GEMPAR! PESANAN IBRAHIM ALI KEPADA SI KITOL!

Ini adalah petikan ucapan Dato Ibrahim Ali yang telah aku ambil dari Malaysia-Instinct! Memang berapi dan aku sokong statement Presiden Perkasa ini:

“Saya cadangkan kepada kerajaan supaya melantik Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin sebagai wakil tetap negara ke Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf menteri kerana dia sahaja yang faham globalisasi.”

Demikian reaksi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali ketika mengulas kenyataan Khairy yang menyifatkannya sebagai jaguh kampung dan menjadi penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Ibrahim berkata, pertubuhan tersebut sememangnya ‘jaguh kampung’ kerana di kawasan tersebut terdapat ramai orang Melayu dan bumiputera yang memerlukan pembelaan.

Katanya, Perkasa terpaksa memperjuangkan hak kaum pribumi kerana nasib mereka semakin dihimpit apatah lagi Pergerakan Pemuda UMNO yang dipimpin Khairy semakin lesu.

“Saya gembira (dengan kenyataan Khairy) sebab saya memang dibesarkan dengan nyamuk di kampung dan bukannya dilahirkan di Kuwait apatah lagi belajar di Oxford.

“Maka sebab itu nasib orang kampung khususnya Melayu dan bumiputera perlu dibela kerana banyak isu yang dibangkitkan hari ini membabitkan kepentingan bumiputera.

“Perkasa hanya mengisi ruang di atas kegagalan Pemuda UMNO yang semakin lesu di bawah pimpinan Khairy,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Khairy yang mendakwa pendekatan digunakan Perkasa terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia.

Jawapan itu diberikan Khairy ketika ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu.

Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu.

Khairy turut dilaporkan berkata, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

Ibrahim berkata, Khairy tidak perlu menjadi penyibuk kerana apa yang dibangkitkan sebelum ini hanya membabitkan Ka Siong yang mempersoalkan hak bumiputera dalam isu biasiswa.

“Kenapa tiba-tiba dia pertahankan Ka Siong sedangkan jelas pemimpin MCA ini mempertikaikan hak keistimewaan Melayu kerana saya percaya laporan akhbar tidak silap.

“Saya ingin bertanya di mana pendirian Khairy ketika Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar dan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dihentam kerana membela Melayu?,” katanya.

Beliau turut mendakwa Khairy menjadi penyumbang kepada kebencian rakyat terhadap UMNO dan kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

“Apakah Khairy faham konsep 1Malaysia, Perdana Menteri sebelum ini berulang kali menyatakan bahawa konsep tersebut tidak sama dengan gagasan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP kerana 1Malaysia masih di bawah payung Perlembagaan negara,” katanya.

Beliau juga mendakwa mempunyai bukti bahawa ada pelajar Melayu tidak mendapat biasiswa walaupun memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

“Semalam seorang ibu menghubungi saya kerana anaknya, Muhd. Asyraf Fahmi Abdul Razak dari Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu yang mendapat 12A tidak mendapat biasiswa untuk ditempatkan ke universiti yang lebih baik.

“Saya akan membawa kes ini mengikut prosedur tetapi sekiranya pelajar ini tidak diberikan biasiswa saya akan memulakan langkah untuk menyaman kerajaan,” katanya.

Tepat dan pedas sekali kenyataan Dato Ibrahim Ali ini. Si Kitol masih tak sedar diri lagi! Sudah sampai masanya si Kitol dinyahkan dari UMNO!

20 Responses to "GEMPAR! PESANAN IBRAHIM ALI KEPADA SI KITOL!"

  1. jgn dengar cakap peminum arak mcm KJ.dia tu melayu atas nama jer.jiwa ntah bangsa apa.budak yg dibesarkan dlm keluarga kaya,anak duta,tak boleh pakai.org mcm ni tak tau masaalah rakyat golongan miskin.dia ni cuma tau tunjuk lagak jer.buat kali yg tah keberapa aku tegaskan yg si KJ ni hanya layak duduk dlm PKR jer.muka mcm dia ni cuma anwar+zaid ibrahim jer yg boleh jadi kawan.wahai rakyat rembau,PRU-13 nanti tolong jgn undi mangkok ni.selagi hantu sekor ni berkeliaran dlm UMNO,selagi tu la UMNO ni tak selamat.

    ReplyDelete
  2. Kj layak ke dijadikan wakil malaysia ke PBB??? buat memalukan negara aje.. wakil paklah boleh la..tolong hantar passport pada anuar

    Kj patutnye disuruh letak jawatan ketua pemuda..bagi kepada yang betul2 layak..jika tak ada calon,biar jawatan tu kosong sampai ada pemuda melayu yang betul2 sanggup memperjuang bangsanya..

    Kj lahir di kuwait,sepatutnya jadi ketua pemuda kat kuwait saja lah..

    ReplyDelete
  3. Padan muka KJ si lembu Anwar Al Jub. Kena sebijik dengan Tok Him.

    Muahahahahaa anak orang kenamaan macam KJ ni mana pernah hidup susah dan merasai apa yang dirasai oleh orang kampung?

    ReplyDelete
  4. Penyokong Pemuda UMNO yang gelap mata sokong Si Kitol ni. Nasiblah Pemuda UMNO??? Rasakan Si Kitol. Tahniah Ibrahim Ali Hidup PERKASA

    ReplyDelete
  5. say no to KJ...geli geleman aku tengok dia ni..taunya asyik main twitter...itu laa tafsiran globalisasi dia..main twitter je keje..buka nak bela hak melayu pon...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

    Kami di Unit Media Permatang Pauh selama ini hanya berpeluang membaca dan juga memberi komen ke blog Tuan. Blog Tuan telah banyak memberi info dan juga penerangan berguna buat kami terutamanya tentang putarbelit pembangkang.

    Hari ini, Unit Media Permatang Pauh telah menyahut seruan DS Najib untuk memperkuatkan lagi serangan terhadap pembangkang didalam ruang maya. Dan kami dengan rendah dirinya mohon ingin bersama Tuan serta para bloggers pro kerajaan lainnya berrganding bahu didalam usaha ini.

    Kami telah linkkan blog Tuan ke list kami dan kami harap Tuan sudi linkkan blog picisan kami ini ke list tuan juga. Diharap, kami yang masih baru ini akan mendapat tunjuk ajar dari pihak Tuan. Semoga perjuangan kita diberkati.

    Jutaan terima kasih dari Unit Media Permatang Pauh.

    ReplyDelete
  7. Apa nak buat ada Kaldai UMNO yang sokong dan undi dia untuk Ketua Pemuda......

    Penyokong2 yang bertaraf HARAMJADAH !
    yang sanggup MENGKHIANATI bangsa dengan cuma sedikit suapan HARAM..!!
    termasuklah J/Kuasa Tatatertib UMNO yang tua2 nak mampos tu...!!

    Aku sokong Teguran Datok Ibrahim Ali..HIDUP PERKASA!!!

    ReplyDelete
  8. orang2 macam KJ ni la antara agen kebencian rakyat pada Umno , gara2 perangai sekor monyet macam KJ Umno jadi mangsa ,
    orang2 macam KJ tdk layak diberi kedudukan , dia ni lahir dan besar luar negara , tak faham hati budi dan mana sensitif mana tdk orang melayu , KJ naik jadi KP hari tu kira nasib je , pak mertua dia ada sebagai anak tangga tempat berpijak melompat naik atas ,

    setuju dgn tindakan Ds Najib , Kj ni sangat tak layak jadi timbalan menteri , apa lagi sebagai menteri penuh , tuii ..

    pemlihan akan datang , Kj mesti ditolak , pemuda lesu ditangan KJ , tengoklah apa jadi dengan pemuda Umno , dah jadi PEMONDAN ...penakut , bapuk ,

    sokong PERKASA , sokong Ibrahim Ali , tahniah Datuk ,teruskan perjuangan , peduli apa KJ simonyet bakau tu ,

    Kj tdk diperlukan dalam Umno , Kj tdk diperlukan sebagai ketua pemuda , boleh blahlah KJ ..

    ReplyDelete
  9. pemilihan akan datang , pastikan KJ ditolak , tolak KJ ..tolak KJ !!

    Kj ni lesu , pemuda hancur Kj jadi KP , hilang taring hilang imej , entah apa dibuat ...cuma tahu minta naik pangkat , minta jawatan , kerja ? hancurrr ...

    ketua2 pemuda negeri lantikan KJ , kebanyakan hampas belaka , lesu dan tido tido tido..habuk pun tarak ,dorang tu pun patut kena ganti jugak ,

    ReplyDelete
  10. Kalau zaman Pak Lah berkuasa Pak Berahim dah kena.KJ boleh balik mengadu dengan Pak Dolah apakan daya sekarang Pak Dolah dah takdak
    kuasa ,kesian Khairi nampaknya kena balik mengadu dan menangis kat omak....adeh..adeh..adehh..

    ReplyDelete
  11. Tang boikot undi KJ dalam PRU13 tu aku tak setuju. Kalau rezeki dicalunkan lagi itu adalah percaturan PM/Pengerusi BN/Presiden UMNO.

    Yang penting kalau tak nak dia dicalunkan lagi, jangan pilih dia sebagai Ketua Pemuda. Kalau dah jadi Ketua Pemuda bermakna percaturan Pemuda sendiri dan PM perlu menimbangkan pencalunan dia dalam PRU13. Jangan bagi PM pening kepala dan serba-salah.

    Jangan perjudikan nasib rakyat dalam PRU. Mana-mana pemimpin yang gagal menyerlah, turunkan dalam pemilihan parti bukan dalam Pilihanraya.

    ReplyDelete
  12. aku cadangkan anugerah pengkhianat melayu no. 1 bagi kat nuar dan no.2 bagi kat khairi..
    si Khairi ni sesuai jadi ketua pemuda untuk mat-mat bangla yang kerja kat malaysia je.. Habis umno dijahanamkan oleh mamat ni..

    ReplyDelete
  13. hahhh...apa tunggu lagi wahai pemuda umno...
    tendang saja sikitol dr ketua pemuda..

    ReplyDelete
  14. Salam Bro,
    KJ tau apa?? Org Cina dah tak sokong BN sejak KJ belom dilahirkan lagi didunia ini..Cuma pada waktu tu depa (cina ) tu tak tunjuk saja. Sekarang baru tunjuk belang ( sokong DAP ) tapi kita Melayu masih dok lena...balik Oxpod konon...pirah....

    ReplyDelete
  15. SI KITOL menyuruh orang jgn berangan & syok sendiri..

    Padahal dialah orang yg paling berangan..tak soda diri..bawak kurap dlm kerajaan..bail out..Malaysia

    askar Kitol:
    Omar Ong, Musang Hitam, wahid Omar, Che Khalib, Pardas, Kali-Raja Petai, Idris Jala, Agusta, Fernandez, Hospital Pantat, Silteraa...dll..

    Usaha bertahun orang2 bijak pandai dirugikan sekelip mata..oleh penyangak muda yg manja,bongok, ego besar, tiada karisma.

    Projek besar2an menghutangkan Malaysia..Dan Dibayar Lee Kwan Yew..

    (zahid hamidi..mengeluarkan kebodohan pertahanan negara, ini agaknya lagi satu MUSANG BERBULU AYAM)..Pertahanan bocor, negara bocor.

    ReplyDelete
  16. Kj masih tak faham-faham tugas sebagai KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA. Sewajarnya dia tidak di pilih lagi pada pemilihan akan datang. Tapi pemilihan lepas pun dia bukanlah pilihan sebenar perwakilan akar umbi, (kiraan pencalonan dari bahagian), tetapi kenapa eek, dia tetiba menang jawatan ketua pemuda malaysia nie? soalan yang belum ada jawapan rasmi....

    ReplyDelete
  17. Harap perwakilan pemuda umno bhg temerloh pulaukan mesyuarat agungnya pada 3/7/10 ni kerana perasmi adalah KJ yg perasan dia ketua pemuda BN bukan ketua pemuda UMNO.pemuda umno temerloh pulak kenapa jemput org yg tak membantu umno sebagai perasmi apakah kp umno temerloh juga pencacai kj patut la pemuda umno temerloh lesu dan tak faham agenda umno yg membela bangsa agama dan tanahair.kalau kp dah tak berpandu pada agenda tersebut baik letak jawatan.

    ReplyDelete
  18. KJ ni umat telor kecik... selalu mahluk beginilah yang tak tau jerih perih org kampung...bodo & cakap sombong.....kenyataan "jaguh kampung" pd org melayu akan tersemat dlm hati org melayu..... hang dah buat silap besar....terima kasih Tok Him atas perjuangan anda Bravo ... Dato next strategy .... jadikan KPI Perkasa....100% belia melayu daftar & mengundi next PPRU 13....dengar cina penduduk 27% tp kuasa undi 30%.....pengundi melayu tapkpalah depa nak undi umno & pas janji melayu...boleh la pecaya burok2 pun.... melayu....MCA ni kasi ajar sikit next PRU 13 org melayu melayu oi....jgn todo mcm pak lah

    ReplyDelete
  19. aku baca semua (ya semua) comment di atas kutuk KJ. Tak ada satu pun sokong dia


    Kalau aku jadi dia...elok resign aja lah main dengan ipod dan pak lah di rumah

    Sedih, sot..sot...sot

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!