PERKASA YANG MEMPERKASAKAN MELAYU!


PERKASA pimpinan Dato Ibrahim Ali nampaknya boleh diharap. Kalau dilihat dari apa yang telah dan sedang diperjuangkan oleh PERKASA, mirip kepada apa yang telah diperjuangkan oleh Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak.

Hakikatnya, apa yang di bawa oleh perkasa hari ini sebenarnya itulah perjuangan sebenar UMNO seperti mana yang telah dipelopori oleh pejuang terdahulu. Kalau golongan muda ingin lihat bagaimana perjuangan UMNO dulu-dulu, lihatlah apa yang diperjuangkan oleh PERKASA pada hari ini. Itulah gambarannya.

Gambaran perjuangan itulah yang pernah membuatkan hampir keseluruhan orang Melayu bergabung di bawah 1 panji-panji, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Walau pun UMNO telah melalui pelbagai krisis dan perpecahan, tapi orang Melayu masih tetap berdiri teguh di belakang UMNO. Orang Melayu sangat berpendirian tegas terhadap sebarang kepentingan yang melibatkan alif ba ta.

Prinsip dan idealisma perjuangan yang telah dibawa oleh para awwallin UMNO diterima bulat oleh hampir sebahagian besar orang melayu ketika itu adalah kerana apa yang dibawa oleh UMNO benar-benar menepati naluri, isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka sebagai bangsa Melayu.

UMNO disokong oleh orang Melayu kerana prinsip perjuangannya dan bukan kerana namanya UMNO. . Itu yang menjadi faktor terpenting kenapa UMNO telah disokong dengan kuat oleh orang Melayu, walau pun UMNO pernah mati dan terbelah dua berkali-kali.

Sokongan orang Melayu terhadap UMNO juga tidak kena-mengena dengan individu pemimpin. Orang Melayu lebih sanggup meninggalkan pemimpin yang mereka sayangi daripada meninggalkan prinsip perjuangannya. Mereka masih bersama UMNO kerana mereka yakin perjuangan orang Melayu hanya mampu diperjuangkan oleh UMNO dan mereka melihat UMNO masih memperjuangkannya.

Sebenarnya sokongan orang Melayu kepada UMNO bukanlah sokongan yang membabi buta. Mereka menyokong UMNO kerana naluri , isi hati, aspirasi dan cita-cita mereka seiring dengan perjuangan alif ba ta yang mana secara kebetulan selari dengan apa yang dibawa oleh UMNO.
Itulah tabiat dan feqli orang Melayu yang masih punya jati diri sebagai bangsa Melayu.

Jika UMNO tidak disokong lagi oleh orang Melayu, sudah tentu ada sebab penting yang telah menyumbang kepada penolakan orang Melayu terhadap UMNO.

Ada 3 kemungkinan yang menyebabkan UMNO tidak disokong;
1. Jatidiri orang Melayu sendiri yang sudah berubah;
2. Perjuangan UMNO yang sudah tidak selari dengan jatidiri orang Melayu; atau
3. Para pemimpin UMNO sendiri sudah tidak punya isi hati, aspirasi dan cita-cita yang seiring dengan apa yang diperjuangkan oleh UMNO.

Mustahil mereka meninggalkan UMNO disebabkan mereka tidak lagi mempunyai naluri perjuangan yang berteraskan alif ba ta.

Apa yang pasti, naluri itu adalah sesuatu yang semula jadi. Tidak mungkin naluri Melayu sudah menjadi tidak Melayu lagi.

Mesti ada sesuatu yang tidak kena kepada perjuangan UMNO hingga menyebabkan orang Melayu tidak lagi segan silu meninggalkan UMNO. Mesti ada sesuatu yang menyebabkan orang Melayu sampai sanggup menyokong DAP.

Tidak mungkin orang Melayu benci kepada perjuangan alif ba ta kerana alif ba ta adalah naluri semula jadi setiap orang yang bernama Melayu.

Jika dilihat dari perlembagaan UMNO, tidak ada salahnya dengan perjuangan UMNO. Jadi di mana silapnya?

Mungkin beberapa kesimpulan secara akademik boleh dibuat terhadap senario ini.

1. Jika UMNO kekal dengan perjuangan yang berteraskan kepada naluri dan aspirasi bangsa Melayu, maka, UMNO akan tetap kekal disokong oleh orang Melayu, walau siapa pun yang memimpin UMNO.

2. Jika perjuangan UMNO lari dari garis panduan ini, tidak menjadi kehairanan kepada kita, hari ini orang Melayu berfikiran mereka tidak kisah lagi sama ada UMNO ada atau tidak di bumi ini.

3. Selagi pemimpin UMNO masih tetap kekal membawa perjuangan alif ba ta, maka selagi itulah orang Melayu tidak akan meninggalkan UMNO. Jika ini keadaannya bolehlah orang UMNO meneruskan slogan ‘UMNO itu Melayu, Melayu itu UMNO’.

4. Jika perlembagaan UMNO kekal, tetapi pendekatan yang dibawa oleh pemimpin UMNO tidak melambangkan aspirasi perlembagaan, maka tidak hairan kepada kita jika kita dapati orang Melayu tidak ada hati kepada UMNO. Kita tidak boleh salahkan mereka kerana mereka sebenarnya sedang mencari sesuatu yang telah hilang, iaitu bahtera yang membawa muatan segala khazanah perjuangan bangsa mereka.

5. Jika jati diri Melayu masih kekal, UMNO juga masih tetap membawa idealisma yang sama dan dalam masa yang sama para pemimpin yang memimpin UMNO juga tetap teguh berpegang kepada apa yang dibawa oleh UMNO, tetapi sokongan orang Melayu tidak juga bersama UMNO, maka sudah barang pasti ada sesuatu yang pelik telah berlaku kepada cara dan pemikiran orang Melayu. Mungkin ada rasukan atau virus luar yang telah menyebabkan pemikiran orang Melayu tidak lagi dapat memahami jati diri bangsa sendiri sehinggakan perkara yang paling sensitif yang menjejaskan kedudukan agama dan bangsa Melayu sudah dilihat enteng oleh mereka.

Kita lihat nanti bagaimana sokongan orang melayu terhadap perjuangan PERKASA. Jika apa yang diperjuangkan oleh PERKASA diterima dan disokong oleh seluruh orang melayu, itu bermakna orang melayu masih kekal dengan identiti melayunya. Jika tidak, itu bermakna keseluruhan organisasi melayu termasuk UMNO harus memikirkan bagaimana untuk meletakkan kembali pemikiran orang melayu supaya berada kembali di landasan yang seharusnya. Virus, rasuk, amuk dan gejala yang mempengaruhi pemikiran melayu harus dibendung dengan kaedah yang lebih ke hadapan dari seluruh pemikiran yang ada. Mungkin kedaulatan melayu akan kembali berada di tempat asalnya.

Salam


Ayuh Bangkitlah Melayu, tidak kira anda dari mana-mana parti politik, marilah kita bersatu di bawah PERKASA!

13 Responses to "PERKASA YANG MEMPERKASAKAN MELAYU!"

  1. Salam Bro Pk,

    Meremang bulu roma Mc baca. Pehh. . semangat sehh!. .

    alif ba ta

    Agama, Bangsa dan Tanah air!

    ReplyDelete
  2. Melayu... Apa yang ada pada melayu? Kuasa yang hanya sekulumit cuma pun masih ingin diratah sampai habis-habisan oleh kaum menumpang seakan-akan kita akan diperhambakan satu hari nanti. Melayu memang ramai di Tanah Melayu. Tapi tidak ramai Melayu yang senang berbanding kaum lain di tanah sendiri. Kelonggaran untuk kaum lain menikmati kesenangan di Tanah Melayu semakin jelas. Melayu semakin terhimpit dijajah pemikiran politik yang jahil tentang kepentingan untuk kaum Melayu sendiri. Aku harap kan banyak lagi pertubuhan yang benar2 membela nasib Melayu di Tanah Melayu. Tapi masalah menjadi rumit apabila Melayu sendiri yang ingin menghancurkan Islam dan Melayu. Sehingga mereka di angkat menjadi hero kerana fitnah ciptaan mereka.

    ReplyDelete
  3. Nah ini dia perjuangan untok melayu.

    Syabas Dt Ibrahim Ali bersama2 dengan NGO2 yang TIDAK mau melihat melayu akan hilang dibumi sendiri.

    Salam dari AnakBapak.

    ReplyDelete
  4. Salam Bro,
    Perkasa akan adakan Majlis Pelancaran Perkasa Negeri Pahang pada 2.ptg di Dewan Tun Razak, Temerloh pada 24hb.Jan.2010 (Esok). Semua dijemput hadir. Perasmian oleh YAB. BM Pahang. Lawat blog Perkasa Pahang di http://perkasapahang.blogspot.com
    ~ bRAVEhEART

    ReplyDelete
  5. Untuk makluman ,Semua NGO telah bergabung dan NGO NGO yang masih belum bergabung dan bersatu diminta berbuat demikian.satu persepakatan atau majlis NGO malaysia akan dilancarkan pada 27/2/10 bertempat di Kelab sultan sulaiman.satu memorandum (MOU)akan ditandatangi oleh semua NGO pada hari tersebut untuk satu suara dan satu persefahaman.Mesyuarat persefahaman pertama telah pun diadakan pada 21/1/2010 yg lepas bertempat di kelab golf Shah alam.

    ReplyDelete
  6. sudahlaaa melayu2222 pm paling lama setakat ni melayu ke....

    ReplyDelete
  7. Tahniah tahniah Tok Yim.....

    Semua parti melayu dah tak boleh pakai dah.
    Kami harapkan Tok Yim sinarkan bangsa kami saperti sblm zaman Pak Lah dulu, bimbinglah kami.
    Kecelaruan dibuat2 oleh Nuar Brahim, Pak Lah, Pok Nik Aziz, membuatkan kami takut berhadapan dengan bangsa2 bukan bumiputra akan menjajah bumi kami ini.
    Apa akan kami jawab nanti kepada anak cucu kami yang tak berdosa nanti di akhirat kelak.
    Tolong lah beri apa2 panduan untuk kami hidup dibumi bertuah kami ini.

    Salam AnakBapak dari Perak

    ReplyDelete
  8. SLM BRO..PERKATAAN UMNO TAK AKAN BWK APE2 MAKNA KLU ORG YG MENGGUNAKAN NAMA TU SEKADAR NAK TUNJUK GAH JE. TOLAK RASA KE'ELIT'AN, RIAK DAN TAKBUR DLM DIRI. INI MASANYA UTK PEMUDA, PUTERI DAN YB2 UMNO BETUL2 JADI 'HAMBA' RAKYAT SAMPAI KE MATI!!

    ReplyDelete
  9. Satukanlah Melayu/Islam di bawah PERKASA.

    YB Dato' Ibrahim Ali, jadikanlah PERKASA sebagai sabiji bintang yang bersilau bergemerlapankan umat Melayu di dunia ini.

    Bawalah seberapa banyak umat Melayu di negara ini ka pangkuan PERKASA dan beri lah kesedaran kapada mereka supaya mereka bangun kembali menuntut dan mengekalkan kedudukan mereka sebagai bangsa yang ada hak yang teristimewa dalam negara Malaysa yang tercinta ini.

    A- Alif - AGAMA
    B- Ba - BANGSA
    T- Ta - TANAH AIR

    Siberangan

    ReplyDelete
  10. Salam..

    Hidup matinya Melayu hari ini adalah tanggungjawab seluruh orang Melayu tanpa mengira aliran politik masing-masing. Hidup matinya Islam di Malaysia hari ini juga merupakan tanggungjawab seluruh orang Islam di negara ini tanpa mengira aliran atau ideologi politiknya. Melayu akhir-akhir ini berada di persimpangan yang amat menggerunkan. Melayu hari ini sedang duduk dalam satu dilema yang mengerikan. Pastikah ramalan dan andaian bahawa kekuasaan dan ketuanan Melayu makin terhakis? Atau benarkah ramalan yang mengatakan dominan Melayu akan hancur akibat krisis dan perbalahan yang sedang melanda hari ini?

    Mungkinkah Melayu akan hilang di dunia? Kalau tidak, jenis Melayu yang bagaimanakah yang akan menghuni bumi tercinta ini apabila dominan kekuasaan Melayu sudah hancur, apabila Melayu sudah kehilangan kuasa? Ke manakah akhirnya perlawanan Melayu sesama Melayu ini? Mungkinkah akhirnya ialah Melayu lenyap ditelan kebangkitan suatu kuasa bukan Melayu yang tidak peduli terhadap Melayu? Andaian ini boleh jadi mungkin, dan boleh jadi tidak. Yang lemah biasanya ditelan oleh yang gagah. Segala-galanya terserah kepada Melayu dan arah tuju serta matlamat perjuangannya.

    Perlu diingat, perpaduan Melayulah yang selama ini menjadi senjata paling ampuh menghancurleburkan rancangan Malayan Union. Perpaduan Melayulah yang muncul menjadi benteng paling kuat dalam proses menghapuskan keganasan bersenjata komunis. Perpaduan Melayulah juga yang telah mencetuskan kemerdekaan negara. Perpaduan Melayulah yang memungkinkan termaktubnya keluhuran dan kemuliaan agama Islam, serta kedaulatan bangsa Melayu dan budaya Melayu dalam Perlembagaan negara.

    Oleh itu, adalah menjadi tugas dan tanggungjawab suci setiap umat Melayu untuk terus berjuang mengekal, dan lebih dari itu bagi meningkatkan perpaduan bangsa Melayu pada setiap masa. Perpaduan ini wajar terus dipupuk, dipelihara, dibajai dan dijagai dengan rasa penuh bertanggungjawab bagi memastikan simpulan perpaduan ini tidak mudah terlerai atau mudah diperkotak-katikkan oleh sesiapa sahaja.

    Kita juga harus insaf, dalam kita membawa pelbagai pembaharuan, perlulah kita memastikan bahawa kita tidak kehilangan arah, tidak juga kehilangan punca. Untuk tidak kehilangan arah dan supaya tidak kehilangan punca, maka perlulah kita sedar dan perlulah kita menghayati asas-asas falsafah bangsa Melayu yang dirumuskan oleh ajaran agama. Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.”

    Jadi, pokoknya sekarang, biar berlaga ayam di reban, biar menendang kuda di kandang, namun adat wajib dijaga. Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan.

    Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. InsyaAllah .

    Salam perjuangan

    ReplyDelete
  11. mmang NIk Ajis,Paklah&Nuar,pemimpin2 keliru lagi mengelirukan, dan disaat2
    yg mengelirukan ini MCA seakan mngambil kesempatan dgn melambat-lambatkan proses pemulihan.
    Jgn tamak,kerana nafsu yg berlebihan akan menuju kehancuran,berjudi digenting tak sama berjudi dalam politik,kesanya amat buruk.

    ReplyDelete
  12. perghhh parpu kari.macam paria

    ReplyDelete
  13. KO BUKAN NYER melayu PUN PARPUKARI....MUKE KO CM MAMAK JE...NK SIBUK PASAL MELAYU BUAT APE KO BUKAN MELAYU...GEMUK PENDEK MUKE CM MAMAK...PELIK LA AKU NAPE KO NI SUKE2 SIBUK PASAL MELAYU PADAHAL MUKE KO MCM MAMAK....BODOH GEMUK..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!