CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Friday, April 30, 2010

PESANAN IBU AMINULRASHID KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA! WAJIB DITONTON

video

Semalam aku bersama-sama Ketua Wira Perkasa Malaysia iaitu Encik Arman serta beberapa sahabat yang lain telah melawat ke rumah Allahyarham adik Aminul Rashid, kami sempat bertemu dengan ibu arwah dan itulah pesanan yang telah diberikan oleh Ibu arwah Aminul supaya disebarkan kepada seluruh Rakyat Malaysia!

Beliau telah meminta supaya isu kematian anak belaiau tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak dan beliau juga telah meminta supaya nama anaknya jangan dibersihkan, ibu arwah Aminul juga amat kesal dengan laporan akhbar Kosmo yang menggelar anaknya sebagai Penjenayah!

Di atas ini adalah gambar terbaru arwah AminulRashid sebelum dia meninggal dunia, adik Aminul berbaju kuning, baju yang sama dipakai oleh arwah sewaktu dia terbunuh akibat tembakan, sebak sungguh hati kami semua semasa mengunjungi ibu arwah semalam!

Apa yang kami harapkan ialah supaya nama arwah adik Aminul ini dapat dibersihkan kerana dia bukan seorang penjenayah dan kami juga harap supaya akhbar Kosmo untuk meminta maaf kepada keluarga si arwah di atas laporan yang tidak tepat itu!

Kami juga berharap, agar penyiasatan kes ini dijalankan dengan secara yang telus dan adil, tidak kira apa saja keputusannya, kami sebagai rakyat Malaysia ingin tahu apakah sebenar yang terjadi, juga dikesempatan ini, kami nak mintak supaya tidak ada mana-mana pihak yang membuat fitnah terhadap keluarga arwah Aminulrashid ini.

Lagi sekali kami nak minta kepada semua rakyat Malaysia, jangan dipolitikkan isu ini, siasatan sedang dijalankan dan biarlah pihak yang bertanggungjawab melakukan tugas mereka, tak payah ada sesiapa yang cuba nak jadi 'SHERLOCK HOLMES' ya! Ini ada sedikit pesanan dari Ketua Polis Negara

Sekian. Terima Kasih

25 comments:

  1. marilah kita sama 2 berdoa semoga kes ini dapat diadili dgn sempurna

    ReplyDelete
  2. Bro,

    Nak ckp Arwah penjenayah, berat tuduhan tu.

    Nyata, ada undang2 yang telah dilanggar. This are FACTS.
    1.Underage bwk kereta
    2.Gerak laku seakan nak mencederakan penjawat awam - polis.

    If things persists to go this way among us:

    1.bubar saja polis laaa. biar saja penjenayah bwk keta simpang siur atas jalan. mana tau dlm keta tu budak 10 tahun kot!!?? ha ha ha. so x leh tembak.

    2.Sama la penyangak/perompak umah pong x leh tembak. mana tau,dlm gelap, bdn je besaq tp sebenaqnya budak umur 10 tahun kot!?muahahahah


    haru beb

    ReplyDelete
  3. Yang Politikkan isu ini adalah Pihak Pembangkang..sebab mereka dah kehabisan modal.

    Kalau ada jadi ibu Arwah, bagi pelempang kat muka dia orang tu.

    ReplyDelete
  4. Tahniah pk kerana melawat ibu aminulrashid. Teruskan usaha cari keadilan untuk Aninulrashid. Moga Allah bantu saudara.

    Kita berbeza pandangan politik tapi kita juga manusia biasa yang mahukan kehidupan lebih baik dan adil di muka bumi ini.

    Nyawa manusia adalah hak Allah. Bukan hak kita untuk mengambil nyawa manusia yang lain dgan sewenang-wenangnya.

    Tahniah sekali lagi parpu..

    ReplyDelete
  5. Alfatihah buat arwah. Aku turut rakamkan takziah dan simpati kepada ahli keluarga arwah. Kepada yang masih hidup jangan sesekali benarkan adik/anak anda memandu kereta tanpa lesen yang sah lebih-lebih lagi diwaktu malam kerana tindakan tersebut mampu mencetuskan suasana atau keadaan yang tidak diingini. Andai keluarga arwah tidak membenarkan sama sekali arwah memnadu kereta tersebut nescaya perkara ini tidak akan berlaku. Kalau kita tak sayangkan keluarga kita siapa lagi! Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tak berguna. Pihak polis, pada mata kasar kita lihat melakukan tindakan yang tidak sewajarnya dengan menembak mati arwah. Tetapi cuba anda letakkan diri anda di tempat polis tersebut, ketika orang lain sedang tidur dengan aman, polis masih bertugas memastikan anda tidur tanpa gangguan dan apabila terserempak dengan keadaan yang mencurigakan pada jam 2 pagi. Apatah lagi apabila kenderaan tersebut ditahan masih enggan berhenti hingga memaksa polis mengambil tindakan untuk memberhentikan kenderaan tersebut yang tidak diketahui pemandunya, apa barang yang dibawa atau apa tujuan sebenar pemandu. Apabila berlaku keadaan 50-50 sebegini tindakan yang wajar perlu diambil. Apa yang dikesalkan tindakan arwah yang masih enggan berhenti yang saya percaya kerana ketakutan tidak memiliki lesen memandu dan pertama kali menghadapi situasi ditahan polis yang pastinya saya sendiri pasti menggelabah walaupun cukup segala dokumen. Bayangkan pula jika kereta yang ditahan benar-benar dipandu penjenayah bersenjata yang mampu meragut nyawa sesiapa sahaja dan apabila ditahan polis akan melepaskan tembakan kepada polis hingga menyebabkan kematian. Siapa yang akan ambil peduli tentang nasib polis yang terkorban dan ahli keluarganya? Masyarakat pasti menjawab; dah memang tugas polis untuk mati ditembak! Siapakah ahli politik yang akan menjenguk keluarga si mati dan menghulurkan bantuan? Adakah ahli politik yang akan membawa isu kematian polis ini untuk pendengaran dewan rakyat atau dewan negara? Fikir-fikirkanlah dan pastikan diri kita sentiasa mengikut undang-undang negara dan jagalah ahli keluarga kita sebaik-baiknya kalau kita benar2 sayang kan mereka. Tiada sebab untuk seorang pelajar berumur 15 tahun memandu kereta pada malam hari untuk menonton perlawanann bolasepak. Dimana ahli keluarga yang menyayangi mereka? Mudah-mudahan kes ini akan menjadi tauladan kepada yang masih hidup. Maaf kalau kenyataan saya ini menyinggung banyak pihak.

    -Anak polis yang terkorban-

    ReplyDelete
  6. Saya simpati dgn nasib anak malang ini tapi apa sebenarnya ibu arwah mahukan? Mahu menghukum polis yg menembak anaknya atau membersihkan nama anaknya yg melanggar undang2.

    Jenayah bermaksud kesalahan melanggar undang2. Penyenayah pula bermaksud orang yang melanggar undang2.

    ReplyDelete
  7. Muse Hassan & kepimpinan PDRM harus bertanggungjawab atas kecuaian anggota bawahan...... Sila LETAK JAWATAN SEGERA...

    -Amat Memalukan KPN terus menuduh mangsa sebagai penjenayah....
    -AMAT MEMALUKAN KPN mempertahankan tindakan bahawa mangsa bersenjata.
    -AMAT MEMALUKAN KPN mengeluarkan kenyataan mahu undur pasukan dari kerja rondaan malam...

    inikah sikap KETUA POLIS NEGARA yang kita mahukan. banyak kes tembak salah dah berlaku.. sebalik warga negara asing PATI yg lari tak kene tembak. rakyat yang tak tau ape yg kene tembak...

    SILA LETAK JAWATAN SEGERA, MUSA HASSAN TAK LAYAK DUDUK DI KERUSI KPN... contohi sikap pemimpin kebanyakan negara luar yg AMBIL TGGJAWAB sekalipun kelalaian itu dilakukan org bawahan.

    ReplyDelete
  8. gila sungguh komen dari PolisDirajaMalaysia ituh. Tulis tak pikir.

    ReplyDelete
  9. Bro,

    Boleh bagi link utk video tu tak? Aku takleh nak share dari blog ko sebab blog ni pun pro-politik. Kalau boleh nak share statement ibu arwah supaya semua org hormat request ibu dia.

    ReplyDelete
  10. Saya rasa hairan mengapa ibunya beri anaknya berumor 15 tahun keluar malam buta. Tak kira lah tengok bola ke apa ke. Budak tu memandu tanpa lesen, dia mengelabah melihat ada sekatan polis malam kematiannya. Dia lari. Jadi rasa2 polis bertugas berfikiran apa. Malam pula, tak nampak yang lari tu budak ke bapak budak. So happen yang terjadi berlaku kepada manusia berumor 15 tahun, kalau orang tua lagi darinya, tidak jadi kecoh gini kot. Kekadang2 emak-bapak ingat anak2 mereka malaikat (angels). Apa anak2 mereka buat yang tidak senonoh bukan didepan emak-bapak dia orang. Apa anak2 cakap, main percaya aje dan salahkan anak orang lain pula. Tahu lah, anak2 buah saya ramai. Kalau cerita pada kakak tak percaya yang anak dia dok beli dadah dan penghisap. Niaga di rumah nenek saya pulak tu. Last kena tangkap ditempat lain, tak ke haru-biru dibuatnya. Anak cakap tak buat ibu percaya, tapi di belakang tangga rumah nenek saya tu lah dok teyeh tengkak tu dengan dadah.
    Dalam kes ini biar polis buat siasatan sendiri mana yang tak betol kita boleh bagitau baik2.
    Alfatihah.

    ReplyDelete
  11. Salam Bro,

    Kenapa salahkan Musa Hassan?

    Apakah mungkin Musa Hassan mengawasi semua tindak-tanduk semua polis di Malaysia ini?

    Polis di Malaysia sudah diberikan latihan di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

    Takkan perlukan pemantauan ketua lagi?

    Setiap kita ini bertindak mengikut keadaan tertentu.

    Bukan semuanya hanya melalui teori.

    Mangkuk hayun ko yang suruh Musa Hassan berhenti.

    PolisRajaDiMalaysia, boleh jalanlah ko tu.

    Apa ko sakit hati sebab Musa Hassan tu ke yang mengendalikan siasatan kes liwat Al Jub yang pertama dulu?

    Bodoh!

    pemimpin bodoh menyusahkan negara klik sini

    ReplyDelete
  12. Hahahahaha, Polis Raja DiMalaysia memang pukimak. Patut engkau aje yang jadi polis ni sial. Kau berjagalah 24 jam untuk kasi orang aman sejahtera. Anak haram, tak mengenang budi, kau beranak mak bapak engkau pegi report kat balai polis tau, kau mampus pun nanti polis tolong angkat mayat kau pegi hospital lepas tu kasi permit nak tanamkan kau dalam lubang kubur tu. kau ada peluang mengutuk polis pun pasal negara aman polis jaga. aku setuju Musa hasan letak jawatan lepas tu suruhlah bapak kau jadi KPN, baru puas hati kau. Mudah-mudahan nanti Allah tunjukkan hidayat kat kau bila rumah kau kene rompak, keluarga kau kene sembelih perompak ke , kene rogol ke lepas tu kau mintak tolong kat Aljuburi untuk siasat kes kau! Bodoh, cakap tak pikir.

    ReplyDelete
  13. minta laluan...
    anon 3.59...jgn tahu memaki polis saja. kamu hidup aman dan tenang pun kerana polis menjaga keamanan supaya kamu boleh tdo lena sampai bersiul bontot kamu.
    sedap mulut kau bercakap. apa yg kau tahu tugas polis yg berkhidmat tanpa kira waktu? tanya diri kau, apa kau buat..bakti kau utk amankn negara? mulut sedap ckp.
    kau pernah fikir anak yg x sepatutnya dibenarkn memandu diberi kereta. dh tu anak nk periksa diajar menyalahi undang2. knp kau tak maki mak n kak2 arwah yg menyebabkn perkara tu berlaku? letak diri kau di tempat polis...org yg memandu laju , tak nk berhenti jam 2 pg...mau kau pegi dekat tanya baik2..? jgn chong le kau akan buat mcm tu..awas bahasa kau...jgn ckp sedap mulut maki polis sesedap mulut kau ya...

    ReplyDelete
  14. Anon 4:18: Tolonglah baca betul2 komen ye. Anon 3:59 mane ade maki polis. Dia maki Polis Raja DiMalaysia yang pukimak tu.

    ReplyDelete
  15. anon 4:18,

    ko tersilap marah orang ni..
    kesian anon 3:59
    anyway aku suka komen anak polis terkorban tu..

    ReplyDelete
  16. Anon 4:18: Tolonglah baca betul2 komen tu. Anon 3:59 mane ade maki polis. Dia maki pengomen yg guna NICK Polis Raja DiMalaysia yang pukimak tu.

    c&p

    ReplyDelete
  17. pukul 2 pagi, umur 15 bawak kereta.. dimanakah ibubapa budak ni atau kenapa makbapak budak tu mengizinkan budak yg baik ini keluar malam2 buta memandu tanpa lesen?..musykilla..
    kecuaian pdrm atau kecuaian ibubapa?

    ReplyDelete
  18. anon 4:18..ko nak komen ko baca betul2 dulu..jgn men blasah jer..mangkuk bertingkat..lain kali nak menyampuk balajar bg salam dulu..ini la akibatnya serang org x pakai helmet...kan dah kena maki..bangang tul..

    ReplyDelete
  19. humen eror, semua org yg resional boleh faham, xpi pembangkang tahu org2 kampung yg kurang pelajaran dan pakcik2 yg membaca kitab Harakah akan mudah naik angin bila mendengar cerita begini, diaorg tahu salah tapi tetap juga menyebarkan dakyah kerana mereka tahu masih ramai lagi bangang2
    kat luar sana tu yg boleh dikelentong

    ReplyDelete
  20. Polis raja d malaysia???? Bukan patut polis diraja malaysia????


    Anyway, knp ko agak KPN ckp macam tu eh??die manusia tu la psall? Berhadapan dgn org bangang mcm kau???ko dok mana ehhh? Biar polis kwsn ko semua OfFDUTY n cutiiii

    ReplyDelete
  21. !) anak baru berusia 15 tahun (kalau bersekolah..dalam Tkt 3)
    2) lesen pemandu sah tak ada..
    3) memandu jam 2 pagi
    4) siapa punya kereta proton iswara..??
    5) mengapa langgar sekatan Polis..???
    6) dah berhenti..tapi undur dan nak langgar Polis lagi sekali...

    mak bapa/penjaga budak ni patut masuk lokap kerana membiarkan anak berkeliaran jam 2 pagi...

    ReplyDelete
  22. Pengunjung laman House PK yang buat komen disini, diucapkan tahniah. Keseluruhan nya telah membuat komen yang matang serta memahami tugas polis. Mengambil kira situasi dan waktu kejadian. Cara operandis penjenayah masa kini. Tahniah juga komen-komen semua tidak mengambil kira fahaman politik, bangsa, dsbnya.

    Biar kita terus matang , hindarkan diri dari diprovokasi. Kit Siang dah tua tapi pemikiran ? MB jadi pemimpin Negeri tapi tindakan nya ? Rakyat terbanyak pula lebih bijak menghadapi keadaan.

    Tahniah

    ReplyDelete
  23. Kepada semua.. tukang bagi komen blogger- PolisRajaDiMalaysia ni memang spesis sama dgn Stratus 14 je.. pandai bising tapi takde tindakan.....



    Weh... Stratus 14!!!

    Mana no telefon kau????

    Dah seharian aku tunggu.

    Aku baca kat laman GAP pun ada org mintak nombor kau.

    Dah la kau tak nak jadi polis.. bagi komen yg tak hapa2lak tu.At least appreciate la sikit apa org buat.Sikit hormat pun takde.

    Jangan lupa pesanan aku kat kau.

    Tak sabar kitaorang nak post.
    Senang kalau ada penjenayah ke penyamun ke... kitaorang nak contact kau.

    Ramai yg dah tunggu terutamanya aku, dan member2 aku yg baca komen kau tu.

    Selalunya kau ni muncul dimana2 aja.. setiap hari lak tu. Ni apesal ko senyap?

    Kau jgn lupa siarkan nombor kau

    Aku nak nombor telefon, bukan nombor kuda.. aku tak main judi lumba kuda, ok..

    -Anon 2.10-

    P/s: Aku pikir PolisRajaDiMalaysia pun patut siarkan nombor contact dia kat sini

    ReplyDelete
  24. Salam..

    kepada antiKJ..ko ni mentaliti kelas bawah...

    memang logik KPN kena letak jawatan..ada ke ko kata lepas dh bg latihan seseorang ketua x perlu jaga ank buah...apa punya kelas ko punya IQ...

    Logik..KPN PERLU LETAK JAWATAN..

    ReplyDelete
  25. Hmm KPN perlu letak jawatan..

    Dan calon2 yg akan menggantikan beliau adalah:

    1. Tukang bagi komen- Polis Raja Di Malaysia.
    2. Anon May 2,6.12 pm

    Mari kita tgk.. diorang ni berkaliber ke tak.

    Jgn lagi teruk sudah.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!