CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Wednesday, June 16, 2010

PENDEDAHAN PANAS! KISAH BENAR DISEBALIK KERUGIAN SILTERRA MALAYSIA SDN BHD!

Sekarang ini aku nak menceritakan tentang perihal sebuah syarikat GLC di Kedah, syarikat ini diilhamkan oleh Tun Dr Mahathir! Syarikat ini dipanggil dengan nama Silterra Malaysia Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan cip-cip semikonduktor yang dipasarkan seluruh dunia!

Syarikat ini sebenarnya adalah sebuah syarikat yang bersaing di persada antarabangsa tanpa sebarang perlindungan dari kerajaan! Syarikat ini dimiliki oleh Khazanah Nasional sebanyak 85% dan selebihnya oleh pelabur asing.

Pada mulanya Silterra ini berkembang maju tetapi bila tibanya PM ke 5 iaitu Tun Dol Bodohwi, maka bermulalah nasib malang syarikat ini. Khazanah di bawah En(Tan Sri) Azman Mokhtar telah melantik sahabat baik dia iaitu En Jalaluddin Mohd Jarjis sebagai Pengerusi Syarikat sekitar tahun 2004.

Yang menjadi persoalannya semasa perlantikan ini, Azman Mokhtar telah melantik seorang yang tidak ada pengalaman dalam industri semikonduktor, tak cukup dengan tu semua syarikat milik Jalaluddin terlungkup dek kerana kerakusan beliau, contohnya Encipta Sdn Bhd. Atas kapasiti apa dia dilantik sebagai Pengerusi ya?

En Jalaluddin ni pulak cukup gemar hidup secara mewah, contohnya dia suka BREAKFAST di Carcosa Seri Negara tiap-tiap hari! Bil Petrol dia sahaja sudah boleh mencecah lebih dari RM4000 sebulan, padahal dia tinggal di sekitar ibu negara saja. Dia suka keluar negara selalu dengan alasan untuk mencari bisnes tapi hakikat sebenarnya dia pergi untuk bisnes peribadi dia sendiri, naik flight first class lagi, semuanya ini akan dibil kepada Silterra! Hebat bukan?
Eg Kah Yee

Tambah malang lagi si Jalaludin ini juga telah mencadangkan seorang warga Singapura iaitu Eg Kah Yee dilantik sebagai CEO Silterra pada tahun 2007. Lepas Eg Kah Yee dilantik, perkara pertama yang dilakukan oleh CEO baru ini ialah melantik kekasih hatinya Audrey Ng sebagai CON-SULTAN Silterra.

Maka bermulalah episod merampok secara besar-besaran di dalam syarikat yang bernama SIlterra ini, pada setiap masa mereka berdua akan travel sekali, pasangan kekasih ini akan menaiki penerbangan kelas pertama tapi bila tang bilik mereka berkongsi bersama, segala pengurusan perjalanan akan dibuat melalui syarikat yang ada kepentingan dengan Audrey Ng.

Mereka akan claim semua perbelanjaan ini kepada Silterra, padahal bila kesana kemari bukan urusniaga Silterra pun yang mereka lakukan tetapi untuk KeyAsic sebenarnya, KeyAsic ini dimiliki oleh Eg Kah Yee yang juga merupakan CEO Silterra, bukan setakat itu sahaja Silterra dipaksa untuk berususniaga dengan KeyAsic.

Segala duit milik Silterra juga dirampok oleh Eg Kah Yee melalui transaksi-transaksi "palsu". Silterra diminta untuk bayar beratus-raus juta US Dollar kepada KeyAsic tetapi barang sehingga kini tidak dihantar! Ini kira urusniaga atas angin la ni! Ini dah dikira sebagai PECAH AMANAH ni!
Dari kiri, Jalaluddin Jarjis, Eg Kah Yee dalam majlis penyenaraian KeyAsic di Bursa Saham (Mesdaq)

Hasil dari rompakan ini, KeyAsic telah disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur di kaunter Mesdaq! Korang nak tahu siapa yang dilantik sebagai Pengarah KeyAsic? Tak lain dan tak bukan En Jalaluddin Jarjis la orangnya! Ini kisah 'you scracth my back, I'll scratch yours'!

Selepas saja Eg Kah Yee dilantik Silterra mengalami kerugian beratus juta dan kerugian ini berterusan selama dua tahun berturut-turut, tetapi yang peliknya syarikat yang dimiliki oleh Eg, iaitu KeyAsic ni mengalami keuntungan yang sama jumlah kerugian yang dialami oleh Silterra, contohnya Silterra rugi RM200 juta maka KeyAsic untung RM 200 juta! Pelik kan?

Macamana si Eg Kah Yee boleh buat magik macam tu ya? Ini nampak macam ambik kat sino dan letak kat sana kan? Nak dijadikan cerita, lepas Eg Kah Yee "dibuang" dari SIlterra, keuntungan syarikat KeyAsic menurun sehingga sekarang! Pelik bin Ajaib betul kan?

Inilah hero yang menyelamatkan Silterra dari rugi kepada untung! Anak Malaysia bukan dari OXFORD!

Lebih menyedihkan lagi, selepas CEo lama dibuang, Khazanah melantik orang Malaysia iaitu Dr Kamaruzzaman dari Sapura sebagai CEO yang baru dengan harapan agar sejarah "terus lingkup" (Sebab bagi Khazanah bila syarikat dah rugi, boleh dijual dengan haraga murah! Ingat MV Augusta? Macam tu la lebih kurang)!

Zaman Tun Dol menjadi Pengerusi Khazanah iaitu sekitar 2008, si Tun Dol telah mengarahkan supaya Silterra ini dijual (kalau Tun Dol siapa lagi penasihatnya kalau bukan si Kitol tu la kan!)

Malangnya, CEO baru membuat magik, tapi ini bukan magik jenis EG Kah Yee tadi, ini betul punya magik sebab Silterra yang dah nyawa-nyawa ikan ini dah mula menampakkan keuntungan tahun lepas. Tahun lepas sahaja syarikat ini telah mengeksport RM600 juta dan mendapat keuntungan bersih sebanyak RM60 juta.

Lantik orang asing Silterra rugi, lantik orang Malaysia SIlterra untung, MALAYSIA MEMANG BOLEH! Cuma CEO baru ini bukan dari OXFORD jadi dia bukan favorite si menantu hantu la!

Yang menjadi persoalan besar bagi aku ialah, kenapa selepas mengetahui CEO lama iaitu Eg Kah Yee telah PECAH AMANAH tetapi tiada sebarang tindakan diambil terhadap beliau! Silterra sudah mendapat keuntungan tetapi Kahzanah masih lagi mahu menjualnya, kenapa nak jual syarikat yang mendapat untung?

Terbaru, difahamkan bahawa Silterra akan dijual kepada bekas CEO cum Perampok tahap Penyamun Tarbus si Eg Kah Yee! Tak cukup dengan itu, Khazanah akan membayar pulak kepada si Eg Kah Yee sebagai tanda penghargaan kepada Eg Kah Yee untuk membeli Silterra? Apa benda ni beb?

Dah la Khazanah jual syarikat yang buat keuntungan ni, pastu dijualnya pada si Perampok ang cuba memusnahkan Silterra, dibayar pulak tu! Bila aku dapat tahu pasal kisah ni, mengelegak darah aku fikrikan kemusnahan yang telah dibawa oleh Tun Dol berserta dengan anak menantunya!

Aku harap Silterra tidak dijual dan biarlah ianya menjadi salah satu syarikat yang menjana kewangan untk negara di bawah MEB! Biarlah seorang anak Malaysia yang telah membawa keuntungan supaya terus menerus membawa keuntungan tersebut! Ingat, ini hak rakyat juga, maka kita berhak untuk bersuara!

Dalam keadaan ini, aku cukup kesian kat DS Najib, dia terpaksa mencuci segala taik-taik yang ditinggalkan oleh PM ke 5 tu! Sebab inilah aku menyokong najib sebab dia dapat kerajaan dalam keadaan yang sangat parah! Tujuan aku membongkarkan cerita ini supaya rakyat tahu ini bukan salah Najib tetapi salah Tun Dol dan Khairy SKUM!

65 comments:

  1. thanks bro.aku baru tahu.sedih campur bangga...

    ReplyDelete
  2. dr kamarulzaman tu kawan den - orang jasin, melaka. dio buek Phd di Imperial College, London. pandai tu, sebab Imperial College top 5 engineering school dlm dunia. mari kita ramai ramai sokong dia !

    ReplyDelete
  3. terima kasih, buat la hebahan seberapa banyak lagi syarikat GLC yang dah tutup dan akan ditutup kerana PakLah, JANGAN lupa syarikat KOHILAL sama

    ReplyDelete
  4. ngeh kata ada perjanjian bahawa jika mana2 adun dap perak keluar dr dap mrk perlu bayar RM5juta sbg pampasan.

    Saya tk nk bincang psl kesahihan atau relevannya perjanjian tersebut.

    Yg sy nk tanya ngeh khoo ham...masa adun jelapang kluar dap naper soal 5juta ni tk timbul? sebab dia cina..maka ngeh dan adik sepupu dia ngar kor ming tutup mata sebelah....kasi kautim lah ye boss??

    Tp bila kali sorang adun dap berbangsa Sikh kluar..maka tiba2 muncul pula perjanjian pampasan 5juta....

    apa ni ngeh?

    saudara parpu..leh tk saudara sensasikan isu ini? dah lah kt penang guan eng tipu penduduk kampung buah pala..masa kempen janji nk bg title tanah..lps menang..terus dihalau mrk

    tu adun seri delima..RSN Rayer..tk leh pakai punya..next election..confirm bungkus....ckp tk serupa bikin tu rayer dan guan eng

    ReplyDelete
  5. Eh.. nama hampir sama dgn jamaludin jarjis yg pernah jadi pengerusi glc elektrik dulu?

    ReplyDelete
  6. bagus sangat pendedahan begini.sebab tu mereka senang lenang.yang menderita rakyat dikampong.geram pun ada........

    ReplyDelete
  7. Tidak ada negara Islam yang berjaya keluarkan microchip selain Malaysia.

    Tidak ada negara Islam yang ada teknologi sendiri untuk buat kereta selain Malaysia.

    Mohon kerajaan tidak memunahkan legasi Tun Mahathir.

    Mohon kerajaan mencipta lebih banyak legasi yang membanggakan generasi Muslim di masa depan.

    ReplyDelete
  8. Kalau Khazanah nak Jual Siltera 1USD ke 1 Pound ke aku nak beli nak try nasib, sebab boleh jual maybe 600 Juta, ha ha ha mana tau nasib macam MV Agusta

    ReplyDelete
  9. Adin Jarjis tu memang Pro-Singapore and patut dah lama dilucutkan chairmanship di Silterra. Eg Kah Yee tu pulak a person with self-interest utk mengayakan diri sendiri dan syarikat KeyAsic nya yg terletak satu bangunan dgn Silterra office di KL. Ni lebih kurang dgn kes MIMOS sekarang lah yg mana CEO nya orang Si Pak Dol Bodowi dan yang jaga Wafer Fab nya China yg ada self interest. Dr K memang hebat. Let him lead Silterra. Ini satu2 nya Wafer Fab tempatan yang berjaya.

    ReplyDelete
  10. TQ Bro!

    Wa caya lu la.....Hidup Parpukari,

    Tapi bro lu silap besar la, kat khazanah tu ramai org OXFORD, mereka ni bangga giler pagi2 bawa cawan STARBUCKS sambil minum naik lift di KLCC.

    Lagi satu lu punya info pun tak tepat la bro....very sorry!

    Itu Jalaluddin Jarjis tu adik kepada JJ, Menteri RABA BONTOT! See the connection!

    Jalaluddin ni memang PENYAMUN NO.1PENJUAL BANGSA AGAMA DAN NEGARA. Lu tau tak dia boleh pi tgk World Cup kat Germany lepas tu suruh Silterra bayar. Tak caya suruh SPRM cek tgk dia punya claim...

    Lepas tu lu ingat sapa suruh Khazanah yang biul ni jual Silterra kat Eg Kah Yee. Jalaluddin la.....sebab kalau Eg beli dia dapat jadi Pengerusi seumur hidup....ala perangai serupa Tun Musa Hitam jugak...

    Then dia akan dapat komisyen dari Khazanah sebab tolong jual sebanyak min 1% dari harga jualan. Kalau Khazanah jual Silterra untuk USD2billion, berapa dah si bangsat tu dapat. Sapa tak nak bro! Aku pun nak jadi broker mcm tu.

    Lepas tu sekarang hari2 dia dok pi Khazanah jumpa member baik dia Tan Sri Azman Mokhtar sebab dia nak make sure deal ni jadi.....Woi! Azman lu pun makan komisyen sama ka?

    Dia tak susah dapat access ke Tan Sri Azman Mokhtar sebab PA Tan Sri adalah suami kepada "sexytary" dia nama glamer "Sheri". Jalaluddin pi mana pun dia akan usung betina ni..... apa dia buat Tuhan saja yang tau. Perangai lebih kurang Eg juga la... Tak caya lu tanya orang Silterra.

    Itu hal Jalaluddin yang dia buat apa pun Tan Sri Azman akan sokong dan sambung kontrak.....best fren ma!

    Eg pulak paksa Silterra pindah office di KL sebab kos renovation untuk KeyAsic, Pallette di tanggung oleh Silterra dan syarikat yang buat renovation tu milik adik dia.....

    Audrey Ng tu "kerja" dengan Eg dari time KeyAsic lagi. Cun beb...
    Dalam claim dia pun dia boleh tipu Silterra. Bil dah dibayar KeyAsic dia masih claim dari Silterra. Makan 2 orang dengan Eg dia claim kata entertain client.

    Nama Consultant tapi semua rahsia syarikat kena bagi kat dia....i.e supplier, customer etc.

    Bro, pasal lahanat semua ni la ramai org belah dari Silterra. CFO pun boleh belah pasal tak setuju dgn apa Eg buat.

    Yang aku hairan, pasai apa Khazanah tak ambil apa2 tindakan terhadap mereka2 ni. tak dak undang-undang ka atau Tan Sri Azman saja dok diam pasal semua ni best fren dia punya pasal.

    Ingat la sikit, lu jangan ingat lu Tan Sri tak payah jawab soalan kubur!

    Kisah nak jual ni memang Eg dah target lama dah......dia geng dengan Taiwan2 yang tak tau cakap org putih pun. Macam mana boleh Khazanah nak jual kat depa.

    Tak lain n tak bukan sebab Jalaluddin aka Best Fren suruh Tan Sri jual kat Eg n the geng.

    Memang mereka ni semua BANGSAT! PENJUAL BANGSA n PELACUR NEGARA No. 1

    Bro, korek lagi.....jangan kasi chance!

    ReplyDelete
  11. BRO,

    Apa yang comment atas ni cakap betul sangat-sangat. Zaman Eg jadi CEO kat Silterra Internal Auditor pun boleh resign sebab tak nak subahat dengan claim-claim dari Eg dan Audrey.

    Yang paling terbaru saya dapat dari orang-orang di Khazanah, Eg nak jumpa sangat-sangat dengan Tan Sri Azman Mokhtar dan Pengerusi Silterra sedang atur rancangan perjumpaan ini. Dari info yang saya dapat kemungkinan mereka akan berjumpa di Singapore dan Pengerusi Silterra dah pun pergi Singapore today.

    Khabarnya, penjualan Silterra ini akan di lakukan pada masa yang terdekat dengan alasan bahawa Silterra tanggung hutang yang amat banyak.

    Bro, negara kita ni tidak ada undang-undang kah? Bukan cerita ini dah jadi kes CBT? SPRM tak boleh siasat ke?

    Adakah sebab Tan Sri Azman Mokhtar cover up maka tiada pihak yang boleh siasat?

    Satu lagi yang saya dapat tahu bahawa salah seorang Lembaga Pengarah Silterra ialah Dato' Ahmad Pardas dari UEM. Bukan dia dah kena buang dari UEM sebab skandal 700juta dulu? Macam mana boleh lantik dia sebagai Pengarah. Of course dia akan cuba cover untuk Pengerusi dah dia biasa kena buang.

    Itu yang saya suka di Hongkong, kes-kes Rasuah Koprat dan CBT Syarikat, Badan Pencegah mereka akan terus siasat.

    Lagi bagus kalau di negeri China, mereka ini, Tan Sri Azman Mokhtar, Dato' Ahmad Pardas, Jalaluddin Jarjis, Eg Kah Yee dan Audrey Ng dah lama kena tembak dengan firing squad.

    Tapi di Malaysia, mereka-mereka ini terus hidup mewah dan menyamun harta rakyat, tambah pulak diberi gelaran "Tan Sri" dan "Dato" sebagai ucapan terima kasih menyamun harta negara.

    Memang MALAYSIA BOLEH!

    ReplyDelete
  12. Siltera,

    Bila ada jawatan kosong untuk Pengerusi dan CEO tolong la iklan, ramai orang nak mohon. Tengah gawat sekarang.

    ReplyDelete
  13. adik beradik jarjis x nak ulas ke House PK?Bgtau la dia adik Jamaludin Jarjis , Kaki raba dan arak..ada berani??

    ReplyDelete
  14. Khazanah tu memang ramai orang-orang OXFORD dengan CAMBRIDGE, depa suka panggil OXBRIDGE. Ni semua si Kitol punya hal la. Sapa lagi.

    Kalau nak join Khazanah, kena la dari OXBRIDGE, cakap pun cockney, kalau tak mana boleh join.

    Mereka ni semua berlagak nak mampos. Macam terror, langsung tak ada semangat patriotik dan kemelayuan.

    Mereka ingat dapat masuk OXBRIDGE sebab mereka bijak walhal dapat scholarship pun sebab mereka tu anak Melayu.

    Ni la nasib orang Melayu. Anak bangsa sendiri telah lupa daratan, "Peanut forgot its skin" ala, kacang lupa kan kulit, la. Kena la cakap orang puteh nanti budak-budak OXBRIDGE tak faham.

    Bak kata Tun Mahathir, Melayu mudah lupa. Dan kita ini di hukum oleh sejarah. Kita lupa Sejarah Melayu. Yang buka pintu Kota Melaka pada tahun 1511 adalah orang Melayu sendiri. Orang Melayu lah yang akan meranapkan bangsanya sendiri.

    M - Melayu
    A - Akan
    R - Ranap
    A - Akhirnya

    Ini semua angkara budak-budak muda ala OXBRIDGE.

    ReplyDelete
  15. maaf..sy budak u..cukup x paham tentang syarikat2 GLC ni...tapi dari post saudara ni sy tetiba rasa cam nak marah...

    kalau macam ni peranagai orang melayu mcam mana la nak pertahankan negara sndiri...

    ReplyDelete
  16. Senang saja, macam orang yang atas cakap la, tembak kasi mampus.

    ReplyDelete
  17. Habis, kau orang ingat apa. Masa Jalaluddin Jarjis di lantik Pengerusi, Abang dia Dato' Seri Jamaluddin Jarjis aka Menteri RABA BONTOT adalah Menteri Sains & Teknologi. Silterra ni syarikat di bawah kategori teknologi. Mesti la abang dia kasi jalan. Itu pun tak faham kah.

    Ini semua UMNO haram jadah punya pasal la. Pak Menteri n keluarga kaya raya, macam Zahid amidi beli rumah kat London. Rakyat menderita!

    ReplyDelete
  18. SPRM tunggu apa lagi. Siasat la!

    ReplyDelete
  19. WOI PARPU!,

    Apa kena mengena si Kitol dalam hal ni? Lu mabuk ka?

    ReplyDelete
  20. Mr. Parpukari,

    May I suggest that from my reading, this matter is very serious. Why don't you take it up with the ACA.

    You will be doing a great service for the Nation. Who knows, this might just be another Block L & M (or K & J), MV Agusta all over again. Only this time it has come up before its too late to do anything.

    I google for Silterra and interesting observation that the Company is in Kulim Kedah. No wonder no one seems to know what happened. It was well hidden from the public eye.

    My question is since this is a national project (I assume), why won't the Opposition ask for a White Paper or serious debate on this? I am really surprise with our politicians, they are least bothered about these things.

    I'm very sorry that I have to write in english as my Bahasa is not that good.

    Please consider what I have written. Obviously this country has gone to the dogs.

    ReplyDelete
  21. Saya harap Tun M ada membaca blog ni terutama sekali cerita ini. Amat sedih tetapi amat bangga bila ada anak bangsa yang berjaya.

    Cuma yang saya takutkan adalah dengan pendedahan ini, Dr. Kamaruzzaman akan di tamatkan perkhidmatannya oleh Tan Sri Azman Mohktar. Lihat sendiri kes Sime Darby, Tan Sri Musa berlagak seolah-olah beliau yang punya Sime Darby dan pecat CEO.

    Kepada Dr, saya ucapkan syabas dan ingat bahawa anda telah lakukan yang terbaik. Rezeki itu di tangan Allah dan biarlah Allah menghukum mereka kerana pengadilan dari Allah adalah yang sebaik-baiknya.

    Dari Allah kita datang, dan kepada Allah kita semua akan kembali.

    ReplyDelete
  22. Cadangan lepas ni GLC dikenali sebagai Gomen Lingkup Company, amacam, setuju tak?

    ReplyDelete
  23. jel kan aje si jalaludin jarjis tu

    ReplyDelete
  24. ini adalah muslihat perniaagan untuk menguasai sesuatu perniagaan yang menguntungkan secara tidak disedari. Mula-mula melingkupkannya, kemudian beli dengan harga yang murah. lepas tu mesti ok, bukan kerana pengurusan baru itu pandai, tetapi perniagaan tersebut sememangnya berdaya saing. Biasanya ini kerja orang dalam..

    ReplyDelete
  25. Salam saudara Parpu,
    erita yang macam ni kalau ada asas dari sumber yang kukuh , lepas dedahkan keruangan blog saudara lepas tu kasi pada SPRM , janagn lambat bertindak . Nanti banyak lubanhg akan tertutup. Banyak file akan hilang dan banyak yang masih tertinggal dalam file peribadi akan luput. Saya syorkan supaya bertindak sekarang , JANGAN HANYA JADIKAN BAHAN TATAPAN DAN BACAAN UMUM. TIDA TINDAKAN .Saudara parpu mampu berbuat demikian atas dasar sumber yang kukuh dan dipercayai.Lambat bertindak parahnya akan lebih mudarat.So.. harap saudara bertindak segera. SPRM.T.Kasih.

    ReplyDelete
  26. Bro parpu,

    1.Bagus parpu, sebenarnya skandal ni ada banyak lagi disegenap sudut semenjak negara kita ni membangun.Yang bijak pandai dan ada kuasa politik serta network semua nak cekau tak kira dah harta siapa.Yang penting dunia ini mereka yang punya.

    2.Bila negara kita lagi maju lagi banyak skandal korporat dan politik begini.carilah sampai kelubang cacing lagi banyak kita boleh jumpa taik-taik cacing,taik kucing,cengkerik,cacing kerawit dan lain2x..banyak..ish..ish..

    3.Ala bro, kalo kita korek pasal TNB,Telekom,Petronas , Felda,MAS,PKFZ dan lain-lain (Tak cukup muka surat nak senaraikan ni)..semuanya ada skandal korporat+politik..

    4.Inilah dia kehidupan bro..jadi jangan salahkan rakyat kalo rakyat menyampah dengan BN/UMNO.Sebab yang memerintah semenjak negara ini membangun dan maju adalah dibawah pemerintahan kerajaan BN/UMNOlah.

    5.Bagi aku semua ni berlaku semasa dibawah pemerintahan Tun.M,Pak Lah..dan Masa DSN ni pun diorang masih nak plan agenda masing-masing...aku jangka lagi cepat dan terang-terang diorang buat sebab dah tak boleh tunggu kerana mereka kena rompak semua cepat sebelum pemerintahan bertukar kepada pembangkang..haaa..haaa..

    6.DSAI pulak akan korek rahsia-rahsia ni nak bagi malu kerajaan dan membuatkan rakyat lagi meluat..
    habislah lah bro..memang telungkuplah negara kita ni..

    7.nak bersihkan pemerintahan DSN ini nampaknya habis satu kabinet kena tukar..yang menguasai harta-harta negara dan rakyat (GLC) ni pun banyak nak kena bersihkan.habis yang tinggal apa yek??????

    8.Time nilah cina2x nak rebut dan rampas peluang..jahanam negara kita

    anon tanpa nama-ikhtiar selagi bernyawa

    ReplyDelete
  27. kalau ikut tuan2 penasihat Pak Lah, proton pun nak dijual kati gak..

    ReplyDelete
  28. Sayang NYA ada Melayu yang bijak pandai tetpai hanya pandai membuat duit untuk poket sendiri.
    Sayang NYA ada Melayu yang bijak pandai tetapi menjual harta benda kepada orang Asing..
    Sayang NYA ada Melayu bijka pandai tetapi terlebih pandai menipu merompak duit Kerajaan GLC dll.

    Apa boleh buat ..nasi jadi bubur .. dulu orang tua-tua kata jangan hantar anak pi sekolah orang putih atau ke seberang laut.. nanti timbul banyak masaalah.. La ni terbukti.

    Nasib Melayu ditipu Melayu diberi pelajaran pun salah tak bagi pun salah.

    ReplyDelete
  29. a lot more 'happenings' in the glc scene too,all ada hubung kait dgn scheme yang begini.
    belum lagi cerita LOW TEIK JHO, kalau di kupas dan di siasat asal usulnya,lagi berdentum cerita.belum sampai tahap tua lagi tapi maseh baru remaja kes LTJ. kalau dapat di cantas masa remajanya,maka tak akan menjadi beban bagi rakyat malaysia yang pertengahan/bawahan kelak.

    ReplyDelete
  30. Bro

    Last I checked, Silterra was 85% owned by Khazanah. It's share capital was RM5 billion reduced by more than 80% by LOSSES of over $4 billion!!

    Silterra was also reported to be looking for additional funds of $8.5 billion!!

    Silterra is in the super chip making industry, but looks like it's holding a hot potato. If Khazanah doesn't do something and cut loss, we could be looking at a financial fiasco worse than Perawaja or $12 billion loss fraud / mismanagement in PKFZ!!

    And don't blame it all on the sleeping PM. Mahathir started it and Najib has been around a long time as well as being DPM!! It's been losing money from day 1 and will lose more because they can't defeat the tough competition from Taiwan and China!!

    'satu lagi projek olih Kerajaan UMNO/BN' GLC disaster, like Sime Darby. Syabas!! When will all this nonsense end?

    dpp
    we are all of 1 race, the Human Race

    ReplyDelete
  31. Cuba tengok anak syarikat UEM pula - CIMA, siapa pembekal arang batu yang bernilai RM50 juta setahun tu. Ada ke orang yang tak pernah tahu apa itu arang batu diberi kepercayaan untuk bekal!

    Dengar cerita bayar upfront pulak tu, walaupun ada pembekal2 Bumi yang diiktirafkan oleh TNB dan pengguna2 lain yang boleh beri kredit 30 hari...


    Tolong tengok2kan...!

    ReplyDelete
  32. 'satu lagi projek olih Kerajaan UMNO/BN' GLC disaster, like Sime Darby. Syabas!! When will all this nonsense end?

    This nonsense will only end when BN is ended. Malaysia boleh-mah!

    ReplyDelete
  33. patut la ramai member aku blah dari SIlterra

    hampas je, nampak je macam ala2 canggih !

    ReplyDelete
  34. Apa maksud kau bukan salah Najib? Bukan ke masa Dollah jadi PM dia tu jadi DPM? Apa, jadi DPM goyang kaki je ke?

    Lagipun, kalau ye pun Dollah yang salah dan Najib tak terlibat dulu, dia tetap salah sekarang sebab tak dedahkan dan tak hukum orang yang bertanggungjawab. Orang puteh kata, "accessory after the fact". Tak payah nak fikir pasal nak jaga maruah ke, apa ke. Kalau salah cakaplah salah, baru rakyat puas hati!

    ReplyDelete
  35. UMNO yang ranapkan bangsa melayu.

    Jangan kata orang melayu lain yg ranap. PUKIMAKO UMNO.

    " Only Sifool's ass can save UMNO"

    ReplyDelete
  36. Kalau bagus selain cerita begini dilampirkan juga penyata akaun sykt semasa untung, semasa rugi dan untung semula di bwh ceo baru atau turut masukkan bil-bil serta bukti lain baru lah cerita ni boleh di angkat ke atas. Jika tak cam surat layang biasa jek...

    ReplyDelete
  37. Terima kasih atas pendedahan Abang Parpu. Aku memang terasa terkilan,marah, hampa dengan bangsa aku sendiri. Harapkan pagar,pagar makan padi. Orang-orang kita asyik menyalahkan kaum-kaum lain atas kegagalan kita, tapi yang sebenarnya merampas dan merompak harta kita adalah kaum ku sendiri!!! Sedih..sedih betul. Semoga Allah s.w.t.akan mendatangkan musibah pada pengkhianat bangsa ini.

    ReplyDelete
  38. Dimanakah Ibrahim Ali dan Perkasanya? Sepatutnya Perkasa melihat ke dalam kelibat kaum kita sendiri dahulu untuk mempertahankan bangsa kita. Pengkhianat-pengkhianat inilah yang mengimpot orang luar untuk merompak kaum kita. Perompak sebenar masih orang kita juga.Ayuh..Bro, anjurkanlah NGO baru untuk mempertahankan hak kaum kita daripada digadai oleh bangsa golongan elit ini. Mereka ini bagaikan musuh dalam selimut.Mungkin nama NGO baru ini Anti-Perkosa!!!

    ReplyDelete
  39. tak kisah le samaada Imperial College, King's College ke...asal boleh buat kerja dan integriti tinggi, cukup. Buang la, mentaliti kononnya dari Oxford, Cambridge, harvard, Yale, London semua baik belaka...sekarang semua yg dipelajaari hanya asas...einstein pun takat belajar di Swiss National Polytechnic je!

    ReplyDelete
  40. Kepada Kassim dan lain-lain yang menuduh UMNO pasal kes ni, aku nak cerita sikit la ya, apa korang fikir dengan menamatkan kuasa BN dan dan bagi al juburi ambik alih maka negara akan selamat? Butoh Pak Lu la!

    AKu bukak cerita ni supaya kita perbaiki segala kebabian yang telah dibuat oleh Tun Dol dan menantu haramjadah dia tu ha!

    Nasib lah Najib ambik alih kalau Tun Dol masih jadi PM alamatnya hancur dah negara kita!

    Sebab itu aku sokong Najib, aku tau betapa susahnya mereka kena survive bawah pemerintahan rejim Tun Dol dulu, janganlah jadi bebal ok!

    UMNO tak bersalah cuma kena buang beberapa BABI tonyok dan semuanya akan menjadi baik! Faham?

    ReplyDelete
  41. Tahniah kepada UMNO-BN yang telah berjaya mewujudkan suatu sistem keadilan yang begitu mundur sehingga perompak-perompak sebegini boleh berleluasa sesuka hati.

    Tidak adil hanya menyalahkan Pak Lah seorang saja. Tidakkah negara kita ada polis? MACC? Mengapa mereka tidak menjalankan tugas mereka?

    Dan dimanakah pemimpin-pemimpin UMNO-BN yang lain? Najib TPM pada masa itu. Buat apa sebagai TPM? Semua pemimpin-pemimpin yang lain begitu takut Pak Lah ke?

    ReplyDelete
  42. Masalahnya Parpu semua dalam UMNO tu babi tonyok bukan seorang dua. Orang yang menyokong babi2 tonyok ni dapatlah bau ketonyokkannya. hapuskan Umno tonyok ni (pinjam istilah kau)

    Melayu perlu bangkit dan perkasakan diri dengan menghapuskan pemimpin korup Umno Tonyok yang tak bermoral seperti yang didedahkan oleh Parpu wira bangsa.

    Syabas Parpu. Dedahkan lagi kedurjanaan Umno Tonyok ini. Akan kita sebarkan kepada rakyat untuk bangkit.

    ReplyDelete
  43. KAPAKTAJAM, mengesyorkan dulu lagi kepada pesalah/pelaku yg menjadikan sesuatu GLC alami kerugian disebabkan CEO or Lembaga Pengarah Pecah Amanah, hukuman yg paling baik adalah "TEMBAK MATI OLEH FIRING SQUAD" sebabnya:-

    1. Menjadi teladan kepada CEO2 or Bakal2 CEO agar jgn sesekali melanggar amanh yg diberikan. Ingat ini duit rakyat- tax payer dan sepatutnya duit itu untuk rakyat miskin.
    2. Memastikan mereka takut utk melakukan kerja2 pecah amanah ni, bila ada jenis hukuman yg menggerunkan.

    Bagi kita org Melayu Islam wajib menghukum pesalah2 ni demi kesinambungan kejayaan masa hadapan.Ambik kira rakyat2 yg menderita di hujung2 kampong, sedangkan CEO ni yg dibesarkan melalui amanah rakyat telah melakukan jenayah dgn membelakangi rakyat.

    Hapuskan pesalah2 ini dan singkirkan dari dunia perniagaan.

    ReplyDelete
  44. Jangan nak salahkan Badawi aje. Tu yang guna C4, kapal selam yang tak boleh selam tak ada cerita ker? Kes hilang enjin jet tu apa pulak cerita? Kes tanah KTM tu apa pula ceritanya? Kalau dah sama-sama perompak, mengaku sahajalah encik parpukari! Dari jauh kami tau yang kau tu SB! Pergi jalanlah! Sekarang nie kerajaan Perancis tengah siasat komisen 500juta tu, kak Ros gemuk kita tengah mengamuk tak boleh shopping kat Eropah! Kah Kah kah! Kau trylah trace IP nie! Kah Kah Kah!

    ReplyDelete
  45. Brader,

    this reply is for donplaypuks. he must be a really sam dol of the first degree.

    I wonder how he got those figures, hopefully he is not an OXBRIDGE.

    Please read The Edge 19/4/2010, page 26. Khazanah's stake in Silterra is 98%.

    The losses it made was only RM1.0 billion la brader and that is due to depreciation of assets (which is very normal for Companies after 5 years in operations) and amortisation. Wey! No go school ka? Get some guys with financial background to tell you that la....

    So what? Now want to sell, just like that. Typical Malaysia attitude, everything want fast results.

    FYI, the only foundry in the world that makes profit is TSMC of Taiwan and they have something like 7 fabs running, whereas, Silterra has only one fab. So don't compare la....

    Idiot! check your fact before you speak. donplaypuks, i suggest you become MP la, and hell you make a good one. I suggest you can stand for Bagan, replace Guan Eng as both of you have the same sickness....foot in the mouth.

    Even our "jiran" down south had Chartered, having 5 fabs they too sold it for a huge profit to Global Foundries.

    All developed nations, like US, Germany, France, Japan Korea etc have industries like Silterra because it is the basic for Hi-Tech industry to grow.

    And the capital outlay is huge, thats why it is normally back by the Government like in Taiwan and Singapore. TSMC was supported by the Government, as the Government actually built the Fab for them and rent out to the Company at nominal sum.

    Chartered was supported by the Singapore Government until it was floated at the Exchange.

    So why blame Mahathir? Silterra only started operations in 2000, and they got the World Best Fab Award back then. When Mahathir left, Silterra was only 3 years old!

    Then came Pak Lah, he destroyed everything......thanks to the behest of his Most Beloved OXFORD son inlaw. I hate to think this, I think the Son in Law did TESL at OXFORD, thats the reason why.

    In early of 2008, Pak Lah decided that Silterra has to go. Just like that. Instead of giving the funds it neeeded and appoint able personns, Silterra became an unwanted child. Mind you, there were those who were already scheming for the sale way back then, Parpu had already mention the names.

    So now, comes Najib, who must undo the mess created.....so whats the solution.....SELL! (advise given by OXBRIDGE of KHAZANAH). Just like MV Agusta!

    Many people fail to see the contribution that Silterra had given to this Nation. Not in terms of just exports but building the eco-system. Without Silterra, do you think likes of Infeneon and First Solar would come to Kulim Hi-Tech Park. I don't think so.

    The pool of talents that it has exported out, many Malaysians from Silterra are now working for Intel, First Solar, Infeneon, even Chartered (Singapore/USA), TSMC, Avago, Grace etc.

    Readers, look at it from a bigger picture. Don't just be like an accountant from Khazanah, only looking at the P&L.

    Its time to be together for the sake of the Nation. Love your own country, have pride in what you have. Don't be an idiot to just sell things but rather help it to grow, that one day you will be proud of.

    The inception of Silterra took years way back in the early 1990's, much thought were given. Even Anwar was then involve in this Project as he was the Miniter of Finance.

    But fate took its course for Silterra and it was born during the Asian Finacial Crisis and started operations only in 2000 when the busrt of the Semiconductor bubble.

    Hey! I'm proud with those guys who stuck with Silterra all these years going through every turmoil, its ups and downs.

    The ONLY sad part is Khazanah fail in its duties to appoint the right person for the job. Just look at the Chairman and former CEO.

    So DON'T throw away that baby, when its starting to walk....help him.

    SCREW the right people!

    ReplyDelete
  46. Geng ler dr kamarulzaman tu. Aku pun study kat imperial college London dulu...heheh...lagi bagus le dari Oxford tak guna si mamat tu dengan bapak mertua dia. Perosak negara. Orang macam ni study kat mana pun tak berguna, hanya pandai nak musnahkan negara je. Teruk sangat dia lari pi balik negara angkat dia Singapore hahaha. Tau dah orang mcm ni memang macam tu. Alah, duit banyak hasil titik peluh mencuri duit kita semua, so senang2 nak lari mana pun rumah di mana2 pun boleh beli kalau ada duit curi bertimbun2.

    ReplyDelete
  47. Bro,

    Info terbaru yang saya dapat dari orang-orang Khazanah. Rupa-rupanya, desk officers Khazanah yang ditugaskan menjaga Syarikat-syarikat milik Khazanah seperti Silterra, MAS, PROTON, etc, mereka ini akan diberikan komisyen dan bonus sekiranya dapat jual syarikat milik Khazanah.

    Woi! apa punyai bebal ni Bro. Patut Jalaluddin Jarjis nak sangat jual Silterra sebab nak dapat komisyen.

    DS Najib must look into this! Ini HIGH TREASON.

    ReplyDelete
  48. semua kerja jahat ni kerja manusia yg tidak brhatiperut bukan kerana asal kaum mereka. Manusia yg rakus ni yg merakutkan rakyat demi mempuas2kan selera kelampau-tamakan masing2. Dan semua pariah ni lah bakal menjahanamkan masa depan Malaysia.
    Hampir seluruh jentera kerajaan bn/umno dikuasai gulongan pariah ni
    beyond repair .Jadi amat tepat dan adil sekali sekiranya rakyat Msia menuntut CHANGE+++.
    Lokong.

    ReplyDelete
  49. Bukan OXFORD tapi yang ada dihasilkan ialah OXFART.... sebab tu lah jadi sebegeni teruk dan aku sokong Najib dan ia adalah satu tanggung jawab yang berat akan tetapi aku yakin gadingan Najib dengan Muhyiddin adalah gadingan terbaik pada ketika ini kalau hendak dibadingkan dengan pembohong dan peliwat tegar no 1 negara, al juburi tu.

    ReplyDelete
  50. Anon 11.58 PM

    I wrote from memory about Khazanah's 85% Silterra stake. Ok, I was wrong about that and you are right it's 98%. But check here about its $5.2 billion capital reduced to $798 million by lossses as per the Star dated 3/11/2008:

    http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/11/3/nation/20081103215326&sec=nation

    The $1 billion losses you referred to from the Edge is actually specifically $1.51 billion for 2005-2007 only!!

    Silterra was set up in 1995 and not all of that $4 billion losses can be from depreciation and amortisation. Companies like MAS also incur huge capex (billions of $) costs and have to depreciate/amortize these and other costs against profits; ALL companies are required by law to do it. It is a biz cost which would be suicidal to ignore!!

    But if after 15 years of operation, you show humongous losses of $4 billion, then something must be seriously wrong with the management!!

    dpp
    we are all of 1 race, the Human Race

    ReplyDelete
  51. Demi sebuah kebenaran teruskan pembongkaran saudara.tq

    ReplyDelete
  52. najib pun tak betoii..hang cerita apa parpu?!

    ReplyDelete
  53. BERAPA BANYAK LAGI GLC YANG JADI MACAM NI, YA ALLAH SELAMATKANLAH NEGARA KU.

    ReplyDelete
  54. Tuan Parpu, Tolong buat perbongkaran mengenai MIMOS juga!! Semuanya hanya 'Wayang, wayang,dan wayang" di MIMOS (sebuah GLC)

    ReplyDelete
  55. Menjadi kewajipan kita untuk melaporkan kes ini ke info@sprm.gov.my

    ReplyDelete
  56. Aku rasa kena ada satu majlis penasihat GLC yang dilantik di kalangan rakyat Malaysia untuk memantau aktiviti perniagaan GLC supaya tidak berlaku penyelewengan yang merugikan negara.

    Aku sayang negara Malaysia, oleh itu, peneraju GLC yang menyeleweng mesti dikenakan hukuman berat, gantung kalau boleh sebab mensabotaj ekonomi negara.

    ReplyDelete
  57. FUCK LAH .... asyik-asyik nama tu jugak yang timbul. Bangkai dua ekoq ni patut dipenjarakan.

    ReplyDelete
  58. Terima kasih En Blogger, teruskan lagi mencari maklumat2 dan mendedahan kepada hantu2 yg salah guna kuasa,,bagi 2 ekor maluan tu mmg2 cukup cilaka punya hantu. Dr Kamarul is hero..DS Najib is Hero..We tabik spring to all Malaysia Hero...Hidup DS Najib.

    ReplyDelete
  59. Terima kasih En Blogger, teruskan lagi mencari maklumat2 dan mendedahan kepada hantu2 yg salah guna kuasa,,bagi 2 ekor maluan tu mmg2 cukup cilaka punya hantu. Dr Kamarul is hero..DS Najib is Hero..We tabik spring to all Malaysia Hero...Hidup DS Najib.

    ReplyDelete
  60. Kau orang jengok la satu lagi kompeni khazanah nasional - name nue biotropic berhad yang diterajiu oleh orang jerman. kasi lingkup lagi wang rakyat.

    ReplyDelete
  61. macam la hang pandai sangat senang2 kata orang bodoh...Allah amat membenci orang yang suka mengelar seseorang dengan gelaran yang tidak baik

    ReplyDelete
  62. der..aku bru nak start keja hari isnin ni kot..jgn mcm2..waaa

    ReplyDelete
  63. I love silterra

    ReplyDelete
  64. I love silterra

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!