PERAK TODAY

PERAK TODAY
KLIK GAMBAR UNTUK BERITA PANAS POLITIK, HIBURAN DAN BERITA TERKINI!

Pengumuman Penting!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Wednesday, September 30, 2009

NIZAR LAKNATULLAH! PAS SUDAH KECUT TELOR!








beza lah pulak dengan pengumuman PAS, tak sampai 500 orang datang
ni gambar dari Minaq Jinggo






Tuesday, September 29, 2009

NIZAR POOH KEY MARK OOII! SIAPA YANG BAKAL JADI CALON BAGAN PINANG?

Petang ini TPM akan mengumumkan siapakah calon yang bakal bertanding di DUN Bagan Pinang! Pengumuman tersebut akan dibuat dari Command Center BN di Bagan Pinang. Pelbagai teka-teki sedang bermain di kepala semua pihak di kala ini, namun semuanya bakal terjawab petang nanti!

Ada yang sudah menyebut sekiranya si fulan tercalon maka akan DIMANDIKANNYA nanti, ada jugak yang berkata letak lain dari hamba Allah ini maka akan kalah la BN di Bagan Pinang, bermacam-macam andaian dan ramalan sedang berlaku di Bagan Pinang!

Nasihat saya kepada ahlul UMNO dan BN, tidak kira siapa saja calon yang dipilih, kamu semua mesti hormati keputusan yang dibuat pucuk pimpinan, bukan senang nak puaskan hati semua pihak, betul tak? Hentikanlah perbuatan tak senonoh seperti nak men'sabotaj' calon yang bukan favorite..

Beringatlah sikit wahai ahlul UMNO, kalau kamu cuba tikam menikam dari belakang di kala ini, ianya akan merugikan kamu sendiri nanti, apa pun terimalah keputusan nanti dengan hati yang terbuka! Kita tengok petang nanti....semakin suspen kan? Jeng jeng jeng...

Monday, September 28, 2009

NIZAR MALAUN! Bila Ramadan berakhir je, Setan dan Nik Aziz dah mula balik

Bagan Pinang dah dekat. Ramadhan dah berakhir. Nik Aziz pun mula buat gila. Ular dalam semak ini dah mula nyanyuknya dengan taktik lama untuk provok orang ramai supaya bantai dia. Timing dia macam sama dengan syaitan yang baru dibuang rantai lepas Ramadan.

Semalam dilapurkan dia pinta jangan main isu peribadi untuk pilihanraya Bagan Pinang. Pembohong ini juga kata perkara sama masa Permatang Pasir. Akhirnya Rohaizat dihina dan dicerobohi peribadi dan keluarganya hingga dengarnya dah nak bercerai berai keluarganya.

Boleh percayakah permintaan pembohong ini?

Semalam dia pula kata sembahyang Ibrahim Ali tak sah? Dilaporkan Sinar Harian berikut:

“Saya minta dia keluar...yang melantik dia (bertanding di Pasir Mas) saya dengan bendera Pas. Bila (Pas) kawasan Pasir Mas minta dia undur, dia kena berundur. Duit yang dia makan tu tidak betul, sembahyang Tuhan tak terima,” katanya.

Dah nyanyuk orang tua ini. Nampaknya tak taubat Nik Najis ini. Mana boleh dia penentu sah atau tak sah solat seseorang, ganjaran syurga atau neraja serang tu, dan lain-lain hukuman suka hati bapak dia!!!

The Unspinners melihat ini hanya taktik orang tua nyanyuk dan pembawa parti ajaran sesat yang diluang berkali-kali. Biaq pi sama dialah!

House PK: Kan aku dah kata Nicky Ajis ni memang boleh menyesatkan orang, suka-suka hati dia je nak buat hukum, kenapa la masih ada manusia bebal yang dok percaya pada Nicky Ajis ni?

Lagi satu si TUA KUTUK Nicky Ajis ni kata Kelantan membangun dengan pesat ya? Tentang hal ini, saya mahu pembaca sekalian sendiri menilaikan luahan hati seorang anak Kelantan, iaitu sahabat saya RBF terhadap fatwa Kelantan Maju ni! Klik Sini

NIZAR PONDAN! Gaddafi Koyak Maruah PBB

gaddafi

Muammar Gaddafi

Sewajarnya sistem kuasa veto Malis Keselamatan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah lama dirombak dan digantikan dengan sistem yang lebih demokratik. Ini kerana tidak ada alasan kenapa lima kuasa besar; Amerika Syarikat (AS), Rusia, China, Britain dan Perancis diberi kuasa veto.

Sebenarnya amalan kuasa veto ini dimulakan selepas Perang Dunia Kedua dulu. Ternyata sistem ini memperlihatkan struktur yang sudah tidak relevan dengan keadaan semasa. Malah telah disalahgunakan seperti dalam isu serangan AS ke atas Iraq dan Israel menyerang Palestin.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah membangkitkan isu sistem kuasa veto badan dunia itu ketika menghadiri Perhimpunan Agung PBB pada September 2003 dulu.

Kelantangan Dr. Mahathir pada persidangan itu membuktikan kewibawaan PBB perlu dipulihkan dengan segera dan jangan membiarkan sesebuah negara mendominasi badan dunia itu untuk kepentingan tertentu. Caranya ialah menghapuskan sistem kuasa veto dan digantikan dengan sistem lain yang lebih adil.

Kekecewaan Dr. Mahathir dilangsungkan oleh Presiden Libya, Muammar Gaddafi pada Perhimpunan Agung PBB di New York Khamis lalu. Gaddafi mengambil pendekatan yang lebih radikal untuk menyatakan kekecewaan dan kemarahan terhadap amalan memberi kuasa veto kepada lima kuasa besar dalam Majlis Keselamatan PBB.

Gaddafi mengoyak kulit depan Piagam PBB semasa memberi ucapan di hadapan pemimpin-pemimpin dunia. Kemudian kertas itu dibaling ke podium ke arah pemimpin kuasa besar dunia yang telah sekian lama mencabuli matlamat kewujudan badan dunia itu. Demikian hinanya pemimpin-pemimpin yang bersekongkol dengan AS atas nama PBB untuk menindas negara-negara kuasa kecil dan miskin.

Podium PBB adalah premis yang penuh hormat dan mulia. Podium itu juga menjadi pentas sandiwara kuasa besar menggunakan lesen “membunuh” yang dikeluarkan atas nama Majlis Keselamatan PBB. Maka dunia telah lama hilang kepercayaan dan rasa hormat kepada PBB.

Mengoyak piagam PBB di majlis rasmi PBB memberikan signifikan keruntuhan badan dunia itu dan maruahnya telah dipijak oleh pemimpin negara Islam yang berani dan radikal. Belum pernah dalam sejarah PBB pemimpin sebuah negara mengoyak piagam dan mencampakkan kepada pemimpin dunia di belakangnya. Sejarah hina PBB akhirnya tercipta biarpun kebanyakan agensi berita Barat melaporkan tindakan itu kurang ajar.

Kita wajar berbangga dan berterima kasih kepada Gaddafi yang berani bertindak “kurang ajar” demi menyedarkan pemimpin kuasa besar yang mendominasi PBB. Gaddafi sebenarnya melangsungkan kritikan keras Dr. Mahathir enam tahun lalu. Gaddafi tentunya tidak berhasrat untuk pergi makan angin ke New York buat kali pertama sejak memerintah Libya 40 tahun lalu. Gaddafi memulaukan PBB kerana badan dunia itu dipimpin oleh kuasa besar besar yang tidak prihatin kepada negara-negara kuasa kecil.

Ketika Gaddafi mengesahkan kehadirannya ke perhimpunan tahunan itu, pelbagai spekulasi dibahaskan kalangan pemerhati politik antarabangsa. Apa lagi Gaddafi dengan keunikannya menginap dalam khemah, bukan hotel mewah seperti pemimpin negara-negara lain. Kenapa tahun ke-40 pemerintahannya Gaddafi mahu memijakkan kaki ke PBB?

Tambahan pula tahun ini pemimpin kontroversi Iran, Mahmoud Ahmadinejad juga mengesahkan kehadiran ke PBB. Kehadiran Ahmadinejad juga mencetuskan persoalan sekaligus kebimbangan tentang tindakan radikalnya. Kehadiran dua pemimpin radikal ini memberikan warna yang menarik kepada perhimpunan yang membincangkan isu retorik tentang perpaduan global. Ini adalah isu yang sangat lesu kerana PBB sendiri memperlihatkan rekod kegagalan yang memalukan untuk menyelesaikan pertelingkahan dan peperangan.

Kerana itu kehadiran Gaddafi ke PBB kali ini tentulah membawa masalah yang melingkari negara-negara kuasa kecil iaitu serangan daripada kuasa-kuasa besar. Negara seperti AS, Rusia, China, Britain dan Perancis menjadi anggota tetap Majlis Keselamatan PBB mempunyai kuasa veto. Di tangan pemimpin negara-negara inilah terletaknya perpaduan global. Tetapi mereka tidak berfungsi dan lebih buruk lagi menjadikan badan dunia sebagai lesen untuk menyerang negara lain.

Ironiknya ketika pemimpin- pemimpin kuasa besar ini menyeru ke arah perpaduan global, Gaddafi dengan berani mengkritik wujudnya monopoli dalam Majlis Keselamatan PBB yang memberi kuasa veto kepada lima negara berkenaan. Memang wajar Gaddafi mengoyak piagam PBB dan mencampakkan ke podium.

Pemimpin-pemimpin dunia khususnya yang menjadi pak turut dan penakut untuk bersuara tidak boleh menganggap tindakan spontan Gaddafi itu suatu yang kurang ajar. Mereka kena menghayati tindakan Gaddafi yang radikal itu sebagai satu mesej kepada PBB. Mesej juga boleh disampaikan dengan perbuatan. Tindakan ini memang mengejutkan dan sememangnya PBB mesti dikejutkan apabila badan dunia itu hilang arah.

Ini memperlihatkan ketidaksamaan dalam majlis keselamatan itu hingga memangsakan negara-negara yang bukan sekutu mereka. Gelaran yang diberikan Gaddafi bahawa Majlis Keselamatan PBB sebenarnya “majlis keganasan” sangat berasas. Kalau kita menoleh antaranya tindakan AS menyerang Iraq, Afghanistan serta mengugut menyerang Iran atas alasan sebagai paksi keganasan dan senjata nuklear. Kuasa veto yang diberikan oleh Majlis Keselamatan PBB yang menindas negara-negara berkenaan dan ternyata ia dilakukan secara sangat tidak adil.

Pada perhimpunan PBB itu, Presiden AS Barack Obama juga menjadi begitu retorik apabila meminta penglibatan negara-negara di dunia menzahirkan wawasan tanpa nuklear, mengatasi ancaman perubahan iklim dan krisis kewangan global. PBB mesti berlaku adil dalam isu nuklear kerana yang ditonjolkan ialah Iran dan bukannya Korea Utara atau Israel yang mempunyai senjata nuklear.

Sesekali PBB kena diterajang untuk mengejutkan yang PBB sudah jauh terbabas. Kali ini Gaddafi telah menerajangkan PBB dan beliau tidak perlu memikirkan kesannya kerana sejak 40 tahun lalu Libya tidak pernah sealiran dengan AS yang mendominasi PBB. Tentunya pendekatan Dr. Mahathir berbeza dengan tindakan yang diambil oleh seorang kolonel seperti Gaddafi. Tetapi kecaman dan kritikan Dr. Mahathir juga mengejutkan badan dunia itu.

Ketiadaan Dr. Mahathir di PBB perlu diganti. Kini tentunya tumpuan dilihat kepada Gaddafi dan Ahmadinejad sekalipun mereka mengambil pendekatan yang lebih radikal berbanding Dr. Mahathir. Ahmadinejad tidak bercakap tentang isu nuklear negaranya, sebaliknya mengkritik AS sebagai kapitalis yang merampas tanah penduduk Palestin dan diberikan kepada Israel.

Kegagalan PBB menghalang berlakunya perang membuktikan kuasa veto yang diberikan kepada anggota tetap Majlis Keselamatan PBB telah disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Majlis Keselamatan PBB gagal waima menghalang Israel daripada membunuh penduduk Palestin yang tidak berdosa. Semua ini berlaku kerana pemegang kuasa veto anti Palestin, Iraq, Iran dan banyak negara Islam yang lain.

Lihatlah bagaimana kuasa-kuasa besar enggan menerima Resolusi 425 PBB yang mengiktirafkan kedaulatan negara Palestin hingga kini. Maka kemarahan Gaddafi kena pada masa dan tempatnya.

NIZAR KKK! HASUTAN ANWAR PENGKHIANAT TIDAK MENJADI DI BAGAN PINANG!

Anwar Ibrahim telah mengadakan satu ceramah omong kosong di Kampung Sirusa pada 16 September jam 10.00 malam. Tidak ramai yang datang pada malam itu kerana mungkin ramai telah tahu siapa Anwar Ibrahim sebenarnya.

Seperti biasa beliau telah menimbulkan pelbagai fitnah dalam usaha memperbodohkan para pengundi di Bagan Pinang. Pelbagai tuduhan liar telah dilemparkan kepada kerajaan. Anwar Ibrahim tidak menyangka bahawa orang yang datang bukanlah kelompok manusia yang boleh diperbodohkan dengan hanya ucapan yang retorik semata-mata.

Ucapan Anwar banyak berkisar kepada usaha mendapatkan sokongan pihak tentera dan kaum bukan Melayu. Beliau menyedari bahawa undi pasukan keselamatan akan menjadi penentu kepada pilihanraya kecil pada kali ini. Anwar seperti biasa cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang sangat perihatin.

Beliau cuba menonjolkan dirinya berada di belakang pasukan keselamatan kita. Beliau cuba memainkan sentimen anggota keselamatan tetapi tidak nampakpun kelibat pasukan tentera pada malam itu.

Anwar menyebut bahawa pasukan keselamatan kita adalah satu kelompok yang berani membuat perubahan. Sememangnya pasukan keselamatan kita adalah manusia yang berani mengatakan “tidak” kepada manusia yang bernama Anwar Ibrahim.

Pasukan Keselamatan kita akan berani mengatakan kepada Anwar Ibrahim “cukuplah pembohongan yang telah kau lakukan untuk menghancuran bangsamu sendiri dan negara tercinta ini.

Sesungguhnya Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang telah sesat di tengah jalan. Beliau telah terkeliru dalam banyak perkara tentang hubungan manusia dan pengabdian pada Illahi. Di dalam usahanya untuk menjadi Perdana Menteri, beliau telah menggadai dan memperjudikan agama Islam yang maha suci.

Beliau telah berjaya menipu dan mempergunakan segelintir kaum India dengan menjanjikan pelbagai ganjaran. Kini di Bagan Pinang, beliau cuba memperodohkan pihak tentera pula.

Perlu diingat bahawa Anwar pernah menggelar pasukan keselamatan kita sebagai anjing. Beliau menganggap pasukan keselamatan kita sebagai kumpulan haprak yang tak boleh dipakai.

Beliau tidak pernah percaya terhadap undang-undang negara. Perjuangannya menentang polis dan tentera adalah perjuangan yang terkeliru. Apabila kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk melengkapkan pasukan keselamatan kita dengan persenjataan yang terkini, Anwar menabur pelbagai fitnah terhadap pembelian ini. Beliau mungkin dipengaruhi oleh rakan-rakan Yahudinya untuk menentukan supaya sebuah negara Islam seperti Malaysia memiliki persenjataan yang lemah.

Jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, persenjataan kita akan diketawakan oleh negara-negara jiran kita. Anwar Ibrahim sudah pasti akan dihalang oleh rakan-rakan Yahudinya daripada memiliki senjata canggih seperti yang dimiliki oleh anak emas zionis Singapura.

Ayuh Angkatan Tentera.! Katakan tidak kepada Anwar Ibrahim

Sumber: Mata Pena Bagan Pinang!

Sunday, September 27, 2009

NIZAR KURAP! PAKATAN HARAM MEMANG ADA HUBUNGAN DENGAN YAHUDI!

Semasa berceramah di DUN bagan Pinang tempoh hari, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyentuh sedikit tentang tanggapan bahawa dia mempunyai hubungan baik dengan pihak Yahudi.

Namun beliau tidak menafikan dengan jelas sesungguhnya beliau tidak mempunyai hubungan dengan pemimpin yahudi. Anwar Ibrahim tidak mahu menyinggung perasaan yahudi kerana beliau sangat bergantung kepada sokongan yahudi dalam menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Malaysia.

Semasa pemerintahan UMNO diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, semua orang tahu bahawa Tun adalah pengkritik hebat kekejaman yahudi di serata dunia terutamanya di Palestin. Ramai yang tahu bahawa Tun Mahathir merupakan penasihat kepada Yasser Arafat dalam usaha menegakkan kerajaan Palestin yang sah.

Itulah sebabnya setiap kali berlakunya kekejaman regim zionis di bumi Palestin, Yasser Arafat akan tiba di Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Tun Mahathir. Malahan Yasser Arafat pernah berjanji bahawa sekiranya bumi Palestin berjaya dibebaskan dan menjadi negara berdaulat, Tun Mahathir akan menjadi orang pertama yang akan dipelawa untuk bersolat di Masjidil Aqsa bersama-sama umat Islam Malaysia. Tun Mahathir menjadi simbol harapan kepada rakyat Palestin.

Tun Mahathir pernah menimbulkan ketakutan di kalangan pihak yahudi apabila mantan Perdana Menteri Malaysia itu mengatakan dan mendedahkan bahawa yahudi memerintah dunia menggunakan proksi.

Apabila Tun meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, orang-orang Yahudi merasa lega kerana ini bermakna Tun tidak akan memimpin OIC. Pertubuhan Islam itu dan dunia Islam menjadi lemah selepas ketiadaan Tun Mahathir untuk menghalang cita-cita Yahudi. Yasser Arafat pula akhirnya meninggal dunia di sebuah hospital di Perancis. Beliau dikatakan telah diracun oleh perisikan yahudi.

Ramai yang bertanya bagaimanakah dan dari manakah Anwar Ibrahim memperoleh wang yang begitu banyak untuk menghadapi pilihanraya umum ke 12 yang lalu? Dikatakan bahawa wang yang dibelanjakan oleh Anwar Ibrahim mengatasi wang yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional.

Semua orang tahu bahawa Anwar Ibrahim mempunyai ramai rakan yahudi yang bercita-cita untuk memusnahkan kerajaan Islam di Malaysia.. Cuba lihat apa yang telah berlaku di Palestin, Iraq, Afghanistan, Lebanon, Iran, Syria dan banyak lagi negara Islam. Semuanya dimusnahkan oleh yahudi.

Di Malaysia, Anwar Ibrahim adalah anak emas Yahudi. Beliau disokong penuh oleh yahudi seluruh dunia. Anwar Ibrahim tidak pernah mengkritik yahudi. Ingat tak kita pada si kitol yang telah menjadi petualang semasa Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511?

Si kitol lah yang telah memberitahu rahsia pertahanan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis dan beliau jugalah yang telah membuka pintu pertahanan Melaka bagi membenarkan tentera Portugis merobek pertahanan Melaka. Hari ini kita boleh membetulkan kesilapan silam dengan menyekat sikitol zaman ini iaitu Anwar Ibrahim. Jika tidak Yahudi akan menjajah kita. Ingatlah!

Petikan dari Blog Mata Pena Bagan Pinang!

NIZAR KKK! Suara Bagan Pinang vs Agenda Politik!

Suara Bagan Pinang nampak seia-sekata mahukan TS Sri Isa menjadi calon. Suara kepimpinan atasan parti pula bercampur aduk. Suara pembangkang pulak kelihatan ‘buat-buat berani’ agar TS Isa dicalonkan atas alasan kononnya kerja mereka untuk menang lebih mudah kalau TS Isa bertanding, walau pun hakikatnya tidak begitu.

Suara Ketua Perhubungan Negeri Sembilan pulak agak pelik. Suara yang keluar dari mulut Ketua Perhubungan berbeza dengan suara yang keluar dari corong-corong pembesar suara.

Suara Ketua Perhubungan ‘akur dan menyokong’ apa saja kehendak UMNO Bahagian Teluk Kemang, tapi apabila keluar dari corong-corong pembesar suara ‘Tok Mat’ di hulu dan di hilir semuanya membalun dan memperlekehkan TS Isa.

Hebat jugak teknologi komunikasi yang digunakan oleh ‘Tok Mat’. Input percakapan yang masuk ke dalam mikrofon boleh bertukar menjadi ‘cakap lain’ bila keluar dari corong pembesar suara. Belum ada lagi teknologi yang jenis ini dalam dunia ni.

Kita biasa dengar manusia lidah bercabang. Atau pun kita biasa dengar manusia talam dua muka. Tapi teknologi ‘converter’ yang sedang digunakan untuk menolak TS Isa dari menjadi calon sedang berkumandang seantero Negeri Sembilan melalui corong-corong pembesar suara ‘Tok Mat’ di merata-rata tempat.

Janganlah keterlaluan mempromosi kesalahan TS Isa di media-media. Kalau TS Isa tak bertanding nanti tak apalah. Tapi kalau TS Isa bertanding pulak, bukankah susah nanti kita nak berkempen. Semua suara-suara dari dalaman UMNO ini akan digunakan oleh pembangkang untuk memulangkan paku buah keras.

Masa tu takkanlah kita nak kata TS Isa bukan macam yang kami cakap hari tu. TS Isa bagus…Nanti semua orang tertawakan UMNO… Lidah bercabang…siang cakap lain…malam cakap lain.

Banyak lagi pemimpin UMNO yang sudah didapati bersalah kenapa tidak disuruh letak jawatan. Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri sudah didapati bersalah tapi tidak dihukum, masih lagi memegang jawatan dengan selesa. DS Ali Rustam didapati bersalah dan dihukum hanya setakat tidak dibenarkan bertanding tapi masih lagi memegang jawatan.

Banyak lagi kes politik wang yang lenyap begitu saja. Kita yang duduk atas tikar mengkuang UMNO pun dah tak dapat duduk dengan selesa lagi kerana terlalu banyak sampah sarap yang diletakkan di bawah tikar.

Tidak ada bukti yang jelas untuk mengatakan bahawa UMNO sedang berusaha keras memerangi politik wang. Rakyat masih tidak melihat usaha ini sedang dilakukan dengan serious oleh UMNO. Usaha membanteras politik wang masih tergantung-gantung di awangan tanpa ada sesiapa pun yang digantung.

Cuma bila timbul PRK Bagan Pinang barulah diwar-warkan semula usaha kerajaan untuk membersihkan parti.

Apakah hukuman keras parti hanya untuk TS Isa seorang? Apakah semua beban dan kesalahan politik wang seluruh pemimpin parti yang lain perlu ditanggung oleh TS Isa seorang. Apakah cukup dengan mengenakan sekeras mungkin hukuman terhadap TS Isa, maka rakyat akan nampak bahawa UMNO memang serious membanteras politik wang?
Pemimpin UMNO yang lain jangan cuba memanipulasi kenyataan Tun Mahathir berlebih-lebihan.

Tun Mahathir konsisten dari dulu bila bercakap soal politik wang, tanpa memilih bulu. Kenyataan itu bukan khusus untuk TS Isa seorang. Tun Mahathir ingin lihat UMNO benar-benar serious membanteras rasuah politik secara keseluruhan.

TS Isa sudah menjalani hukuman. Kenyataan Tun harus dilihat lebih jauh dari itu. Pemimpin-pemimpin UMNO harus mengambil pedoman dari kenyataan TUN untuk memastikan sesiapa juga yang terlibat dengan gejala gila ini dinyahkan dari segenap kepimpinan parti.

Itu mesej yang sepatutnya dibaca dan dianalisa oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Bukan memanipulasi kenyataan TUN untuk dikambing hitamkan pemimpin parti yang dianggap sebagai saingan politik di Negeri Sembilan.

Kalau beginilah kaedah yang cuba dijalankan oleh kepimpinan parti, jangan haraplah rakyat akan hormat kepada UMNO. Rakyat melihat bahawa pemimpin-pemimpin UMNO masih lagi belum dapat mendahulukan parti dari tempolok dan kemahuan sendiri untuk terus berkuasa.

Jika mereka mendahulukan parti sudah pasti isu yang patut dikembangkan melalui media adalah bagaimana untuk memenangi PRK Bagan Pinang dan bukan siapa yang patut jadi calon di Bagan Pinang.

Kepimpinan Negeri Sembilan wajib sedar diri bahawa UMNO Negeri Sembilan mengalami kecacatan semasa di bawah kepimpinannya. Kalau kepimpinan Negeri masih menongkak langit dan tidak berupaya menahan ego dan kepimpinan nepotismanya, maka kita tunggu masa dan ketikanya rakyat Negeri Sembilan akan mengajar bukan saja kepimpinan nepotisma, malahan seluruh UMNO Negeri Sembilan.

Pemimpin kono bersikap menahan ragam dan bukan membuat ragam. Barulah aman negori.

Dipetik dari blog Kepal Nasi Kepal Beras

NIZAR PASBERG! Jadikan Tun Dr Mahathir penasihat kerajaan

KOTA BHARU 26 Sept. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat kerajaan dan UMNO.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, ia bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu menyampaikan pandangan secara tertutup agar tidak dieksploitasi oleh pihak ketiga.

Beliau juga berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menimbangkan perkara ini secara serius bagi memastikan tidak ada pihak mengambil kesempatan dan dijadikan modal politik untuk mengelirukan rakyat.

"Selama 21 tahun Dr. Mahathir berjuang dan memberikan khidmat yang luar biasa serta banyak berjasa, sudah tentu beliau mahu melihat dasarnya sebelum ini diteruskan sehingga Wawasan 2020 tercapai.

"Sebab itu bila ada sesuatu yang tidak betul akan ditegurnya disebabkan tidak ada saluran untuk beliau menyampaikannya secara tertutup tetapi lazimnya pandangan beliau diambil kesempatan oleh pihak tertentu," katanya.

Beliau berucap pada Malam Pimpinan Aidilfitri Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Pusat Khidmat Membela Rakyat (PKMR) dan Kelab Wartawan Kelantan (Kawan) di sini malam tadi.

Menurut beliau, semua pihak juga tidak perlu memandang serong terhadap pelantikan ini kerana hubungan antara kedua-duanya lebih kepada seorang Perdana Menteri dengan negarawan ulung.

Ibrahim berkata, dengan pelantikan tersebut, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan lebih kerap dengan Dr. Mahathir bagi mendapatkan pandangannya mengenai keadaan semasa negara.

Bagaimanapun kata beliau, Najib tidak perlu mengikut kesemua pandangan dan nasihat Dr. Mahathir kerana setiap Perdana Menteri mempunyai gaya pemerintahan dan wawasan tersendiri untuk dicapai.

"Saya percaya Dr. Mahathir akan menerima pelantikan tersebut, malah bekas Perdana Menteri itu juga tidak memerlukan gaji. Saya akan bawa cadangan ini ke Parlimen bulan depan,'' katanya.

House PK: Saya sokong cadangan Dato Ibrahim Ali 100%

Saturday, September 26, 2009

NIZAR KKK! NASIHAT UNTUK KERRY JAMBAN@KJ

KJ! aku akui la lakonan kau memang hebat namun aku bukan cerita pasal lakonan kau di dalam cerita Meter, ini pasal isu Indonesia, memang aku pun tak suka dengan apa yang dilakukan oleh mereka di sana!

Tetapi cara kau main wayang perghhh, bukan main dasyat lagi la, dalam statement kau siap kau ugut lagi jangan uji kesabaran kita kan? Eh eh bukan ke hari tu kau jugak yang cakap tak baik gunakan kekerasan, ini bukan budaya kita.

Apa menggugut ini budaya baru ciptaan kau ke KJ? Kalau setakat nak sound Indon dari jauh kau bearni ler, tu kes lembu hari tu, bukan main kau lompat dan salahkan pemuda yang membawa kepala lembu bukan?

Ada kau tanya kenapa mereka membawa kepala tu? Tidak bukan, kau main tembak dan menggunakan kesempatan ini untuk menjadi glamer, come on la brader, lu ingat kita ni bodoh ke? Semua rakyat Malaysia tahu la siapa kau KJ!

Tak payah lah kau nak berlakon menjadi baik, ada baiknya kalau kau menjadi pelakon filem, aku rasa kau boleh jadi glamer, sebab kau memang berbakat untuk berlakon cuma lakonan kau tak mantap je, boleh dibaca pergerakan kau ni KJ oi!

Kau akan ambil kesempatan melihat keadaan yang akan menguntungkan diri kau, kalau betul kau anak jantan, kenapa semasa pembangkang dok belasah kerajaan kau diam je, kenapa bila ISLAM dihina kau diam je, kenapa semasa Raja kita dihina kau diam je?

Mana pergi kau masa tu? Mencari telor yang dah hilang ye KJ? Sudahlah KJ, aku rasa ada baiknya kau undurkan dir dari arena politik ini, sebenarnya ini untuk kebaikan kau jugak ni, kita perlukan ketua pemuda yang lebih berani dan mempunyai semangat melayu yang waja la KJ

Kita tak nak pemuda yang lebih pro kepada pembangkang macam kau ni, aku bukan nak tuduh tapi aku tau kau sangat rapat dengan beberapa pemimpin pembangkang, malah Anwar juga sangat menyayangi kau kan KJ?

Be a man la KJ, have some dignity and please leave UMNO for good la, hang pi jadi pelakon la, mungkin kau boleh ganti Rosyam Noor nanti kan? Mana la tau kan?

Lagi satu mungkin kau rasa cara aku cakap ni agak kasar, tapi ini dah kira cukup hormat ni sebab aku tak gelarkan kau nama yang kurang elok macam si kitol ke, anak omak ke atau biawak hidup ke, betul tak?

Aku akan kenang jasa kau sekiranya kau meninggalkan jawatan Ketua Pemuda yang kau sandang sekarang ini dan satu hari nanti aku dan orang lain akan menceritakan kepada anak cucu cicit kami yang suatu masa dulu, ada seorang wira yang sanggup korbankan jawatannya demi menyelamatkan Parti Keramat yang dipanggil UMNO!
Amacam ok tak idea aku? Kau suruhlah bebudak kau yang tak cukup akal tu tak yah nak cerita banyak la, apa yang aku mintak kau buat ini akan menjadikan kau wira! Kalau kau nak join pembangkang itu hak kau, tetapi lebih baik sekiranya kau aktif dalam badan NGO dan taburkan jasa kau kepada rakyat!

Buktikan kepada rakyat yang kau memang sudah berubah, selagi kau duduk dalam UMNO, apa pun tak jalan bro, UMNO tak boleh nak pulih, kau tetap menjadi liabiliti kepada UMNO, kau jangan percaya cakap balaci-balaci kau yang kata semuanya ok, kau tak belajar lagi ke dari pak Mentua kau punya kes dulu?

Bila dia tanya depa semua kata ok! last-last PRU12 semua KO! Betul tak, aku tak ada kepentingan apa-apa pun, aku cuma fikirkan supaya UMNO menjadi kuat, langkah pertama ialah kau mesti kena buat pengorbanan ini.

Persoalannya sekarang KJ! Kau berani ke? Sanggup ke kau nak buat pengorbanan yang besar sebegini? Hari ini Pemuda UMNO nampak macam pondan je bukan sebab mereka penakut cuma mereka tak ada seorang pemimpin yang berani dan ada makan telor separoh masak punya!

Lagi satu permintaan aku pada kau KJ, hentikanlah menggunakan nama orang lain sebagai PROXY kau, apa kau ingat kita ni bodoh ke? Tak payah kau nak gunakan balaci kau untuk halang aku, tujuan aku nak selamatkan UMNO!

Mana kau semasa MIC menghina Tun Dr Mahathir? Oh, mana boleh kau defend dia, kau benci dia kan? Macamana nak jadi ketua kalau asyik nak semua orang suka kat kau je atau kalau nak defend pun mesti orang yang kau suka je? Kami tak lupa lagi apa yang telah kau dan Pak Mentua kau buat pada UMNO!

Tapi kau masih nak tunggu sini untuk make sure UMNO lenyap terus kan? Selagi tak hancur UMNO selagi itulah kau tak akan puas kan KJ? Pemuda jadi pondan hari ini disebabkan kau, aku tau ramai lagi yang hebat-hebat dalam pemuda ini, tapi kau tak bagi mereka peluang untuk tampilkan diri, takut kau tenggelam nanti kan?

Kau dan bloggers balaci kau selalu cerita pasal kau dan kau dan kau sahaja, gelilah aku tengok korang ni, cara politiking korang ni macam masuk bilik air ambik sabun dan puaskan diri sendiri atau dalam bahasa mudahnya 'politik melancap' atau syok sendiri!

Tak cukup dengan itu, aku terbaca dalam blog Anak Omak tentang perancangan jahat kau dan T. Mohan, balaci Paria kau yang 'school drop out aka Gangster jalanan' tu! Apa lagi kau nak buat ni Kerry oi? kau ni takde maruah ke? BABI pun tau malu la!

I am sick and tired of you Khairy Jamaluddin! Period

Ikhlas,

House PK

"SESUNGGUHNYA KEBENARAN MEMANG AMAT PAHIT UNTUK DITELAN"

p/s: Hari tu ada di buat berbuka puasa bersama-sama dengan KJFC, dengar khabarnya tak mendapat sambutan! Sebelum tu bukan main beria-ia lagi balaci-balaci si kerry jamban ni dok promo si kitol yang dah expired ni...he he he...fahamlah wahai kerry, orang dah tak mau kat hang lagi! Ko tak reti malu ke wei?

Thursday, September 24, 2009

NIZAR KKK! KISAH BENAR WAN AZIZAH "NONA ANWAR"

1. Wan Azizah diketahui punyai emosi yang tidak stabil. Antara faktor yang mungkin mempengaruhi ialah kurang kasih sayang semenjak kecil. Dilahirkan di Singapura, Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura. Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan.

2. Ahli keluarga sedia maklum Wan Azizah lebih sayangkan bapa-bapa saudara yang membesarkannya serta hampir tiada apa-apa perasaan kepada ibunya. Hubungan dengan adik beradik yang lain juga kurang rapat (tiada permusuhan, mungkin tidak membesar bersama). Hubungan kekeluargaan kembali terjalin setelah AnWAR menyertai kerajaan/kabinet.

3. Hubungan dengan keluarga mertua juga tidak ‘ngam’. Maklum saja ketika itu keluarga AnWAR bukan dari kalangan ‘orang yang ada-ada’. W/pun Datuk Ibrahim (bapa AnWAR) pernah menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Kesihatan, kehidupan mereka biasa-biasa saja. Dua orang abang AnWAR adalah guru maktab, seorang kerani sekolah manakala yang lain sedang membesar tika itu.

4. Perkahwinan beliau dengan AnWAR juga penuh berliku. Tertawan dengan pesona AnWAR sebagai penda’wah, perkahwinan beliau ditentang keras oleh bapanya Datuk Dr. Wan Ismail. Peringkat awal perkahwinannya juga diharungi penuh onak. Berkerjaya seorang doktor, AnWAR ketika itu tiada kerjaya tetap. Wan Azizah yang membiayai perbelanjaan keluarga, manakala AnWAR hanya ‘lepas’ untuk dirinya saja tika itu.

5. AnWAR tidak memberikan tumpuan kasih sayang kepada isteri yang baru dikahwininya. Beliau amat sibuk dengan tugas sebagai penda’wah dan sering meninggalkan Wan Azizah keseorangan di KL. x-pkr dimaklumkan, Wan Azizah (sarat mengandungkan Nurul Izzah tika itu) pernah disuruh AnWAR turun di pertengahan jalan dan pulang sendiri gara-gara mahu memenuhi jemputan ceramah menggantikan orang lain.

6. Wan Azizah mengakui beliau lali mengharungi keperitan berseorangan semasa melahirkan Nurul Izzah dan Nurul Nuha. Setelah itu beliau tahu bahawa AnWAR tidak pernah memberi tumpuan kepadanya biarpun mengandung empat kali lagi selepas itu. AnWAR mengambil seorang pembantu dari Bukit Mertajam membantu Wan Azizah menguruskan rumahtangga tetapi Wan Azizah yang membayar gajinya.

7. Kehidupan sebagai isteri menteri juga tidak memenuhi kehendak Wan Azizah. AnWAR mengajar Wan Azizah agar hipokrit di depan umum. Segala kemewahan tidak boleh ditayang. Semuanya harus dilakonkan agar ‘nampak’ ala kadar saja di mata umum. Ketika AnWAR Menteri Pendidikan, dimaklumkan secara sinis Wan Azizah berkata beliau ingin muntah melihat AnWAR memimpin tangan Nurul Izzah beratur untuk pendaftaran darjah satu (liputan media cukup hebat tika itu).

8. Kehidupan sebagai isteri menteri buat Wan Azizah tidaklah seindah mana. Naluri perempuan (tambahan pula isteri menteri) yang inginkan peralatan dan jenama yang mahal dihalang oleh sikap hipokrit AnWAR yang konon mahu sederhana bagi mengekalkan imej ‘penda’wah’ beliau. Wan Azizah akur namun naluri wanitanya memberontak, dan sekali sekala terlepas juga barangan bermutu dan berjenama mahal dibelinya. Ini pasti mengundang kemarahan AnWAR yang ego dan hipokrit itu.

8. Semasa AnWAR menjadi menteri, wujud tiga orang lain yang sentiasa membayangi Wan Azizah. Mereka adalah pembantu rumah AnWAR (punya pertalian keluarga bau-bau bacang, berpangkat ibu saudara) yang dipanggil Mak Andak, Sukma (adik angkat yang tinggal serumah) dan Azmin Ali. AnWAR lebih mendengar cakap Mak Andak dalam urusan rumahtangga. Anak-anak AnWAR juga lebih mendengar arahan Mak Andak ini dari Wan Azizah. Memang segala urusan rumah diurus oleh Mak Andak ini.

9. Wan Azizah amat mencemburui Sukma kerana AnWAR juga tidak pernah melarang Sukma membeli dan memakai jenama-jenama mahal utk dirinya, manakala untuk Wan Azizah semuanya dilarang! Larangan AnWAR ke atas Wan Azizah hanya kerana beliau isterinya dan “nanti apa kata orang”. Dengan Azmin pula, Wan Azizah cemburu kerana AnWAR sering melebihkan Azmin dan keluarganya. Percutian ke luar negara yang sepatutnya untuk mereka sekeluarga, menjadi tawar untuk Wan Azizah kerana AnWAR akan membawa keluarga Azmin bersama.

10. Kebanyakan pimpinan tertinggi Pergerakan Puteri Islam semasa Wan Azizah menjadi pengerusinya tahu dilema hidup Wan Azizah ini. Mereka tahu Wan Azizah dimarah, diherdik dan ditengking oleh AnWAR. (Kejadian memukul tidak dapat disahkan). Yang lebih penting lagi, mereka juga tahu AnWAR tidak melayan Wan Azizah sewajarnya. AnWAR sentiasa melebihkan ‘orang lain’. Setelah AnWAR dipecat, ada di kalangan AJK Tertinggi Puteri Islam secara sinis memuji ‘bini tu jugak la yang bela dia’ dengan merujuk kepada AnWAR dan Wan Azizah.

Wan Azizah yang sekian lama memendam perasaan dan terbuku di hati, tiba-tiba mendapat peluang keemasan untuk berbuat sesuatu selepas AnWAR ditangkap 1998. W/pun terkejut hilang status isteri TPM secara tiba-tiba dan AnWAR pula ditangkap selepas itu, Wan Azizah memulakan tindakan menyingkirkan watak-watak yang sering menghantui dirinya dengan penuh bijaksana dan ‘very political’. Mungkin beliau banyak belajar dari taktik AnWAR yang sering berbuat begitu terhadap siapa yang dimusuhinya.


11. Selepas berpindah ke kediaman peribadi di Bukit Damansara, Wan Azizah ‘meniadakan’ bilik untuk Sukma yang ketika itu turut ditahan pihak berkuasa. Setelah dibebaskan, Sukma tidak lagi bebas keluar masuk di kediaman peribadi AnWAR. Wan Azizah memberi alasan anak-anak perempuannya semakin membesar dan Sukma bukan mahram dengan mereka. Wan Azizah bergelut dengan keluarga AnWAR meyakinkan mereka bahawa tindakannya itu betul.

12.Sukma amat kecil hati dengan tindakan Wan Azizah. Beliau juga dilarang oleh Wan Azizah mengunjungi Nurul Izzah dan adik-adiknya di rumah mereka di Bukit Damansara. Namun pembantu rumah yang dianggap ibu saudara AnWAR (?) itu sering campurtangan dengan memihak kepada Sukma. Keluarga AnWAR bahkan AnWAR sendiri menyebelahi Sukma kerana mereka tahu tindakan Wan Azizah hanya bermotif mahu menyingkir Sukma dari keluarga mereka.

13. Ibu saudara (?) yang dipanggil Mak Andak juga turut disingkirkan Wan Azizah. Wan Azizah memasang strategi yang paling halus untuk menyingkirkan Mak andak ini agar tiada bantahan dari pihak keluarga. Wan Azizah mula memasang jerat mencarikan jodoh untuk ibu saudara (?) AnWAR. Setelah mendapat calon yang sesuai, Wan Azizah berusaha sedaya upaya meyakinkan AnWAR (masih di penjara tika itu) untuk memujuk Mak Andak agar berkahwin.

14. Mak Andak yang enggan menerima cadangan itu akhirnya akur setelah dipujuk oleh AnWAR. Wan Azizah mengahwinkan Mak Andak dengan bapa salah seorang rakannya yang merupakan pesara kerajaan bergelar Datuk namun uzur. Maka Mak Andak berjaya ‘dikeluarkan’ dari rumah AnWAR/Wan Azizah dan hubungan kekeluargaan mereka masih terjalin. Akan tetapi, kuasa ‘domestic manager’ di Bukit Segambut kembali ke tangan Wan Azizah.

15. Wan Azizah sering menyalahkan Azmin dan keluarganya atas tragedi yang menimpa AnWAR. Hal ini bukan satu rahsia lagi ketika itu. Wan Azizah menyalahkan Umi Hafilda (adik Azmin) yang mula-mula mendedahkan perangai buruk AnWAR itu. Umi mendedahkan kepada Dr. Mahathir (skg Tun). di Seri Perdana. Azwan Ali juga turut menyokong Umi dan menjadi salah seorang saksi pendakwa semasa perbicaraan kes liwat AnWAR kali pertama dahulu.

16. Marahnya Wan Azizah kepada Azmin hanya Allah dan beliau sahaja yang tahu. Segala kegiatan politik Azmin dalam PKR cuba dicantas Wan Azizah. Tambahan pula isteri Azmin juga turut dikaitkan skandal dengan AnWAR. Wan Azizah melarang keras Azmin dan keluarga-keluarganya melawat mereka di Bukit Damansara. Pemilihan PKR 2001 di Kemaman, ahli parti tahu Wan Azizah (sbg Presiden) tidak berpihak kepada Azmin manakala AnWAR memberi sokongan penuh kepada Azmin.

17. Azmin terus mengembangkan kerjaya politik dalam PKR dengan mengabaikan Wan Azizah. Azmin punya ‘direct access’ dengan AnWAR yang tidak dipunyai Wan Azizah. Pelbagai cubaan Wan Azizah mahu menyingkirkan Azmin yang sering membayanginya dari AnWAR juga gagal.

18. Jika dilihat tindakan Wan Azizah, ternyata beliau juga seorang yang hipokrit! Sepanjang pengamatan teman x-pkr spt yg dinyatakan, Wan Azizah langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu membalas dendam dan sering menyatakan Sukma, Mak Andak dan Azmin adalah sebahagian dari keluarganya.

W/pun berjaya menyingkirkan Sukma dan Mak Andak dan Azmin dari pengaruh keluarganya, pembebasan AnWAR 2004 kembali menyemarakkan pengaruh musuhnya, terutama Azmin dan Sukma dalam diri AnWAR.

19. Sepanjang AnWAR di penjara 1998-2004, banyak dana sumbangan disalurkan melalui Wan Azizah dan Azmin. Tidak dapat dibezakan samada ianya untuk parti atau bantuan peribadi buat keluarga AnWAR. Yang pasti Wan Azizah ‘menikmati’ sumbangan tersebut dengan baik sekali! Jika terpaksa terbang bersama staf atau ahli keluarga yang lain, Wan Azizah akan menaiki kelas ekonomi. Namun jika berseorangan ke Amerika atau London, beliau akan menaiki kelas pertama.

20. Perbelanjaan isi rumah serta kegiatan politiknya dicatu bagi menunjukkan kepada umum beliau (Wan Azizah) seorang yang berhemah dalam perbelanjaan. Wan Azizah bijak mengatur pusingan baju yang dipakai agar kelihatan ‘recycle’. Konon segala sumbangan diguna bagi perbelanjaan membela AnWAR. Wan Azizah juga secara terbuka melahirkan perasaan amarahnya jika mengetahui ada sumbangan yang disalurkan melaui Azmin!

21. Setelah AnWAR bebas pada 2 September 2004, segala urusan pentadbiran kewangan dan logistik kembali diambil alih oleh Azmin Ali. Wan Azizah pernah mengherdik seorang petugas di rumah AnWAR tatkala mereka secara bergurau menyatakan ‘Azmin back in power’. Apakan daya, segala urusan pentadbiran dan logistik sejurus AnWAR dibebaskan di mahkamah Putrajaya hinggalah AnWAR berlepas ke Munich pada 4 September 2004 diserahkan kepada Azmin.

22. Wan Azizah mengamuk sakan apabila rombongan kumpulan pertama bersama AnWAR yang berlepas dari KL-Frankfurt-Munich mengenepikan anak-anaknya. Turut bersama dalam rombongan ini hanyalah Wan Azizah dan pembantunya, Azmin dan pembantunya, bapa dan ibu tiri AnWAR serta doktor pengiring. Azmin menasihati AnWAR kumpulan ini tidak boleh disertai ramai atas alasan keselamatan. Setelah dibantah keras Azizah, AnWAR hanya membenarkan anak lelaki mereka turut serta dalam rombongan ini.

23. Wan Azizah mempertikaikan kewajaran alasan keselamatan itu. Beliau merungut mengapa bapa dan ibu tiri AnWAR harus turut serta jika keselamatan yang menjadi keutamaan AnWAR. Ternyata beliau amat kecewa dan kebanyakan ahli keluarga AnWAR dan Azizah sedar akan perkara ini. Teman x-pkr memaklumkan, semua ahli rombongan menaiki penerbangan kelas perniagaan dan penempahan diuruskan melalui agensi pelancongan di Ampang.

24. Rata-rata ahli keluarga Azizah menyalahkan AnWAR kerana mendengar cakap Azmin. Nurul Izzah ketika itu juga lantang menyalahkan Azmin atas apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap beliau dan adik-adiknya yang lain. Tambahan pula Izzah dan adik-adiknya yang diterbangkan secara berperingkat ke Munich diberi tiket menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Munich. Tiket diuruskan oleh Azmin dari Munich menggunakan dana yang diberi oleh AnWAR.

Saya pernah mengulas AnWAR lebih rela anak-anaknya menaiki kelas ekonomi bagi penerbangan jarak jauh, tetapi tidak Azmin. Kononnya Azmin tidak boleh menaiki kelas ekonomi untuk penerbangan jarak jauh serta harus selesa kerana Azmin sakit buah pinggang. [untuk rekod, Azmin Ali hanya 'survive' dengan hanya satu buah pinggang yang berfungsi sekarang ini].

Apatah lagi jika mereka bercuti ke luar negara, Azmin, Shamsidar serta anak-anak mereka akan duduk di kelas perniagaan bersama AnWAR dan Azizah, manakala anak-anak AnWAR akan duduk di kelas ekonomi. Alasannya anak-anak Azmin masih kecil dan perlu diberi perhatian semasa penerbangan, manakala anak-anak AnWAR cukup besar dan matang menjaga diri sendiri.

W/pun Wan Azizah juga hipokrit dan sentiasa menjaga kepentingan sendiri, wajar beliau menjeruk rasa atas sikap AnWAR yang sentiasa melebihkan Azmin dari keluarga sendiri. Wan Azizah terus memendam duka di Munich tatkala seantero dunia melaporkan kisah rawatan AnWAR di sana……..akan bersambung ke bahagian seterusnya.

Hasil Nukilan - X-PKR

Wednesday, September 23, 2009

NIZAR LAKNATULLAH! PENGARAH JAIP TIDAK AMANAH!

updated 8.40pm - Dalam Buletin Utama tadi, si Md Nor dengan muka bersalahnya telah mengatakan itu bukan salah dia, mungkin tersangkut kat bahagian daerah kot, mungkin ada masalah teknikal kot! Itu saja jawapan kau Md Nor? Wajibnya kau mesti meletakkan jawatan kau! Memang sah kau sabotaj!

Sementara itu Dr Zambry telah meminta JAIP supaya menyediakan satu laporan penuh untuk diteliti apakah yang sebenarnya terjadi! Begitu juga Setiausaha Politik MB Perak, Saudara Ismail Saffian mempersoalkan dimanakah sebenarnya duit tersebut sangkut?

Memang sah ini adalah perbuatan sabotaj! Inilah kejahatan PAKATAN HARAM KOMUNIS yang terlampau!

Berita terdahulu:

Pada awal Ramadhan MB Perak Dato Seri Dr Zambry telah mengumumkan semua bilal dan tok siak di negeri Perak akan diberi bonus Raya sebanyak rm500, mereka sepatutnya menerima duit tersebut 2 minggu sebelum raya!

Seperti yang telah dijanjikan duit tersebut telah pun diserahkan kepada JAIP untuk pengagihan kepada mereka, namun hingga ke saat ini duit tersebut tidak diterima oleh mereka yang sepatutnya, dimanakah duit tersebut sangkut sebenarnya?

Bilakah mereka akan mendapat duit yang sepatutnya mereka dapat sebelum hari raya itu? Apa yang kami rakyat marhaen ingin tahu ialah dimanakah sangkutnya duit tersebut? Apa yang berlaku sebenarnya? Mari kita lihat apa yang berlaku.

Tahukah anda siapa pengarah JAIP? Tidak lain dan tidak bukan Md Nor Al Hafiz bekas calon PAS yang pernah bertanding suatu masa dahulu di bawah tiket PAS dan beliau nasih lagi setia dengan PAS hingga ke hari ini, cerita ini bukanlah fitnah atau tohmahan, tetapi ini adalah satu lagi taktik permainan kotor pakatan haram di Perak!

Mereka telah menyalahgunakan agensi kerajaan dengan sewenang-wenangnya kerana mereka mempunyai ‘orang’ mereka yang masih berkhidmat di agensi kerajaan! Inikah dianya ISLAM PAS? Menganiaya orang demi kuasa? Buat apa sahaja asalkan mereka dapat berkuasa?

Tidakkah anda merasa jijik melihat perangai pakatan haram ini? Mereka sanggup merosakkan nama baik MB Perak yang sudah pun melaksanakan tanggungjawab beliau seperti yang telah janjikan, tetapi disebabkan perangai syaitan pakatan haram, keseluruhan tok siak dan bilal-bilal tidak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka!

Kepada Pengarah JAIP, kalau kau ada maruah, sebaik-baiknya kau letakkan jawatan dan berambus keluar dari JAIP, orang yang berpelajaran tinggi seperti kau sepatutnya tidak membuat perbuatan keji dan mungkar sebegini! Buat malu Al Hafiz je kau ni Md Nor oi!

Tahukah kamu perbuatan menganiaya orang ini adalah dosa besar? Oh aku terlupa Md Nor, sebab kau ahlul PAS dan kau syurga dah confirm kan? Apa saja kau buat semuanya HALAL kan? TAK AMANAH betul kau ni Md Nor!

Sampai bila lagi rakyat harus ditipu oleh pakatan haram ini? Apakah anda semua masih tidak sedar akan perangai sialan pakatan haram ini? Mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi merosakkan nama baik Dato Seri Zambry! Kesian Dr Zambry! Teraniaya disebabkan oleh manusia yang tidak amanah!

Kita nantikan apa jawapan JAIP dalam hal ini!

Astagfirullah, anda fikir-fikirkanlah! Ya Allah selamatkanlah negeri Perak dari syaitan-syaitan yang berselindung di sebali agama ini Ya Allah!

Tuesday, September 22, 2009

NIZAR KKK! SAMY TENGGA PUNDEY BIKIN HAL LAGI!

Selamat Hari Raya semua, ingatkan saya nak bercuti kejap tapi si Paria bernama Samy Volu ni memang tak reti bahasa la, tak habus-habis si keling paria ni nak bikin kecoh, sekarang dia cakap supaya Tun Dr M jangan masuk campur hal BN pulak!

Hoi keling tua kutuk, apasal kau sibuk? Bukankah Tun bekas PM dan juga ahli UMNO, apa salahnya dia bagi pandangan dia? Memang sial la keling paria bernama Samy Volu ni! Bila la si liabiliti terhina ini nak berambus dari MIC ya?

Kalau dia tak nak belah jugak, elok kasi buang dia dengan MIC sekali lagi bagus! Inilah masalahnya bila ada Paria yang tak sedar diri ni, dah la orang India sendiri sudah tak mau dia lagi, tapi dia tetap nak tunjuk hero jugak!

Dei Samy Tengga Pundey! Semua orang India cakap lu memang sial, kasi bikin malu sama orang India la, bila lu mau berenti la kirke pundey? Jangan sampai orang baling selipar lu punya muka punya atas la parian oi!

Lepas ni kalau lu bunyi lagi mau kutuk Tun, saya dan kawan-kawan saya semua akan buat kempen baling selipar atas lu punya muka tau ka? Ingat aaa samy, sabar pun ada had tau!

NIZAR KOMUNIS: SELANGOR MEMANG ADA MASALAH!

Eh, eh, macam Pak ....

SHAH ALAM: Tiada krisis dalam Pakatan Rakyat Selangor, hanya Pesuruhjaya PAS, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang berhadapan dengan krisis. Demikian tegas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Teng Chang Khim semasa ditanya mengenai isu terbaru - Selcat - menghantui kerajaan negeri Selangor.

"Saya merasakan beliau (Dr. Hasan) dalam krisis, bukannya Pakatan. Pakatan tiada dalam krisis sehingga sekarang. Kita kukuh, kami mempunyai mandat yang kukuh.

"Saya melihat (Menteri Besar) Tan Sri Khalid Ibrahim menikmati populariti yang cukup tinggi... orang ramai gembira dengan apa yang beliau lakukan, orang ramai gembira dengan pembaharuan dilakukan beliau termasuk pembaharuan kepada Dewan Undangan Negeri.

"Jadi, jika ada sesiapa yang tidak boleh duduk bersemuka dengan Tan Sri Khalid, itu adalah krisis mereka, bukan krisis Tan Sri (Khalid).

"Adalah tidak adil untuk mengatakan krisis Tan Sri," kata Teng ketika diminta mengulas isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat).

Teng mengulas kenyataan Hasan yang diberikan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri/Menteri Besar yang dihadiri kedua-dua mereka.

Teng yang mempengerusikan Selcat, dianggotai tujuh anggota termasuk dua wakil Barisan Nasional (BN), mengulas isu Selcat yang dikritik apabila pegawai-pegawai daerah yang dipanggil memberi keterangan mendakwa dilayan seperti penjenayah dan perlu menjawab soalan mengikut kehendak jawatankuasa tersebut.

Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Hussin menyifatkan Selcat tidak mencerminkan proses siasatan sebenar kerana lebih menjurus kepada serangan peribadi, selain menjejaskan imej serta kredibiliti dirinya sebagai penjawat awam sejak 30 tahun lalu.

Katanya, siasatan diketuai Teng dilakukan dalam suasana tegang dan tidak berhemah.

Selcat akan mengadakan pertemuan susulan selama lima hari bermula 21 Oktober ini.

Selcat ditubuhkan oleh DUN Selangor selepas pilihan raya umum Mac 2008 untuk memantau selia dan memeriksa keupayaan, kebertanggungjawab dan ketelusan dalam segala urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Anggotanya terdiri daripada Haniza Mohd. Talha (PKR-Taman Medan), Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Shaari Sungib (PAS-Hulu Klang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

KOMEN HASAN ALI

Kira-kira sejam sebelum ulasan Teng itu, Hasan yang ditemui wartawan mempertahankan kritikan dilemparkan pegawai-pegawai daerah sambil mengesyorkan agar format dan prosedur Selcat dikaji semula.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri memberitahu, daripada hanya dianggotai oleh ahli-ahli politik memberitahu, keanggotaan Selcat boleh terdiri daripada bekas hakim, pegawai kanan kerajaan dan tokoh-tokoh masyarakat terkemuka.

Hasan berkata: "Kami semua menyokong penubuhan Selcat. Tetapi yang saya agak, agak sedikit kecewa ialah dengan cara pengendalian Selcat itu."

"Anda tahu beberapa Pegawai Daerah sama ada yang dipanggil untuk disoal siasat atau diambil keterangan dan sebagainya, tetapi sebagaimana dilaporkan dalam pertemuan kita dengan Yang Dipertua-Yang Dipertua dan termasuk seluruh kepimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor ini, mereka melahirkan rasa tidak puas hati mereka.

"Mereka merasakan mereka diaibkan, mereka merasakan imej mereka terjejas, mereka merasakan mereka tidak dilayan seperti pegawai kanan kerajaan, sebaliknya dilayan seperti budak sekolah dan dengan asakan soalan-soalan... sebab itu mereka merasakan tiada ruang untuk memberikan jawapan-jawapan yang adil dan ada pegawai-pegawai daerah sendiri tidak tahu bentuk jawapan yang dikehendaki oleh Selcat," kata Hasan lagi.

Hasan menambah, beliau sangat bersimpati dengan pegawai-pegawai berkenaan.

"Saya juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, pegawai kanan kerajaan satu masa dahulu... jadi saya tahu perasaan mereka, saya tahu hati mereka, saya tahu fikiran mereka, dan saya tahu cara mereka beroperasi.

"Oleh itu, secara semula jadi saya bersimpati dengan mereka, kemungkinan... khususnya dalam isu yang membabitkan Selcat ini," kata beliau yang mengharapkan sesi pendengaran Selcat bulan depan ditangguhkan sehingga pengubahsuaian yang disarankan ini dilakukan.

TENG HAIRAN PENDIRIAN HASAN

"Saya agak hairan dengan Datuk Hasan yang jahil dengan amalan berparlimen kerana ini adalah jawatankuasa hak dan kebebasan dibentuk oleh Dewan Undangan Negeri.

"Tiada amalan sedemikian untuk tempoh selama 300 tahun yang lalu di mana jawatankuasa hak dan kebebasan dianggotai oleh bekas hakim dan anggota bukan Dewan... jadi, saya tidak tahu sama ada beliau jahil atau mahu mewujudkan sesuatu yang baru berhubung amalan berparlimen selama ini.

"Saya mengatakan bahawa berdasarkan amalan berparlimen di negara-negara Komanwel sejak 300 tahun lalu, saya tidak mendengar keanggotaan sedemikian, jawatankuasa hak dan kebebasan terdiri daripada mereka yang bukan anggota Dewan," kata Teng sambil menjelaskan, aturan mesyuarat DUN juga menetapkan keanggotaan perlu datang daripada semua parti.

"Jadi kita perlu mengambil kira pengiktirafan itu," kata Teng lagi.

"Parlimen adalah badan politik paling tinggi. Jadi, bagaimana anda boleh mengambil keluar unsur politik? Kita berada di sini juga menerusi politik.

"Jika sesiapa mahu membuat penghakiman, mereka harus menyertai bidang kehakiman, jadi hakim. Anda tidak boleh menyertai Parlimen, dengan anggota perundangan menjadi hakim," katanya.

Teng, pemimpin DAP, juga mempersoalkan kapasiti Hasan bercakap mengenai isu Selcat buat masa sekarang.

Hasan menjadi tumpuan dalam isu pengharaman jualan minuman keras di kedai serbaneka 24 jam di kawasan Shah Alam, Julai lalu.

"Ini bukan merupakan isu Pakatan. Beliau ada kapasiti, saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau bercakap.

"Apabila beliau bercakap mengenai pengharaman minuman keras, beliau bercakap sebagai pemimpin PAS. Bila bercakap sebagai pemimpin Pakatan, beliau bercakap mahu menukar setiausaha kerajaan negeri, penasihat perundangan, mahu tukar Pegawai Daerah dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan.

"Dan, sekarang mahu mengubah Selcat. Saya tidak tahu apa kapasiti yang beliau mahu bercakap. Itu anda kena tanya beliau sendiri," kata Teng sambil menambah, perjalanan Selcat telah disambut baik oleh orang ramai.

"Orang ramai meletakkan harapan tinggi terhadap Dewan Undangan, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, Selcat, dan kita perlu memenuhi harapan itu," katanya.

Katanya, jika ada pihak yang mahu mengubahnya, "saya fikir sudah tiba masa bagi mereka mengkaji semula kedudukan mereka."

"Selcat adalah sesuatu yang baru di negara ini, tetapi bukan sesuatu yang baru jika diambil kira amalan berparlimen negara-negara Komanwel.

"Kita perlu bergerak ke hadapan. Dan, jika perlu ada perubahan di sana sini, kita boleh duduk dan berbincang.

"Tapi jika mahu dibubarkan sama sekali, saya rasa tidak boleh," katanya.

Katanya: "Tidak timbul soal pengubahsuaian. Saya tidak tahu apa yang dimaksudkan pengubahsuaian oleh Hasan Ali. Saya tidak melihat apa-apa masalah sekarang."

KOMEN MB KHALID

Mengulas isu yang sama, Khalid pula berkata, pihaknya telah mengadakan pertemuan untuk meneliti kaedah terbaik agar sistem komunikasi diuruskan dengan baik supaya tiada mana-mana pihak merasakan terguris dalam keadaan mahu bertindak secara terbuka dan telus.

Kata Khalid, beliau akan mengaturkan mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut dalam waktu terdekat.

"Jika itu keadaannya saya perlu mengaturkan mesyuarat dengan Speaker dan anggota Selcat dengan pegawai-pegawai daerah, dan dengan Exco agar kita boleh mencari jalan dan cara bagaimana boleh menyelesaikan perselisihan faham dan niat kita," katanya.

Mengenai syor Hasan supaya sistem Selcat dikaji semula, Menteri Besar berkata, ia bukan dalam ruang lingkup prosedur DUN.
-MStar
Oleh G. MANIMARAN

Monday, September 21, 2009

NIZAR KKK! ORANG MELAYU MUDAH CAIR BILA DIPUJI!

KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.

Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?

Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.

Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.

Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini. Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.

Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?

Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.

Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?

Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?

Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.

Terhakis

Umar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.

Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.

Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.

Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?

Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?

Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.

Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.

Biarkan

Jangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.

Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi. Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,
Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)

NIZAR KKK! RUMAH TERBUKA MB SAH SANAGT MERIAH!

Dato Seri Dr Zambry bersama keluarga tersayang bergambar kenangan!

Semalam lebih dari 10 ribu tetamu dari pelbagai bangsa dan agama mengunjungi kediaman rasmi Menteri Besar Perak! Jamuan bermula dari jam dua petang dan anda boleh lihat sendiri betapa sibuknya MB Perak melayan semua tetamu yang datang!

Cukup seronok dan meriah terasa apabila semua bangsa berkumpul di atas semangat 1 Malaysia dan meraikan Aidilfitri bersama-sama! Alhamdulillah, semoga Allah merahmati negeri Perak Darul Ridzuan!

Kepada Dato Seri Dr Zambry! Kuatkan semangat dan tabah menghadapi segala dugaan mendatang, saya mendapat maklumat yang ada beberapa percubaan sabotaj dari pakatan komunis namun Allah Maha Besar dan Maha Berkuasa apabila segala niat mereka gagal!

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN!

Saturday, September 19, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI HOUSE PK!

Salam Idul Fitri kepada pembaca budiman sekalian, di kesempeatan ini saya mohon maaf zahir dan batin kepada anda semua! Kepada yang balik ke kampung untuk menyambut Idul Fitri ini dinasihatkan supaya berhati-hati di jalanraya!

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI - MAAF ZAHIR DAN BATIN!

NIZAR KKK! KAU SAMBUT RAYA KE ATAU......

NIZAR KKK! Konspirasi terhadap Isa Samad: Disebalik Tabir (Akhir)

Hari Raya sudah bertambah dekat. Orang yang sedar pun terasa hari penamaan calun pun bertambah dekat. Tak lama, seminggu lepas raya.

Macam-macam yang sedang dibincangkan mengenai Bagan Pinang. Samada Isa patut dicalunkan atau tidak. Tidak ada salah dan betul, hanya berdasarkan pendekatan yang lebih ditekankan masing-masing.

Sedikit demi sedikit, cerita konspirasi mengenakan Tan Sri Isa Samad dengan tuduhan politik wang sudah mula menjadi buah mulut orang. Kita pun sudah sampai ke siri terakhir tulisan Konspirasi Terhadap Isa Samad.

Dalam siri terakhir ini, penulis akan dedahkan kejadian belakang tabir yang menikam Isa dari dalam pucuk kepimpinan.

Mengulang kembali

Dalam prequel, penulis menyentuh mengenai dilemma yang dihadapi Barisan Nasional untuk memilih Isa. Pilihan untuk Dato Seri Najib untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang tinggal hanya antara Isa Samad atau kalah.

Penulis menjelaskan tujuan siri ini ditulis sebagai mengingatkan kembali peristiwa ini yang pasti akan diperkata ramai. Pada pandangan penulis, Isa sudah teraniaya terlalu lama dan kini masa yang sesuai untuk mendedahkan kebenaran. Tatkala nama Isa kembali menjadi sebutan ramai, pendedahan ini tepat masanya.

Pendedahan ini bermula dengan sandiwara yang dimainkan oleh Lembaga Disiplin. Kenyataan Pak Lah, Dato Radzi Sheikh Ahmad, dan Dato Syed Hamid Albar serta tindak tanduk Lembaga Disiplin yang agak pelik dan menimbulkan syak.

Kemudian semalam, penulis menceritakan peristiwa yang berlaku disebalik Pilihanraya 2004 yang telah mengkhayalkan Pak Lah hingga 2008. Maklumlah 90% "(wakil) rakyat" menyokongnya.

Semasa itu, Khairy ingin dicalunkan untuk kawasan baru Rembau tapi dihadang oleh Isa. Dendam Khairy terhadap Isa pun bermula. Seorang komentar pula memberitahu dendam Pak Lah terhadap Isa bermula sejak Isa tidak memberi sokongan kepada Team B dan kemudiannya Semangat 46.

Khairy tidak sabar

Tarikh penamaan sudah bertambah rapat. Khairy pun ikut tak sabar. Dia meminta nama calun diberitahu awal-awal.

Konon tidak sabar untuk menggerakkan jentera Pemuda. Masa PRK-PRK lain sebelum ini, jentera Pemuda begitu lembab sekali. Hanya boleh diharap pada sayap Wanita dan Puteri.

Orang boleh kata ini peluang untuk Khairy membuktikan kebolehan Pemuda. Khairy pun tidak mahu malu kalah di negeri angkatnya, Negeri Sembilan. Kenapa tidak di PRK lain yang susah untuk menang? Ada kata ramai mahu bersungguh-sungguh di Bagan Pinang untuk memperoleh kredit kerana peluang untuk menang ada.

Berbalik kepada kenyataan Khairy, apa perlu nak umumkan sekarang awal-awal. Spekulasi dalam UMNO itu perkara biasa. Apa helah disebalik kata-kata? Sudahlah orang mula syak dan rasa pelik mendengar Khairy mempertahankan Dr Mahathir dari dimalukan di Perhimpunan MIC.

Keadaan yang sedikit tegang dengan MIC menimbulkan persoalan samada pengundi India sebanyak 19% yang kebanyakan di estet-estet akan berikan undi kepada UMNO di Bagan Pinang. Ada mengatakan ini menguatkan alasan untuk Isa dicalunkan. Anaknya Najib sesuai tetapi keadaan sudah berubah. Calun Wanita tidak sesuai untuk pilihanraya kecil.

Puak-puak Khairy pun sudah mula mengatakan dia selalu bertemu Isa sebelum dan selepas Isa digantung di Telok Kemang. Mereka mengingatkan Salim yang menjadi Setiausaha Politik Isa di Kementeriaan Wilayah Persekutuan direkomen oleh Khairy.

Tanpa menuduh apa-apa terhadap Salim, Anwar Ibrahim dulu rekomen Dato Kamaruddin Jaafar menjadi Setiausaha Politik kepada arwah Tun Ghaffar Baba. Itu bukan alasan untuk membersihkan Khairy.

Percaturan

Pada malam Mac 21hb, 2004, kumpulan "inner circle" Pak Lah begitu kecewa dengan kejutan keputusan Naib Presiden. Bukan kerana Dato Seri Ali Rustam dan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menang. Tetapi kerana Isa menang teratas. Padahal Pak Lah berbuih-buih dan terbatuk-batuk bercakap panjang mengenai pertanian dalam ucapan utama Presiden untuk menaikkan Muhyiddin.

Kumpulan "inner circle" Pak Lah yang dimaksudkan adalah Pak Lah, Khairy, Azalina, Nori, Reezal Merican dan budak-budak Tingkat 4 seperti Zaki Zahid, Kamal Khalid dan lain-lain.

Mereka mengharapkan Muhyiddin yang menang. Ramai mengatakan kalau Tun Dr Mahathir tidak syaratkan Pak Lah pilih Najib sebagai Timbalan, Muhyiddin adalah pilihannya. Seorang lagi nama pilihan mereka untuk pelbagai peranan utama adalah Syed Hamid.

Malam itu bukan malam Muhyiddin. Sebelum peti undi terakhir dari Wilayah Persekutuan, kedudukannya adalah di nombor empat. Nasi beriani yang dihidang dirumahnya untuk penyokong-penyokong bagai tidak terjamah. Nasib baik Wilayah berikan Muhyiddin dan dapat dia mengalahkan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk nombor tiga.

Sesampainya di rumah di Damansara, dia disambut oleh penyokong-penyokong. Kekecewaan dapat dilihat pada wajah mukanya. Dia cuba dilihat cool dan mengukit senyuman tetapi susah untuk ditutup.

Dia menyampaikan sepatah dua kata menyatakan kesyukuran masih dapat menang dalam pertandingan yang agak 'mencabar'. Masa untuk kita bersatu kembali dan bekerja membantu Pak Lah dan Najib.

Lepas majlis, Muhyiddin duduk bersembang dengan orang-orang kuatnya. Ada yang mencadangkan bahawa sesuatu perlu dilakukan mengenai politik wang yang dikatakan berleluas dalam pemilihan ini. Jawapan Muhyiddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Disiplin hanya perlu ada laporan baru boleh seseorang itu disiasat dan akhirnya didakwa oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Ditempat lain pada malam itu, orang-orang "inner circle" Pak Lah merancang untuk menjatuhkan Isa. Mereka sudah menganggap Isa sebagai "orang Najib" walhal pemimpin akarumbi seperti Isa bukan mudah untuk dikategorikan sebagai orang ini atau orang itu.

Kalau ikutkan orang yang rekomen Isa pertama kali bertanding dan kemudian menjadi Menteri Besar adalah Tengku Razaleigh. Masa pertembungan team A dan Team B yang kemudiannya menjadi pertembungan UMNO lawan Semangat 46, Isa memihak kepada Dr Mahathir dan UMNO. Pendik ceritanya, pemimpin akarumbi seperti Isa bukan sebenarnya orang sesiapa tetapi orang akarumbi yang setia kepada parti dan kepimpinan yang ada.

Orang-orang "inner circle" ini begitu kuat hingga Pak Lah boleh diatur dan disuruh tahan orang ini dan itu untuk bertanding dan naik orang yang tidak mahu bertanding naik. Macam buah catur mereka main suka hati letak-letak pemimpin.

Suka hati bapak mereka suruh Pak Lah atur Noraini yang tidak ada rancangan bertanding diletak sebagai Ketua Puteri. Suraya ADUN Sg Tiang yang mahu bertanding Ketua diatur sebagai Bendahari Puteri.

Satu lagi ia-lah meletakkan Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda "terlantik" tanpa bertanding. Lain dari apa yang dikatakanb Pak Lah, sebenarnya Hishamuddin diarahkan meletakkan Khairy situ.

Orang-orang "inner circle" Pak Lah pula sudah ada rancangan untuk menumbangkan Najib. Rancangannya adalah untuk digantikan dengan Muhyiddin. Kini sudah susah untuk dilakukan dengan Muhyiddin berada nombor corot.

Perbincangan malam itu membuat keputusan bahawa Isa perlu dikorbankan. Alasan paling baik adalah politik wang.

Bermula

Esok hari pada Mac 22hb, Pak Lah ditanya mengenai politik wang dan dia memberi isyarat rancangan menjatuhkan Isa sudah bermula.

Katanya, "Yang salah, salah la... kemenangan tidak menghalalkan yang salah. Mandat telah diberikan tetapi saya juga mesti pastikan kita tidak ambil tindakan berasaskan tuduhan, ia tidak adil. Tetapi jika ada laporan mengenainya (politik wang) dan ia bertentangan dengan peraturan kita, maka tindakan akan diambil walaupun pemilihan telah berakhir."

Isyaratnya adalah cari orang untuk lapor dan mula cari saksi. Bagi pemerhati politik biasa, ini hanya kenyataan biasa. Pada hari itu juga, Nori anak Pak Lah yang dalam exco Puteri UMNO memberitahu Azlina Othman Said bahawa ISa akan dikenakan.

Pada hari juga, maklumat sampai kepada pasukan Isa mengenai rancangan ini. Itu yang Isa sebut dalam ucapan penggulungan saya sudah menang maka janganlah persoalkan lagi. Kalau ikutkan, kata Isa, yang sudah berjanji nak beri undi ada 2,000. Maka dia menyebut mereka yang dah janji tapi tak kasi, "kita jumpa di padang Mahsyar."

Kenyataan Isa ini hanya menimbulkan kekeliruan saja. Ada memahami kata-kata Isa sebagai siapa yang sudah terima duit tapi tidak memberi undi, saya tuntut di Padang Mahsyar.

Khabar angin mengenai Isa terus menjadi kencang hingga Isa terpaksa membuat kenyataan empat hari selepas pemilihan supaya hentikan khabar angin mengenainya.

Pihak "inner circle" yang berkonspirasi menghadapi masaalah. Tiada orang yang sedia membuat laporan. Budaya UMNO pada tahun 2004 adalah orang-orang UMNO tidak akan melaporkan salah laku orang UMNO lain. Itu yang selain dari Isa, tidak ada orang lain termasuk Ali Rustam yang dilaporkan.

Menurut cakap-cakap kedai kopi, hanya Dato Shahrir Samad saja antara calun-calun Naib Presiden yang mereka yakin tidak amalkan politik wang. Itu cakap-cakap kedai kopi yang tidak diketahui asal usul cerita. Tapi untuk menghukum seseorang, mestilah ada bukti.

Membuktikan Isa

Cari punya cari akhirnya mereka dapat jumpa seorang dari Sabah bernama Badel Khan yang sanggup buat laporan terhadap Isa. Menurut sumber maklumat, dia dibayar untuk memreka laporan.

Masuk saja laporan, maka bermulalah usaha untuk menyiasat program Isa dan cari saksi-saksi yang sedia 'bekerjasama'. Proses ini hinggalah Isa dihadapkan ke Lembaga Disiplin pada Jun 25hb, 2005 memakan masa 10 bulan. Sebanyak 40 orang saksi yang sedia 'bekerjasama' berjaya dikumpul.

Sambil itu, seorang Tan Sri dalam Lembaga Disiplin pun memainkan peranan untuk mengatur dan menggunakan kebolehannya sebagai peguam mempengaruhi keputusan dari dalam.

Tanpa menyebut namanya, Tan Sri ini adalah bekas wakil rakyat dan seorang peguam. Semasa zaman aktif dalam politik, dia ada persaingan politik dengan Isa satu masa dahulu.

Menurut seorang bekas Menteri Kanan zaman Dr Mahathir, Tan Sri ini makan dua belah. Sebelah Pak Lah pun dia ikut dan sebelah majlis Dr Mahathir pun dia turut tunjuk muka mengintip. Ada orang gambarkannya sebagai muka bercabang. Dia ingat orang tidak tahu.

Akhirnya setelah 10 bulan, baru mereka cukup 'cerita' untuk mengenakan Isa.

Ramai yang mempersoalkan mengenai masa yang terlalu lama ini bakal menimbulkan syak wasangka. Selain Setiausaha Agung, Dato Radzi Sheikh Ahmad dan (sekarang) Tan Sri Syed Hamid Albar, Dato Adnan Yaacob turut bersuara. Tapi Pak Lah berhelah keadilan perlu teliti dan tidak boleh bergopoh-gopoh.

Pasang orang

Dari sembilan pertuduhan, itu pun Isa hanya salah untuk lima pertuduhan. Sepuluh bulan merancang macam mana ada yang tidak kena?

Dari lima itu, salah satu mengaitkan kenduri di rumah Dato Shahirudin Abdul Moin, Ketua Bahagian Raub. Kenduri itu hanya kenduri biasa dan tidak ada ucapan atau apa-apa politik. Paling politik dalam Majlis itu hanyalah orang ramai bersalaman dan bertemu Isa.

Beberapa orang saksi dapat dipujuk untuk mengenakan Isa bagi Majlis ini. Salah seorang saksi adalah orang Dato Mohamd Hasan bernama Zubir Jamal. Mat Hasan adalah orang Pak Lah untuk Negeri Sembilan.

Shahirudin turut dihukum Lembaga Disiplin tetapi Tok Nan faham apa yang berlaku dan kekalkan Shahirudin sebagai exco negeri. Isa yang tidak nasib baik kerana Pak lah memang merancang untuk gugurkan Isa.

Antara lima kes-kes tersebut, ada yang mana Isa tidak berada langsung ditempat yang dikatakan. Rata-rata semua kes-kes melibatkan kenyataan yang konon Isa berada di sini situ atau buat ini itu. Semua saksi-saksi berdasarkan kenyataan bertulis.

Isa yang sudah lama tahu perancangan itu faham. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Bukan tidak boleh untuk diheret saksi-saksi untuk cross examine, tapi dia tahu ini boleh meyusahkan dia kembali akhirnya.

Ada pihak cuba bertemu Najib untuk memberitahu tentang apa yang sudah berlaku dan disampaikan kepada mereka selepas Isa diberi surat untuk menghadap. Najib terkejut dan kata dia tidak terdaya untuk melawan orang-orang "inner circle" ini. Dia pun sedar bahawa kedudukannya pun tidak selamat.

Ketika itu Pak Lah sedang mengganas menguakkan sayap kuasanya. Isa tahu bahawa lagi dilawan, lagi susah untuknya nanti. Isa hanya mengharap satu hari orang akan tahu cerita sebenar.

Semasa mengadap Lembaga Disiplin, Isa hanya membaca kenyataan bertulis untuk menafikan semua pertuduhan. Dalam masa 24 jam, dia digantung hak keahlian selama enam tahun dan dilucutkan jawatan Menteri yang dijanjikan dahulu, satu hukuman yang paling keras ke atas pemimpin tinggi UMNO.

Begitu cepatnya keputusan dibuat pun menimbulkan syak orang ramai.

Adakah Bagan Pinang akan menjadi tempat untuk Isa mendapat pengadilan dan membersihkan namanya? Kita tinggu dan lihat kerana ada pihak tak mahu berikan peluang itu kepada Isa. Satu wayang sedang dimainkan.

Wanita begitu beriya-iya mahukan kerusi itu. Kenyataan Khairy minta dicepatkan pilihan berbau sesuatu. Baunya busuk sekali.

Sumber: Another Brick In The Wall

NIZAR KKK! UCAPAN SAIFUL BUKHARI!

Friday, September 18, 2009

NIZAR BAHALOL! UJIAN MINDA UNTUK PENGIKUT KAU! ADA BERANI NAK TRY?

Hari ini saya akan menguji minda pembaca sekalian dengan kertas soalan yang telah disediakan oleh sahabat saya Cikgu Sinatra Z! Sila perhatikan dan baca betul-betul kesemua soalan sebelum menjawab! Selamat mencuba!

Soalah Spot Sejarah SPM 2009 bersama dengan Che'gu Zaidel.

Soalan Objektif

1) Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 6

a) Najib Tun Razak
b) Abdullah Ahmad Badawi
c) Anwar Ibrahim
d) Dr Mahathir Mohammad


2) Pada tarikh apakah perdana Menteri Malaysia ke 6 Dilantik

a) 16 September 2008
b) 3 April 2009
c) 17 September 2008
d) Seminggu dua lepas 16 September 2008


3) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)
c) Cermin
d) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei


4) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan perbuhana kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Wong Ah Tong and Sons
d) Dewan Undangan Negeri Perak


5) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit
b) Mengambil kursus pendek pertanian
c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN
d) Mengajak mereka untuk melompat parti


6) Gerakan popular rakyat yang dipelopori oleh aktivis kaum India yang memberi kesan dalam keputusan pilihanraya ke 12 dikenali sebagai

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Manakah antara berikut merupakan slogan bagi menyambut Hari Malaysia pada tahun 2008?

a) We have the numbers
b) 29 Ahli parlimen BN akan lompat masuk PR secara demokratik
c) Tindakan Adun Perak keluar PR tidak demokratik
d) Saya dah tulis surat kat Pak Lah


8) Bilakah perdana Menteri Malaysia ke 7 akan dilantik

a) 16 September 2009
b) 16 September 2012
c) 16 September 2020
d) Sebelum Kiamat


9) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di....

a) Bawak Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan super kinta
d) Ipoh Old Town Kopitiam


10) Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan untuk memulihkan Imuniti dan memperkenalkan undang-undang memperkasakan kembali institusi beraja namun ianya telah dihentikan kerana

a) Menteri Besar mereka Mohon Derhaka
b) mereka insaf
c) Kerana raja sebenar di Malaysia ialah Karpal Singh dan bukan Sultan
d) Sebab Karpal Singh meminta Anwar Insaf di dalam TV.


11) Ibrahim Ali merupakan satu-satunya ahli Parlimen yang bersetuju untuk melompat ke dalam Pakatan Rakyat dan membantu pembubaran kerajaan dengan satu syarat. Syarat berkenaan adalah?

a) Parlimen kena bersidan dulu pada 16 September
b) Agong bersetuju
c) Ibrahim Ali akan dilantik menjadi Perdana Menteri
d) Undang-undang Hudud dilaksanakan


12) Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Malaysia yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


13) Khalifah Umar Abdul Aziz Malaysia menentang perlaksanaan undang-undang?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Jalanraya persekutuan
c) Tubuh Syarikat persendirian
d) Hudud dan Qisas


14) PKR adalah parti politik yang ditubuhkan selepas bekas Naib Presiden UMNO dipecat pada tahun 1998. PKR bermaksud?

a) Parti Keadilan Rakyat
b) Parti Kelentong Rakyat
c) Parti Kemajuan Rembau
d) Parti Kalari Payat


15) Kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada tarikh 16 September 2008 adalah kerana?

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) Tuanku tidak perkenan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat adalah dari Ikea
d) Beliau mengunggu Pak Lah mebalas surat beliau kerana pada akhir surat ada ditulis pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Soalan-Soalan Subjektif

Soalan 1

Terangkan mengapa pada awalnya Anwar Ibrahim pada mulanya hendak mengusulkan Undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kemudian mengubah fikiran untuk mengusulkan Undi Percaya kepada beliau selaku Perdana Menteri Malaysia?


Soalan 2

Apakah Perbezaan di antara gerakan untuk melompat parti pada 16 september, gerakan ahli DUN BN Perak Melompat parti ke PKR dan kejadian perubahan kuasa di Perak akibat beberapa ahli DUN lompat kelaur dari Parti PKR dan DAP?


Soalan 3

Kejadian apakah yang mengakbiatkan penyokong PAS beramai-ramai berbaring-baring di sekitar Jalan Raya di Ipoh dan apakah kesan atas tindakan berbaring-baring mereka itu?


Soalan 4

Mengapakah yang dipertuan agong berhak melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi Sultan Perak tidak berhak Melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?

Kertas Ujian disediakan oleh Cikgu Sinatra Z

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!