GEMPAR! APA BN MEMANG TAK NAK MENANG UNTUK PRU YANG AKAN DATANG KE?

NI apa cerita ni? Macamana pihak Universiti Malaya tidak sedar ke ada pihak yang menjemput penipu no. 1 si Barry Wain ke Universiti untuk berjumpa dengan pelajar?

Pada petang Khamis Mei 27hb, Terence Gomez telah mengadakan satu Forum di Fakulti Universiti Malaya dan menjemput Barry Wain penulis buku mengenai Dr Mahathir. Selain dari Barry Wain, lain yang dijemput adalah Dr Wan Zawawi, Anthropologist sosialist ATMA, UKM dan pelajar Phd Cina, Ong Kian Meng.

Ketiga-tiga mereka menggunakan Forum yang dipenhi oleh 90% penuntut bukan Melayu untuk menghentam dan memalukan Tun dr Mahathir, UMNO, dan orang Melayu atas alasan menganalisa buku Barry Wain.

hadirin yang 400 orang adalah 90% bukan Melayu. Serangan yang dilakukan adalah tidak objektif tetapi berdasarkan serangan peribadi. Sungguh tidak intelektiual. Untuk bacaan selanjutnya, klik sini

Ada lagi baca kat bawah ni:

Majlis Perundingan Melayu (MPM) kesal dengan tindakan pengurusan Universiti Malaya (UM) yang membenarkan kampus itu dijadikan lokasi penganjuran syarahan umum bagi mengaibkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Setiausahanya. Dr. Hasan Mad berkata, majlis itu yang pada asalnya bertujuan membincangkan buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times karya Barry Wain telah dijadikan medan untuk menghentam Dr. Mahathir, UMNO dan orang Melayu.

''Nampaknya Naib Canselor (Datuk Dr. Ghauth Jasmon) bersikap liberal untuk membenarkan UM dijadikan platform bagi mengejek kepimpinan Melayu dengan berselindung di sebalik usaha-usaha bagi menggalakkan pemikiran terbuka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Untuk selanjutnya klik sini

Nampaknya Menteri Pengajian Tinggi ni memang tak efektif lngsung, kasi bikin habis beras je si Khaled Nordin ni, aku tau la Khaled kau tak suka Tun M, tapi tak payah jadi paria macam ni dan dengan sengaja merosakkan minda anak-anak muda!

Sepatutnya kalau dah terlanjur kau nak malukan Tun M, patut kau suru je si Barry Wine ni cerita pasal kehilangan duit Petronas bernila RM270 Billion dalam masa 5 tahun pemerintahan manusia yang kau sayang iaitu Tun Dol al Bebali tu! Baru adil, kau memang nak sabotaj DS Najib ke Khaled?

Takkan la kau tak tau yang mereka dah merancang untuk buat sesuatu yang besar macam ni? Khairy suruh kau buat benda ni ke Khaled? Aku harap sangat yang nama kau akan digugurkan dari 'CABINET RESHUFFLEMENT' nanti! kau memang tak layak duduk di Kementerian Pengajian Tinggi malah kau langsung tak layak duduk kat mana-mana kementerian pun!

Itu pasal kadang-kadang aku terfikir, ada sesetengah pihak memang mahu BN terkubur dalam PRU akan datang, jadi DS Najib kena berhati-hati dengan orang sekeliling beliau! Masa semakin suntuk dan orang-orang seperti Khaled ni memang kena digugurkan dengan kadar yang segera!

Klik sini untuk senarai nama-nama Menteri dan Timbalan Menteri yang wajib digugurkan!

8 Responses to "GEMPAR! APA BN MEMANG TAK NAK MENANG UNTUK PRU YANG AKAN DATANG KE?"

  1. Kalau semua nak digugurkan, sapalah lagi menteri yang tinggal parpu!...

    ReplyDelete
  2. Khaled Nordin & timbalanya patut digugurkan dari kabinet Najib kerana membenar ukm digunakan utk memburukan Tun Mahathir.

    ReplyDelete
  3. Parpu, kau ajelah yang layak!

    ReplyDelete
  4. KENYATAAN AKHBAR
    YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI
    DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
    ISU SYARAHAN BARRY WAIN,
    PENULIS BUKU MALAYSIAN MAVERICK IN TURBULENT TIMES,
    DI UNIVERSITI MALAYA (UM)

    31 MEI 2010.


    Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berpandangan bahawa universiti mempunyai kuasa untuk memutus dan menganjurkan program-program dalam kampus atas budi bicara Naib Canselor.

    Seseorang Naib Canselor sebenarnya boleh menilai kewajaran sesuatu program itu dianjurkan. Begitu juga dalam hal penganjuran program berbentuk syarahan di mana universiti tidak perlu merujuk kepada kementerian.

    Berkaitan isu penganjuran program syarahan Barry Wain, penulis buku Malaysian Maverick in Turbulent Times, kementerian beranggapan bahawa universiti mempunyai kebijaksanaan dan pertimbangan yang wajar untuk membenarkan program tersebut diadakan di universiti.

    Sekiranya benar syarahan tersebut dilaksanakan mempunyai motif dan tujuan tertentu untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin terutamanya seorang negarawan yang mempunyai banyak jasa kepada pembangunan negara, pihak kementerian melihat ia adalah satu tindakan yang tidak wajar dan bertentangan dengan budaya, amalan dan norma akademik yang berasaskan keilmuan dan kebenaran.

    Memandangkan aktiviti keilmuan termasuk syarahan dan forum ini akan sentiasa berlaku (dianjurkan) di universiti, pihak universiti hendaklah menyediakan garis panduan dan tatacara yang jelas supaya program-program berbentuk akademik yang hendak dianjurkan tidak lari daripada matlamat asalnya apatah lagi menjadikannya platform untuk agenda bagi individu-individu tertentu.

    Hal ini penting supaya kebebasan akademik (academic freedom) yang dimiliki oleh universiti tidak disalah gunakan bagi mereka yang berkepentingan.

    Dalam isu berkaitan juga, pihak kementerian telah mengarahkan pihak Universiti Malaya (UM) menyediakan laporan terperinci mengenai penganjuran syarahan berkenaan.

    ReplyDelete
  5. kenapa nak salahkan khaled nordin?

    salahkan lah vc um. dia ada kat um.

    mcm lah khaled tu tuhan boleh kesana sini setiap masa.

    aparaaa..

    ReplyDelete
  6. Salam Parpukari,

    Apa yang kita tahu ia lah:

    Mahathir - RM 100 Billion - 22 tahun.

    Pak Lah - RM 270 Billion - 5 tahun !

    Akan tetapi, takde la pula orang nak suruh buat 'Royal Commission' tau tulis buku tau cakap2 kat U pasal Pak Lah pulak ! Tersangat mengherankan !

    ReplyDelete
  7. Pelik kan Jon Pour? Mungkin ramai yang dapat bahagian depa kot?

    ReplyDelete
  8. Letaklah Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir dan mereka yang low profile tapi buat kerja.

    Bukan yang high profile tapi habuk pun tarak.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!