tadi, kita bukan ahli dalam bidang ini. Lagi pun ia tidak menyalahi undang2 baik negara atau ugama.

    Biarlah rakyat Kelantan menikmati apa yang mereka pilih.

    Kita hanya boleh berdoa supaya berjaya dan insyallah bangsa kita akan bersatu jika perasaan dendam dan pesimistik dapat dihakis.

    Jika selama ini kita menggangap PAS suka memaki biarlah kita buktikan kita lah yang sebenar mengikuti ajaran yang dianjurkan oleh nabi junjungan kita SAW supaya lebih mengutamakan siratulrahim.

    Ingat Allah SWT maha mendengar dan melihat.

    ReplyDelete
  9. apa pun.... nanti kita tengok siapa yang kenaaaa!!

    ReplyDelete
  10. Sisingamangaraja GorgorAugust 16, 2010 at 4:31 PM

    Nampak gaye nye si anon neh cam tak paham ekonomi jerk...~

    Ingat nak wat sistem ekonomi neh cam wat cincai jerk ke cam cincau lengkong tuh?...~

    Leh cetak duit sendrik... Tanpa nilai yang dah di set kan...~

    Klo camtu leh kite jadik cam amerika... Cetak wit sendrik... Nilai ateh angin... Harap kan keyakinan dari pihak luar jerk...~

    Bile takdek keyakinan abih sume jatuh nilai... Bengkrap trus...~

    Walaupung klo mb klantan tuh carik seberapa banyak "think thank" yang hebat2 blako pung tak terbuat nye... Mane tak nye?... Abih setting Makroekonomi & Mikroekonomi ngan Ekonomi Negara & Negeri sme lari... Jauh bona lari setting nye...~

    Nilai matawang vs. nilai impot/ekspot pung tah camne kirenye...~

    Persoalan tambahan B@B pung ta bley jawab...~

    Whahahahahahaha...~

    P/S: Cakap snang la... Cbe try tengok... Ape jadik... TAK CAYE TRY!!!... Whahahahaha... Klo nak naikkan "Tahap Ekonomi Melayu"... SOKONG & BELI PRODUK & PERKHIDMATAN MELAYU dulu...~

    ReplyDelete
  11. anom 12.06 am.

    tepat sekali.. orang melayu mmg bodoh. asyik2 nak bergaduh.

    lantak la kerajaan klantan nak pakai dinar ke apa ke. skurang2nye dinar tu mematuhi syariah.

    ringgit msia pun bukannya kukuh sangat..

    ReplyDelete
  12. Bingai:

    Dinar Kelantan bukan matawang rasmi seperti RM. Penggunaan matawang dari segi istilah adalah sah dari segi undang2..

    Kjaan Kelantan gunakan dinar untuk tujuan sistem barter. Apa yang kjaan kelantan buat tu adalah usaha mereka untuk menunjukkan tidak mustahil jika krajaan malaysia atau negara2 muslim yg lain menggunakan dinar sebagai matawang..

    ReplyDelete
  13. kenapa mesti kutuk-mengutuk individu / public figure, suruh jilat ludah, mindset "parti saya selamanya betul, parti awak selamanya salah" padahal usaha ini ialah ke arah pelaksanaan hukum islam.

    bukankah mana-mana parti politik pun (umno atau pas) kalau mereka usaha melaksanakan hukum islam walaupun setapak demi setapak akan menguntungkan umat islam?

    cthnya zionis, ada dia kisah samada usaha tu dtg dari tangan dia, atau tgn manusia-manusia yg jadi hamba dia? pd mereka, yg penting apa-apa pun mesti menguntungkan dia.

    termasuk fenomena org islam bergaduh sesama sendiri, sangat menguntungkan mereka. gaduh pula sbb parti politik mana berpihak.

    bergaduh sbb parti politik ni hanya meneruskan agenda penjajah british sebelum mereka meninggalkan malaysia.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!